14/02/2026
Kenapa anak rasa tak best sahur?
Sebab mak ayah sendiri tak RASA best.
Waktu sahur,
Mak ayah marah-marah...
Mak stress
Ayah main phone..
Akhirnya Ramadan jadi benda yang tak best..
Jom ubah.. Jom berubah...
14/02/2026
Bukan harta yang membuat anak kuat, tetapi ayat-ayat Allah yang ditanam sejak kecil. Satu huruf Al-Quran yang mereka baca hari ini, boleh menjadi penyelamat kita di akhirat nanti
14/02/2026
Anak tidak perlukan ibu bapa yang sempurna.
Mereka perlukan ibu bapa yang kembali kepada Al-Quran, supaya mereka tahu ke mana harus pulang bila dunia terasa berat.
14/02/2026
Anak yang kita dukung hari ini…
adalah pemimpin doa kita di masa depan.
Jika kita ajarkan mereka mencintai Al-Quran, mereka akan membimbing kita kembali kepada Allah saat kita lemah.
-Ustaz Khairul-
Kem Kom Kem Bijak Puasa Putrajaya
14/02/2026
Putrajaya... Kami datanggggggg...
25/01/2026
3 Doa Wajib Baca Sepanjang Ramadan
Jangan Lepaskan Peluang Emas Ini!
Ramadan dah tiba!
Bulan penuh barakah yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam.
Tahukah kita? Setiap doa yang kita panjatkan dalam bulan mulia Ramadan ada peluang BESAR untuk Allah makbulkan!
Jom kita MULA HAFAL & amalkan 3 doa istimewa ni sekarang. Simple, senang hafal, tapi pahala berlipat kali ganda!
16/01/2026
JOM AJAK ANAK-ANAK DAN KELUARGA SELAWAT... DAN BACA AL KAHFI SAMA SAMA
10/01/2026
"Pagi Ahad. Ramai yang pilih tidur.
Tapi ada seorang ayah bangun awal, bawa anak-anak ke program yang dia tahu akan bentuk masa depan mereka.
Bukan senang. Tapi dia buat juga.Sebab itulah AYAH
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka..." (At-Tahrim: 6)
KEM BIJAK i-Backyard Science bukan sekadar program sains. Ia platform untuk ayah menunaikan tanggungjawab sebagai pendidik pertama anak-anak.
Pengorbanan pagi Ahad ini? InsyaAllah jadi pelaburan akhirat yang tak putus-putus
Terima kasih kepada semua ayah yang faham.
MASA dengan anak tak boleh diganti dengan duit.
USAHA mendidik anak tak boleh diserahkan sepenuhnya pada orang lain.
"Papa Ayah, Daddy, Abi, Bapa, Walid, Abati, terima kasih kerana sentiasa ada dan berkorban untuk kami..."
Alhamdulillah, Akademi QOROA. Terima kasih kerana beri platform untuk ayah-ayah jadi hero sebenar dalam hidup anak-anak mereka
10/01/2026
"6 tahun yang lalu, mereka duduk di kerusi yang sama seperti anak-anak semalam."
Hari ini? Mereka berdiri sebagai FASILITATOR yang mendidik generasi baru
Inilah hasil Quran parenting yang sebenar, bukan sekadar mendidik untuk hari ini, tetapi melahirkan pendidik untuk esok.
"Sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat untuk manusia lain." (HR Ahmad)
Alhamdulillah, Akademi QOROA telah membuktikan bahawa pendidikan berasaskan Al-Quran bukan sahaja melahirkan anak yang bijak, malah melahirkan pemimpin yang memberi impak kepada UMMAH!
FORMULA=dari pelajar → Fasilitator → Pendidik generasi baru
Ini bukan sekadar program. Ini PELABURAN AKHIRAT yang berterusan.KEM BIJAK i-Backyard Science | 9 Jan 2026
di PPusat Latihan Qoroa
Tag parents yang nak anak mereka jadi aset ummah, bukan sekadar pandai scroll reels!
Bila nak daftar anak awak?
10/01/2026
"Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) semuanya..." (Al-Baqarah: 31)
Alhamdulillah, program KEM BIJAK i-Backyard Science semalam bukan sekadar mengajar anak-anak tentang sains. Ia mengajar mereka untuk MELIHAT, BERFIKIR dan BERSYUKUR kepada Allah melalui ciptaan-Nya
Dalam Quran parenting, kita diajar untuk tidak hanya memberikan ilmu dunia,
tetapi ilmu yang mendekatkan anak kepada Penciptanya.
Bila anak faham kenapa daun hijau, kenapa air mengalir, kenapa tanah subur, mereka sebenarnya sedang mengenali kebesaran Allah.
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi... terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal." (Ali Imran: 190)
Terima kasih Akademi QOROA kerana menjadikan pembelajaran sebagai medium dakwah yang indah. Inilah Quran parenting yang sebenar, mendidik anak menjadi khalifah yang berilmu dan bertaqwa!
📍 Pusat Latihan QOROA, Residensi Ostia, Bangi
📅 9 Januari 2026
Tag parents yang faham pentingnya mendidik anak dengan cara Al-Quran!