SMK Bandar Puchong Jaya (A)

SMK Bandar Puchong Jaya (A) Sekolah Harian Satu Sesi

Selamat Maju Jaya kepada semua calon SPM Bahasa Cina & Bahasa Tamil
08/08/2026

Selamat Maju Jaya kepada semua calon SPM Bahasa Cina & Bahasa Tamil

Ahlan wa Sahlan, Puan Azuraily Binti Alwi. Selamat datang ke keluarga besar SMKBPJA (A). 🌹
06/08/2026

Ahlan wa Sahlan, Puan Azuraily Binti Alwi. Selamat datang ke keluarga besar SMKBPJA (A). 🌹

Selamat Maju Jaya kepada semua calon SPM Pendidikan Islam: UTQH.
19/07/2026

Selamat Maju Jaya kepada semua calon SPM Pendidikan Islam: UTQH.

📢 Buletin SMKBPJ(A) – A Tetap A❤️ BICARA INSPIRASI GURU BAHARU ❤️Leadership Begins with Love🤝 Sesi Hati ke Hati Bersama ...
11/07/2026

📢 Buletin SMKBPJ(A) – A Tetap A

❤️ BICARA INSPIRASI GURU BAHARU ❤️
Leadership Begins with Love

🤝 Sesi Hati ke Hati Bersama Pengetua
Guru Baharu Berkhidmat Kurang 3 Tahun

📅 Tarikh: 10 Julai 2026 (Jumaat)
🕧 Masa: 12.30 tengah hari
📍 Tempat: Bilik Pengetua, SMK Bandar Puchong Jaya (A)

Dalam usaha memperkasa pembangunan profesionalisme guru, Pengetua SMK Bandar Puchong Jaya (A), Puan Wan Nor Afidah binti Wan Ahmad, telah mengadakan Sesi Hati ke Hati Bersama Guru Baharu yang berkhidmat kurang daripada tiga tahun.

Program ini menjadi platform untuk berkongsi inspirasi kepimpinan, pengalaman serta nilai profesionalisme keguruan, di samping memberi motivasi kepada guru baharu agar terus membina kompetensi, mengukuhkan jati diri dan bersedia menghadapi cabaran pendidikan masa kini.

Semoga sesi ini menjadi pemangkin kepada lahirnya guru-guru yang berwibawa, berdaya saing dan sentiasa mengutamakan kasih sayang dalam mendidik anak bangsa.

❤️ "Leadership Begins with Love"
Apabila kepimpinan bermula dengan kasih, inspirasi akan melahirkan perubahan.

💙 A Tetap A – Memimpin Dengan Hati, Mendidik Dengan Kasih.

🌱 Menyemai Potensi • Membina Profesionalisme • Menginspirasi Masa Hadapan

📢 Buletin SMKBPJ(A) – A Tetap A❤️ BICARA INSPIRASI GURU PRAKTIKAL ❤️Leadership Begins with Love📅 Tarikh: 16 Julai 2026🕢 ...
06/07/2026

📢 Buletin SMKBPJ(A) – A Tetap A

❤️ BICARA INSPIRASI GURU PRAKTIKAL ❤️
Leadership Begins with Love

📅 Tarikh: 16 Julai 2026
🕢 Masa: 7.30 pagi
📍 Tempat: Bilik Pengetua, SMK Bandar Puchong Jaya (A)

Dalam usaha membimbing dan memperkasa bakal pendidik, Pengetua SMK Bandar Puchong Jaya (A), Puan Wan Nor Afidah binti Wan Ahmad, telah mengadakan Sesi Hati ke Hati Bersama Guru Praktikal.

Sesi ini menjadi platform untuk berkongsi inspirasi, pengalaman dan nilai kepimpinan seorang pendidik, di samping memberikan Taklimat Pelaksanaan Kelas Intervensi Membaca "Anakku Sayang" yang bertujuan meningkatkan penguasaan literasi murid.

Semoga perkongsian ini menjadi suntikan semangat kepada guru-guru praktikal untuk terus mendidik dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan kasih sayang demi melahirkan generasi masa hadapan yang cemerlang.

❤️ "Leadership Begins with Love"
Apabila kepimpinan bermula dengan kasih, inspirasi akan melahirkan perubahan.

💙 A Tetap A – Memimpin Dengan Hati, Mendidik Dengan Kasih.

📢 Buletin SMKBPJ(A) – A Tetap A🤲 Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Sempena Hari JumaatAnjuran Unit Penghayatan Dakwah SM...
06/07/2026

📢 Buletin SMKBPJ(A) – A Tetap A

🤲 Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Sempena Hari Jumaat
Anjuran Unit Penghayatan Dakwah SMK Bandar Puchong Jaya (A)

📅 3 Julai 2026 (Jumaat)
🕖 7.00 pagi
📍 Surau Al-Insyirah, SMK Bandar Puchong Jaya (A)

🌿 Jumaat Penuh Berkat, Menyemai Harapan, Menggapai Kejayaan 🌿

Alhamdulillah, warga SMK Bandar Puchong Jaya (A) memulakan pagi Jumaat dengan bacaan Surah Yasin dan Solat Hajat yang dipimpin oleh Imam Muda Muhammad Fikry.

Doa dipanjatkan agar Allah SWT mengurniakan rahmat, keselamatan dan kecemerlangan kepada seluruh warga sekolah, khususnya 154 orang calon SPM 2026, di samping mendoakan kesembuhan buat guru-guru dan anak murid yang sedang bertarung dengan kesakitan.

Majlis diteruskan dengan tazkirah "The Power of Basmalah" yang mengingatkan warga sekolah bahawa setiap urusan yang dimulakan dengan nama Allah akan disertai keberkatan dan pertolongan-Nya. Program turut diserikan dengan Kuiz kisah nabi dan kuasa basmalah yang mendapat sambutan menggalakkan daripada murid.

Semoga segala doa dan amalan yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT serta menjadi pemangkin kepada pembentukan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.

💙 A Tetap A – Memperkasa Rohani, Membina Insan Cemerlang.

Kepada semua calon SPM SMK Bandar Puchong Jaya (A) 2026..Hari ini bermulalah perjuangan dalam Ujian Bertulis Peperiksaan...
05/07/2026

Kepada semua calon SPM SMK Bandar Puchong Jaya (A) 2026..

Hari ini bermulalah perjuangan dalam Ujian Bertulis Peperiksaan Percubaan SPM.

Semoga setiap usaha, doa dan pengorbanan menjadi cahaya kejayaan yang cemerlang.

“Usaha tidak pernah mengkhianati hasil.” 🌟

Makluman Kelas Tambahan Berfokus SPM
05/07/2026

Makluman Kelas Tambahan Berfokus SPM

Makluman Kelas Intensif Tingkatan 4
05/07/2026

Makluman Kelas Intensif Tingkatan 4

Address

Jalan Pipit
Puchong
47100

Opening Hours

Monday 07:15 - 04:30
Tuesday 07:15 - 04:30
Wednesday 07:15 - 04:30
Thursday 07:15 - 04:30
Friday 07:15 - 12:30

Telephone

+60380754728

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Bandar Puchong Jaya (A) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Bandar Puchong Jaya (A):

Shortcuts

Share

Category