30/04/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2026
Selamat Hari Pekerja
Di GIATMARA, kami percaya bahawa kemahiran bukan sekadar kebolehan, ia adalah aset strategik yang memacu masa depan individu dan negara. Setiap tangan yang bekerja, setiap idea yang dilaksanakan, dan setiap kemahiran yang diasah adalah pemangkin kepada kemajuan ekonomi yang mampan.
Hari ini, kita meraikan dedikasi dan komitmen para pekerja yang terus membina nilai melalui kepakaran masing-masing. GIATMARA komited memperkasa tenaga kerja berkemahiran tinggi, melahirkan individu yang bukan sahaja kompeten, tetapi juga berdaya saing dalam landskap industri masa kini.
Kerja bukan sekadar rutin, ia adalah platform untuk berkembang, mencipta peluang dan memberi impak.
Pekerja berkemahiran, nadi kemajuan negara.
"Pekerja Kesuma Bangsa"
21/04/2026
PERMOHONAN MASIH DIBUKA !!
11/04/2026
JOM DAFTAR!!!
Permohonan Pelatih GIATMARA Sesi Julai 2026 Kini Dibuka!
Ambil langkah pertama ke arah masa depan yang lebih cerah dengan membina kemahiran melalui latihan TVET yang menekankan pembelajaran praktikal serta selari dengan keperluan industri masa kini.
GIATMARA menawarkan platform latihan yang tersusun dan berfokus untuk membantu anda meningkatkan kebolehpasaran, menguasai kemahiran teknikal serta membuka lebih banyak peluang kerjaya.
Melalui pendekatan hands-on, pelatih akan didedahkan kepada situasi sebenar industri bagi membina keyakinan dan keupayaan untuk bersaing dalam dunia pekerjaan.
Jangan lepaskan peluang ini. Mohon sekarang dan mulakan perjalanan anda bersama GIATMARA ke arah masa depan yang lebih berkemahiran dan berdaya saing.
06/03/2026
PART 2
Semarak Kasih Ramadan 1447H dan Iftar bersama Warga Kerja serta Pelatih-Pelatih Puchong
06/03/2026
PART 1
GIATMARA Puchong ~ Semarak Kasih Ramadan 1447H
Alhamdulillah, telah berlangsung Program Bubur Lambuk Semarak Kasih Ramadan 2026 dan Iftar bersama pelatih-pelatih
GIATMARA Puchong yang diadakan di perkarangan bengkel Automotif Giatmara Puchong pada 5 Mac 2026 baru-baru ini.
Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengurus pusat Giatmara Puchong sendiri En Iqram bin Zulkifli yang bersama-sama turun padang menyantuni warga kerja dan pelatih-pelatih sendiri serta menyertai aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk.
Aktiviti bermula dengan penyediaan bahan, diikuti proses memasak, pembungkusan dan edaran bubur lambuk kepada masjid berhampiran, Masjid Nurul Huda Kg Kenangan Batu 13 serta komuniti setempat.
Inisiatif sebegini turut mengeratkan ukhuwah serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga GIATMARA dan masyarakat kampung setempat.
Semoga usaha kecil ini membawa keberkatan dan kegembiraan kepada semua penerima.
Ramadan Disemai, Kasih Dituai.
GIATMARA Negeri Selangor
GIATMARA Malaysia
14/10/2025
TAHNIAH GIATMARA Malaysia 👍🏻👍🏻