Taska & Tadika Istika Jaya OKU Pendengaran

Taska & Tadika Istika Jaya OKU Pendengaran Taska Istika Jaya menyediakan program intervensi awal dan kemahiran hidup berdikari supaya kanak-kanak dapat berkembang ke tahap yang optimum.

Bajet 2014 yang diumumkan oleh YAB Menteri Kewangan meletakkan sasaran penubuhan TASKA OKU untuk kategori kanak-kanak Orang Kurang Upaya termasuk pekak. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) telah dipilih oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai salah satu dari NGO untuk menjadi pengendali Taska OKU.

Kraftangan Kemerdekaan
24/08/2026

Kraftangan Kemerdekaan

Pada 15 Jun hingga 11 Ogos, sukarelawan HXP dari USA (Batch 5) telah menganjurkan kelas Bahasa Inggeris dan Matematik un...
24/08/2026

Pada 15 Jun hingga 11 Ogos, sukarelawan HXP dari USA (Batch 5) telah menganjurkan kelas Bahasa Inggeris dan Matematik untuk kanak-kanak Istika Jaya di Dewan MFD, yang dijalankan setiap dua minggu pada hari Isnin dan Selasa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para sukarelawan HXP atas kesudian meluangkan masa dan tenaga dalam mengajar serta berkongsi ilmu bersama kanak-kanak Istika Jaya.

22/08/2026

PERJALANAN PERCUMA TANPA HAD UNTUK OKU

Satu kemudahan yang mungkin masih ramai belum tahu.

Komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) digalakkan mendapatkan Pas Rapid Mesra yang membolehkan perjalanan percuma tanpa had menggunakan perkhidmatan Rapid KL.

Kemudahan ini meliputi:

Tren Rapid KL
Bas Rapid KL
Rapid KL On-Demand

Bagi individu OKU yang kerap berulang-alik untuk bekerja, mendapatkan rawatan, belajar atau menjalani urusan harian, kemudahan seperti ini boleh membantu mengurangkan kos pengangkutan dengan ketara.

Kalau ada ahli keluarga, rakan atau kenalan OKU yang menggunakan pengangkutan awam sekitar Lembah Klang, bantu sampaikan maklumat ini.

Kadang-kadang kemudahan sudah tersedia.

Cuma orang yang memerlukannya belum tahu.

22/08/2026
πŸ‡²πŸ‡Ύ Pemasangan Jalur Gemilang Sempena Hari Kemerdekaan ke-69 πŸ‡²πŸ‡ΎPada 3 Ogos 2025, Taska & Tadika Istika Jaya telah mengada...
20/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Pemasangan Jalur Gemilang Sempena Hari Kemerdekaan ke-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Pada 3 Ogos 2025, Taska & Tadika Istika Jaya telah mengadakan aktiviti pemasangan Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-69 bagi tahun 2026.

Bersempena Bulan Kebangsaan, kanak-kanak telah mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar kawasan Taska sebagai tanda sayang dan cintakan negara Malaysia. ❀️

Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dalam diri kanak-kanak sejak dari awal usia.

11/08/2026

Tiada asas dalam Bahasa Isyarat Malaysia? Tiada masalah!

Jom sertai Kelas Bahasa Isyarat Malaysia pada hari Sabtu ini. Belajar dari asas dengan mudah dan menyeronokkan.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi 013-3109248

Jumpa anda di kelas!

Malaysian Federation of the Deaf -MFD

06/08/2026
05/08/2026

ONE DEAF ONE COMMUNITY!

SAMBUTAN MINGGU ORANG PEKAK ANTARABANGSA 2026

Tarikh: 26 SEPTEMBER 2026 (SABTU)

Masa: 8AM – 4PM

Tempat: IWK ECO PARK, PANTAI DALAM, KUALA LUMPUR (https://maps.app.goo.gl/1a9kgcuByedK7dai6?g_st=ic)

Aktiviti:

* PAMERAN & JUALAN
* AKTIVITI KELUARGA
* CABUTAN BERTUAH

Semua dijemput. MASUK PERCUMA!

πŸŒ±πŸ” Lawatan Pendidikan ke Fresh in the City 🐰🌽Pada 22 Julai 2026, kanak-kanak Taska & Tadika Istika Jaya telah menyertai ...
25/07/2026

πŸŒ±πŸ” Lawatan Pendidikan ke Fresh in the City 🐰🌽

Pada 22 Julai 2026, kanak-kanak Taska & Tadika Istika Jaya telah menyertai satu Lawatan Pendidikan ke Fresh in the city yang penuh dengan keseronokan serta pengalaman pembelajaran yang bermakna.

Sepanjang lawatan, mereka mempelajari pelbagai jenis sayur-sayuran, kitaran hidup ayam, serta proses percambahan dan pembesaran benih sayur-sayuran. Kanak-kanak juga berpeluang memberi makan kepada ayam kampung dan arnab, menjadikan sesi pembelajaran lebih menyeronokkan dan interaktif.

Selain itu, mereka mempelajari cara memindahkan anak benih ke dalam pasu kecil dan setiap kanak-kanak membawa pulang anak pokok untuk dijaga di rumah. Mereka turut melawat ladang sayur-sayuran berbumbung serta berpeluang menuai sendiri dua jenis sayur-sayuran segar yang bebas racun perosak untuk dibawa pulang.

Salah satu pengalaman yang paling mengujakan ialah menikmati jagung ungu segar. Kanak-kanak sangat teruja kerana rasanya yang manis dan lazat!

Sebagai kenang-kenangan, setiap kanak-kanak turut menerima buku mewarna sayur-sayuran, buku aktiviti, dan Sijil Petani Cilik atas penyertaan mereka.

Lawatan ini bukan sahaja memberi pengalaman yang menyeronokkan, malah membantu kanak-kanak memahami dengan lebih mendalam tentang pertanian, alam semula jadi, serta asal usul makanan yang kita nikmati setiap hari.

πŸ’š Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Fresh in the City kerana menyediakan pengalaman pembelajaran yang begitu bermakna, menyeronokkan dan bermanfaat kepada kanak-kanak kami. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

πŸŒ±πŸ”πŸ°πŸŒ½πŸ’š





✨ Jemputan Persembahan Nyanyian Berisyarat bersama SRI KL sempena Ice Cream Castle Charity Concert 2026 ✨Pada 18 Julai 2...
24/07/2026

✨ Jemputan Persembahan Nyanyian Berisyarat bersama SRI KL sempena Ice Cream Castle Charity Concert 2026 ✨

Pada 18 Julai 2026, seramai lima orang kanak-kanak pekak dari Taska & Tadika Istika Jaya telah dijemput untuk membuat Persembahan Nyanyian Berisyarat bersama murid-murid SRI KL menerusi lagu β€œLangit” nyanyian Yuna sempena Ice Cream Castle Charity Concert 2026 yang berlangsung di SRI KL, USJ.

Kanak-kanak kami berasa amat teruja, gembira dan bangga kerana diberi peluang berkongsi pentas bersama rakan-rakan dari SRI KL. Pengalaman bermakna ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri mereka, malah memupuk semangat inklusiviti, persahabatan serta penghargaan terhadap kepelbagaian dalam masyarakat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak SRI KL atas jemputan, layanan mesra serta komitmen dalam meraikan kepelbagaian dan mewujudkan persekitaran yang inklusif. Kami juga amat menghargai usaha murni apabila hasil kutipan konsert telah disumbangkan kepada Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD).

Semoga jalinan kerjasama yang bermakna ini dapat diteruskan pada masa hadapan demi membina sebuah masyarakat yang lebih inklusif, prihatin dan saling menghormati. πŸ’™πŸ€Ÿ

Address

G-15, Menara KLH, Bandar Puchong Jaya
Puchong
47170

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00

Telephone

+60380709308

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Taska & Tadika Istika Jaya OKU Pendengaran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Taska & Tadika Istika Jaya OKU Pendengaran:

Shortcuts

Share