Sekolah Rendah Islam Integrasi Nurul Hidayah Puchong

Sekolah Rendah Islam Integrasi Nurul Hidayah Puchong

Share

SEK. RENDAH ISLAM INTEGRASI YANG BERDAFTAR DI JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) YANG MENYEDIAKAN SISTEM PEMBELAJARAN DWIALIRAN IAITU AKADEMIK DAN AGAMA

04/05/2026

PER: PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SESI 2027
............................................

ASSALAMUALAIKUM W. B. T

PERHATIAN IBU BAPA / PENJAGA MURID, PENDAFTARAN MURID BAHARU TAHUN 1 SESI 2027 TELAH DIBUKA.

TUAN/PUAN BOLEH MELAKUKAN TINDAKAN SEPERTI BERIKUT:

πŸ–±οΈKLIK PADA LINK TERSEBUT UNTUK PENDAFTARAN:⬇️

http://my03.awfatech.com/serinh

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: 30 JUN 2026

πŸ”΄NOTA:

βœ… TATACARA PENGISIAN MAKLUMAT MURID UNTUK PENDAFTARAN TERDAPAT PADA IKLAN @ RISALAH ATAS TALIAN (ONLINE) YANG TELAH DIBERIKAN.

βœ… PASTIKAN TUAN/PUAN MEMUAT NAIK (UPLOAD) DOKUMEN SIJIL KELAHIRAN ANAK DALAM BENTUK PDF SEPERTI YANG DIMINTA.

βœ…TUAN/PUAN PERLU MENGHANTAR SLIP MAKLUMAT PERMOHONAN PENDAFTARAN DAN DOKUMEN-DOKUMEN BERIKUT.

- 2 Salinan Sijil Kelahiran Murid
- 2 Salinan K.P Ibu / Penjaga
- 2 Salinan K.P bapa / Penjaga

βœ… MOHON HANTAR DOKUMEN YANG DIMINTA KE PEJABAT PENGURUSAN MURID SELEPAS MENGISI MAKLUMAT PERMOHONAN.

βœ… SEMAKAN STATUS PENDAFTARAN DAN KEMASKINI MAKLUMAT PERMOHONAN HANYA KLIK PADA LINK PENDAFTARAN YANG TELAH DIBERIKAN.

βœ… LINK PENDAFTARAN AKAN DITUTUP BERDASARKAN TARIKH AKHIR PENDAFTARAN.

SEKIAN, TERIMA KASIH

PEJABAT PENGURUSAN MURID
SERIINH, PUCHONG

Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Nurul Hidayah Puchong's post 30/04/2026

πŸ“’ ANNUAL GRAND MEETING & MAJLIS KECEMERLANGAN SEKOLAH GASIS 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak GASIS telah mengadakan program Annual Grand Meeting (AGM) serta Majlis Kecemerlangan Sekolah.

πŸ“ Tempat: AnCasa Resort Port Dickson
πŸ“… Tarikh: 27 April 2026 (Isnin)

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan atas penganugerahan yang diterima daripada GASIS (Gabungan Sekolah Islam Selangor).

Pihak SERII Nurul Hidayah telah dianugerahkan:

πŸ† Anugerah Sekolah Rendah Integrasi (SRII) Kedua Terbaik PSRA 2025
(Kategori B – calon melebihi 36 orang)

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru serta ibu bapa atas komitmen dan usaha yang berterusan sehingga mencapai kejayaan ini.

Semoga SERII Nurul Hidayah terus cemerlang pada masa akan datang, InsyaAllah.

Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Nurul Hidayah Puchong's post 28/04/2026

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

πŸ† Juara Keseluruhan Rumah Sukan
πŸ₯‡ Rumah Sukan BiruπŸ”΅

πŸŽ– Juara Perbarisan
πŸ₯‡ Rumah Sukan Hijau🟒

πŸ… Tahap 1 Pemenang bagi acara:

1.Bawa bola pingpong dengan sudu
2.Lari dan kutip bola
3.Bawa pundi kacang
4.Baling bola dalam bakul

πŸ… Tahap 2 Pemenang bagi acara:

1.Balapan 4 Γ— 50 meter
2.Balapan 100 meter

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang dalam bidang sukan dan juga akademik. Teruskan usaha dan jangan mudah berputus asa!

Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Nurul Hidayah Puchong's post 28/04/2026

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-13 πŸƒβ€β™‚οΈπŸ…βœ¨

AHAD, 26 APRIL 2026
πŸ“ Mini Stadium MAHSA University
⏰ 8:00 pagi – 1:00 petang

Alhamdulillah.
Telah berlangsung Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-13 dengan jayanya dalam suasana yang meriah dan penuh semangat kesukanan.

Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat En. Muhammad Fauzan bin Rosli (Ahli Majlis Zon 12).

Para murid menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi sepanjang acara berlangsung. Semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta disiplin yang ditonjolkan amat membanggakan.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada barisan guru, warga sekolah serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini. Tidak dilupakan juga sokongan padu daripada ibu bapa yang turut memeriahkan suasana.

Semoga Kejohanan Sukan Tahunan ini terus menjadi platform dalam melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan sahsiah.

Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Nurul Hidayah Puchong's post 22/04/2026

JAMUAN HARI RAYA SERII NURUL HIDAYAH βœ¨πŸŽ‰

JUMAAT, 17 APRIL 2026 -

Alhamdulillah.
Pada hari Jumaat yang lalu telah berlangsungnya Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah dengan penuh kemeriahan dan suasana yang harmoni.

Sekolah Rendah Islam Integrasi Nurul Hidayah Puchong telah mengadakan sambutan ini sebagai ruang untuk mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga sekolah.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua murid yang telah menunjukkan adab dan akhlak yang baik sepanjang majlis berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada para guru serta warga sekolah yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa yang turut memberi sokongan dan sumbangan.

Semoga sambutan seperti ini dapat terus memupuk semangat perpaduan dan kasih sayang dalam kalangan warga SERII Nurul Hidayah . πŸŒ™βœ¨

Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Nurul Hidayah Puchong's post 14/04/2026

Program : Latihan Kebakaran
Hari : Selasa
Tarikh : 14 April 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Latihan Kebakaran dengan jayanya dengan kerjasama Balai Bomba Bandar Puchong. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada murid tentang aspek keselamatan serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan kebakaran.

πŸš’ Diharapkan agar program ini dapat meningkatkan kesedaran murid tentang kepentingan keselamatan diri serta melatih mereka untuk bertindak dengan lebih tenang dan teratur dalam situasi kecemasan.

πŸ”₯ Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta menjadi panduan berguna pada masa hadapan.

🀝 Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Balai Bomba Bandar Puchong atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Cc:
GPK HAL EHWAL MURID
GURU BESAR

Photos from Sekolah Rendah Islam Integrasi Nurul Hidayah Puchong's post 14/04/2026

KAMIL GASIS 2026βœ¨πŸŽ‰
-SABTU, 11 APRIL 2026 -

Alhamdulillah.
Pada hari Sabtu yang lalu telah berlangsungnya Pertandingan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) anjuran Gabungan Sekolah-sekolah Islam Selangor (GASIS).

Sekolah Rendah Islam Integrasi Nurul Hidayah Puchong tidak melepaskan peluang untuk menghantar wakil bagi beberapa acara yang dipertandingkan.

Tahniah diucapkan kepada anak-anak SERII Nurul Hidayah Puchong yang telah menunjukkan kesungguhan dalam setiap acara yang disertai.

Terima kasih tidak terhingga juga kepada para guru yang sudi membimbing murid sepanjang latihan KAMIL tersebut. Tidak dilupakan juga kepada pihak ibu bapa yang sentiasa memberi kerjasama dalam memantau dan menyokong anak-anak.

Semoga SERII Nurul Hidayah Puchong terus diberi peluang untuk menyertai pertandingan ini pada tahun hadapan dengan pencapaian yang lebih cemerlang.

20/03/2026

Seindah Syawal, seikhlas kemaafan.
Ucapan khas Aidilfitri oleh Guru Besar
Sekolah Rendah Islam Integrasi Nurul Hidayah

18/03/2026
Want your school to be the top-listed School/college in Puchong?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


LOT 9, PT 40794, Jalan BERKAT 1, KG. SERI AMAN
Puchong
47150

Opening Hours

Monday 08:00 - 15:30
Tuesday 08:00 - 15:30
Wednesday 08:00 - 15:30
Thursday 08:00 - 15:30
Friday 08:00 - 15:30