10/04/2026
Hari ini genap setahun penubuhan Pertubuhan Aspirasi Kasih Insani.
Sebagai Pengerusi, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli dan penyokong yang sentiasa bersama serta memberi sokongan sepanjang perjalanan ini.
Tempoh ini amat bermakna dalam membina asas yang kukuh, memperkukuhkan perancangan, dan menetapkan hala tuju pertubuhan ke arah memberi manfaat yang lebih besar kepada masyarakat.
Saya yakin, dengan semangat kebersamaan dan komitmen semua pihak, kita akan terus melangkah maju dan mencipta lebih banyak impak positif pada masa akan datang.
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda semua.
Selamat Ulang Tahun Pertama
Pertubuhan Aspirasi Kasih Insani ๐ท
Ikhlas,
Pengerusi
Pertubuhan Aspirasi Kasih Insani
20/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan buat semua umat Islam yang meraikan Syawal.
Salam dihulur Maaf dipinta,
Diucapkan Selamat Hari Raya
12/03/2026
Alhamdulillah berkesempatan menghadiri program Iftar Kasih Wanita Madani sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 pada 7 Mac 2026 di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.
Majlis turut diserikan dengan ucapan daripada mentor kami, YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ketua Wanita AMANAH.
Terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan kepada Pertubuhan Aspirasi Kasih Insani untuk turut bersama dalam majlis yang penuh bermakna ini.
Semoga program seperti ini terus memperkukuh peranan wanita serta mengeratkan hubungan dalam komuniti. ๐
08/03/2026
Today we celebrate the strength, resilience, and beauty of every woman who plays many roles in life โ as mothers, daughters, friends, leaders, and inspirations.
Thank you to all the women who continue to share love, courage, and hope with the world.
โจ Happy International Womenโs Day. ๐น
04/03/2026
๐ฟ Langkah Kecil, Perubahan Besar ๐ฟ
Kadang-kadang kita rasa hidup ni perlahan.
Rezeki tak selaju orang lain.
Impian macam jauh lagi nak capai.
Tapi hakikatnyaโฆ
Setiap langkah kecil yang kita ambil hari ini, sedang membentuk masa depan kita.
Di Pertubuhan Aspirasi Kasih Insani, kami percaya bahawa perubahan tak perlu tunggu โcukup bersediaโ.
Belajar kemahiran baru.
Tambah ilmu.
Cari komuniti yang positif.
Itu pun sudah satu permulaan yang sangat besar.
โจ Tahun ini, jom:
โ๏ธ Upgrade diri walau sedikit
โ๏ธ Sokong perniagaan kecil dalam komuniti
โ๏ธ Hulurkan bantuan bila mampu
โ๏ธ Jadi contoh baik untuk anak-anak & generasi muda
Kita mungkin tak mampu ubah dunia sekaligus.
Tapi kita mampu ubah satu kehidupan - bermula dengan diri sendiri.
Kalau anda sedang cari ruang untuk belajar, menyumbang atau terlibat dalam aktiviti komuniti, kami sentiasa terbuka ๐ค
Sama-sama kita bina masyarakat yang lebih kuat, lebih berilmu dan saling menyokong.
18/02/2026
Selamat menyambut Bulan Ramadhan kepada yang beragama Islam. ๐
Ikhlas Dari,
PAKins
13/11/2025
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Pada 07 November 2025, PAKins berpeluang menghadiri Konvensyen Nasional Angkatan Wanita Amanah Negara 2025. Pidato YB Datuk Hajah Aiman Athirah binti Sabu membuka mata tentang kekuatan wanita yang memimpin dari akar umbi. Beliau menekankan bahawa wanita kini semakin dominan dalam kerjaya dan pendidikan, berani bersuara mengenai isu keganasan rumah tangga, dan pentingnya pendidikan yang menghormati wanita sejak di sekolah lagi. Wanita juga perlu lebih terlibat dalam membuat keputusan penting negara kerana kita mahukan dasar yang benar-benar memberi impak sebenar kepada wanita.
Sepanjang konvensyen, YB menggambarkan wanita sebagai tanah yang keras, kuat dan subur, mampu bekerja dengan tekun serta memimpin dengan bijaksana. Dalam bait-bait puisinya yang penuh makna, terserlah jiwa kepimpinan wanita yang tidak gentar menghadapi cabaran.
โDia bukan sekadar pemimpin,
Dia adalah nadi yang berdetak di jalan sempit,
Mengusung pelita kecil yang menolak padam,
Kerana terang baginya adalah hak asasi semua insan.โ
Konvensyen ini mengingatkan bahawa kepimpinan bukan datang secara tiba-tiba. Ia dilahirkan, dibentuk dan dipertajamkan melalui pengalaman serta kesedaran diri. Setiap peluang sama ada dalam NGO, sektor awam, korporat mahupun politik adalah ruang sebenar untuk membina rekod kepimpinan wanita yang berdaya tahan.
Sebagai sebuah pertubuhan, PAKins mahu menjadi sebahagian daripada usaha ini dengan sama-sama menggembleng tenaga untuk melahirkan pemimpin wanita masa hadapan yang berjiwa rakyat, berani bersuara dan memimpin dengan hikmah.
โWanita itu Perempuan Seribu Akarโ kuat, tabah dan menjadi pelita harapan untuk generasi yang akan datang.
25/07/2025
Perbincangan susulan secara dalam talian telah diadakan bagi menyelaras pelaksanaan projek anjuran Pusat Khidmat Parlimen Sepang dengan kerjasama Pertubuhan Aspirasi Kasih Insani - PAKins.
Sesi ini bertujuan memastikan segala aspek pelaksanaan program berjalan lancar dan memberi impak maksimum kepada komuniti India di Sepang.
Perbincangan telah disertai oleh:
๐น Pn. Anis Afida (Pusat Khidmat Sepang)
๐น En. Karthi Paramasivam (Pusat Khidmat Sepang)
๐น Renuka Devi Ramachandran (Pengerusi PAKin)
๐น Nurul Syahida (Timbalan Pengerusi PAKin)
๐น Dewi Zulaikha (Setiausaha PAKin)
๐น Inn Syahindah (Timbalan Bendahari PAKin)
Nantikan perkembangan lanjut daripada kami mengenai pelaksanaan program yang bakal memberi manfaat besar kepada komuniti.
14/07/2025
๐ธ ๐๐๐ซ๐ญ๐ฎ๐๐ฎ๐ก๐๐ง ๐๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ฌ๐ข๐ก ๐๐ง๐ฌ๐๐ง๐ข (๐๐๐๐ข๐ง๐ฌ)๐ธ
Dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang, kami tampil sebagai sebuah pertubuhan yang berdedikasi untuk ๐ข๐๐ข๐๐๐ฃ๐ฉ๐ช ๐ฌ๐๐ฃ๐๐ฉ๐ ๐๐๐ฃ ๐ ๐๐ฃ๐๐ -๐ ๐๐ฃ๐๐ ๐ ๐ช๐ง๐๐ฃ๐ ๐๐๐ง๐ฃ๐๐จ๐๐ ๐๐๐๐ โ melalui ๐ฝ๐ฒ๐ป๐ฑ๐ถ๐ฑ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป, ๐ฝ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด๐๐ป๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ต๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ป dan ๐๐ผ๐ธ๐ผ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฎ๐ป.
๐ ๐ ๐ถ๐๐ถ ๐ธ๐ฎ๐บ๐ถ adalah menjadi pemangkin perubahan.
๐ Kami percaya bahawa ilmu dan kemahiran mampu membina kehidupan yang lebih bermakna.
๐ช Setiap usaha kecil, setiap langkah sokongan โ akan membuka lebih banyak pintu harapan untuk mereka yang memerlukan.
Ikuti perjalanan kami. Sokong misi kami. Bersama kita bangunkan komuniti penuh kasih dan insani.
"๐๐ฆ๐๐บ๐๐ฎ๐๐ช ๐๐๐ณ๐๐ฑ๐๐ฏ, ๐๐ฆ๐๐ฃ๐๐ฏ๐ ๐๐ข๐ ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐ฑ๐๐ฏ"
โค๏ธ
#๐๐ฌ๐ฉ๐ข๐ซ๐๐ฌ๐ข๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ง๐ฌ๐๐ง๐ข #๐๐๐ฆ๐๐๐ซ๐๐๐ฒ๐๐๐ง๐๐๐ง๐ข๐ญ๐ #๐๐๐ซ๐๐ฉ๐๐ง๐๐ง๐๐ค๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐ #๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐