Bersempena dengan Majlis Perasmian Minggu Bahasa Cina ๏ผWarna-Warni Budaya) Tahun 2026, Panitia Bahasa Cina sekolah telah menganjurkan satu sambutan Tahun Baharu Cina yang sederhana namun penuh bermakna, bagi membolehkan seluruh warga sekolah serta rakan-rakan daripada pelbagai kaum bersama-sama merasai kemeriahan perayaan ini dan juga mengenali budaya kaum lain.
Program ini mendapat sokongan padu daripada pihak pentadbir sekolah dan berjaya dilaksanakan hasil kerjasama semua guru, murid, ibu bapa serta warga kerja sekolah. Hiasan tanglung di kawasan sekolah telah dipasang dengan bantuan pekerja sekolah. Pengusaha kantin p**a menyediakan yee sang versi kreatif untuk memberi peluang kepada warga sekolah mengenali dan merasai amalan tradisi masyarakat Cina. Murid-murid turut mengambil bahagian secara aktif dalam persembahan lagu dan tarian Tahun Baharu Cina, dengan dorongan serta sokongan ibu bapa yang membantu mereka membuat persediaan rapi.
Selain itu, guru-guru turut tampil membantu merakam gambar dan video sepanjang program berlangsung, mencerminkan semangat kerjasama dan sokongan antara warga sekolah. Dengan dorongan serta bimbingan Guru Besar dan barisan Penolong Kanan, program ini dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya menyemarakkan suasana perayaan di sekolah.
Sekolah sentiasa menitikberatkan kepentingan pemahaman dan penghayatan kepelbagaian budaya. Sambutan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan dalam kalangan warga sekolah, malah memberi peluang kepada murid-murid daripada pelbagai kaum untuk saling mengenali dan menghargai warisan budaya masing-masing, selaras dengan semangat perpaduan dan keharmonian.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga pada tahun yang baharu, kita terus berganding bahu demi mewujudkan persekitaran sekolah yang lebih cemerlang dan harmoni.
Sekolah Kebangsaan Sri Aman Penang
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Kebangsaan Sri Aman Penang, School, Jalan Kampung Melayu, Kampung Melayu, Pulau Pinang.
Tahun Baru Cina merupakan salah satu perayaan budaya yang perlu dipelajari dalam kurikulum Bahasa Cina di sekolah kebangsaan. Walaupun murid-murid terdiri daripada pelbagai kaum, guru tetap berusaha untuk membolehkan mereka merasai perayaan Tahun Baru Cina. Oleh itu, murid-murid Tahun Enam berganding bahu membantu guru menghias bilik Bahasa Cina sambil mengenali keindahan budaya tradisional kaum lain .
SUCCESS STARTS HERE
Dalam persekitaran sekolah kebangsaan yang mempunyai peratusan murid dan guru berbangsa Cina yang rendah, guru Bahasa Cina memikul tanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran penggunaan Bahasa Cina.
Bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina, Panitia Bahasa Cina dan Panitia Pendidikan Moral telah bekerjasama menganjurkan aktiviti pemberian buah limau mandarin. Aktiviti ini bukan sahaja menyampaikan semangat perayaan, malah turut memberi peluang kepada murid untuk mempraktikkan ucapan Tahun Baharu Cina.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Guru Besar, Penolong Kanan serta guru-guru atas sokongan dan kerjasama yang diberikan, sekali gus membolehkan murid mempelajari dan mengaplikasikan Bahasa Cina dalam situasi sebenar serta memperoleh pengalaman pembelajaran yang bermakna.
SUCCESS STARTS HERE
27/01/2026
MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN DAN KEM PEMIMPIN MUDA SK SRI AMAN 2026
26 Januari 2026 | Isnin
Tahniah diucapkan kepada barisan pemimpin muda SK SRI AMAN PULAU PINANG yang telah menerima watikah pelantikan sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya dan Pengawas SPBT.
Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab,integriti dan kepimpinan yang cemerlang.
SUCCESS STARTS HERE
13/01/2026
Hari Pertama Persekolahan Sesi 2026 | SK SRI AMAN .
๐12 Januari 2026| ISNIN
โ"Selamat Datang ke Sekolah, Warga SKSA! ๐โจ
โSuasana ceria kembali mewarnai SK SRI AMAN pagi ini! Kami para guru sangat teruja menyambut kehadiran anak-anak di pintu pagar dengan salam penuh mesra. Kep**angan kalian adalah tenaga buat kami untuk terus mendidik dengan komitmen yang tinggi.
โJadikan sekolah ini medan untuk korang teroka ilmu, bina keyakinan, dan berseronok mencipta memori indah bersama rakan-rakan.
โSelamat memulakan Sesi 2026! Jom kita lakar kejayaan bersama dengan hati yang gembira dan semangat yang luar biasa! ๐ช๐
SUCCESS STARTS HERE
H
29/12/2025
Warga Sekolah Kebangsaan Sri Aman merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid yang mendapat penempatan ke Sekolah Khas.
Semoga pengalaman baharu ini memberi ruang untuk mereka terus berkembang dan mencapai kejayaan. ๐
26/12/2025
๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐ก ๐ง๐๐ช๐๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ ๐๐ฆ๐จ๐๐๐ก ๐๐ ๐ ๐ฅ๐ฆ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Maklumat UKKM & PKSK : https://t.me/ukkmdanpksk
Ibu bapa dan pelajar boleh mula menyemak tawaran kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tahun 2026 melibatkan:
โข Murid Tingkatan 1
โข Murid Tingkatan 4
โข Murid Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
Tarikh semakan keputusan & rayuan:
26 Disember 2025 โ 13 Januari 2026
Tarikh pendaftaran:
13 Januari 2026
Semakan rayuan:
6 โ 10 Februari 2026
Semakan boleh dibuat mengikut kategori sekolah asal pelajar melalui pautan rasmi yang disediakan. Pastikan semua maklumat disemak dalam tempoh yang ditetapkan.
22/12/2025
MAJLIS PERPISAHAN DAN LAMBAIAN KASIH CIKGU NORAINI, CIKGU RAIHAN, USTAZAH ROSLIZA, CIKGU KUSHALI DAN CIKGU RAM
TARIKH : 18 DISEMBER 2025
HARI : KHAMIS
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru yang akan memulakan tugas di sekolah baharu bagi sesi 2026. Sesungguhnya, luhurnya kecemerlangan SK SRI AMAN dalam aspek akademik mahupun kokurikulum adalah hasil acuan tangan-tangan hebat ini.
โKehadiran kalian memberi sinar, perpisahan kalian meninggalkan kesan yang mendalam.
โSelamat maju jaya dan terima kasih atas pengorbanan yang tidak berbelah bahagi.
SUCCESS STARTS HERE
18/12/2025
โ๏ธ TAHNIAH MURID SK SRI AMAN! โ๏ธ
16โ18 Disember 2025
โก Anjuran Unit Pembangunan Bakat Murid, JPN Pulau Pinang
Murid-murid SK Sri Aman telah berjaya menyertai program Pembangunan Catur MSSPP 2025 yang berlangsung di Prangin Mall Georgetown. Penyertaan ini menjadi satu pengalaman bermakna dalam mengasah kemahiran berfikir, strategi dan keyakinan diri.
Program ini turut dibimbing oleh guru pembimbing:
๐ฉโ๐ซ Cikgu Izzati
๐ฉโ๐ซ Cikgu Kusha
๐จโ๐ซ Cikgu Sufian
๐ฉโ๐ซ Cikgu Veenita
Semoga penyertaan ini menjadi langkah awal ke arah pencapaian yang lebih gemilang dalam dunia catur dan sukan minda! ๐
18/12/2025
๐ MAJLIS APRESIASI MURID TAHUN 6 โ BUKIT BENDERA ๐
Majlis Apresiasi Murid Tahun 6 telah diadakan di Bukit Bendera sebagai satu inisiatif untuk meraikan pencapaian dan perkembangan murid sepanjang persekolahan mereka. Program ini bertujuan memberikan pengalaman bermakna โจmeningkatkan motivasi ๐ serta menghargai usaha dan potensi murid sebelum melangkah ke sekolah menengah.
Majlis ini dijayakan dengan penglibatan Guru Besar serta barisan guru Tahun 6 ๐จโ๐ซ๐ฉโ๐ซ dalam aspek perancangan, penyediaan dan pelaksanaan program. Kerjasama dan komitmen semua pihak memastikan majlis berlangsung dengan teratur dan berimpak positif ๐
Semoga pengalaman ini menjadi kenangan bermakna dan pemangkin semangat untuk murid-murid Tahun 6 terus melangkah yakin ke masa hadapan. ๐๐๐
13/12/2025
MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH 2025
Tarikh : 12.12.2025
Hari : JUMAAT
Tempat : Dewan SK SRI AMAN
๐ SYABAS DAN TAHNIAH๐
SUCCESS STARTS HERE
H
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Pulau Pinang
11500