28/11/2025
“Anak saya bukan tak pandai… cuma lambat kira…”
Setiap kali cikgu tanya sifir, anak diam lama.
Bukan sebab tak tahu, tapi sebab lambat kira & ragu-ragu. 😔
Mak tengok pun rasa kesian.
Dia cuba, tapi masih keliru.
Alhamdulillah, lepas join Kelas Bijak Congak Sifir,
anak makin laju kira tanpa hafal pun.
Seronok, siap berlumba jawab dulu! 🌟
dia cuma perlukan cara congak yang betul & menyeronokkan.
🆓PERCUMA
[E-ROADSHOW BIJAK CONGAK SIFIR]
🗓️Tarikh : 28 November 2025 (JUMAAT)
🕙 Masa : 9.00Malam - 10.30Malam
📡 Zoom Online
👬👭Sesuai untuk pelajar Darjah 1 hingga Darjah 6
👨👩👧👦Ibu atau bapa dibenarkan masuk bersama
✅ Kelebihan E-Roadshow Bijak Sifir:
📌Che Man Congak/ Sir Edy merupakan Guru Matematik Cucu Sultan Brunei di Istana Nurul Iman pada tahun 2019
📌Membuka minda mak ayah dan anak bahawa Matematik itu mudah dan seronok
📌Belajar teknik CONGAK Sifir 9 sehingga sifir 99 dalam masa 2 jam sahaja!!
⏩️TEMPAT TERHAD⏪️
📲 Klik Link Group Sekarang (PERCUMA)
https://chat.whatsapp.com/KInjfaooySM94zfyU4KkDL
05/09/2025
✨️Salam Maulidur Rasul diucapkan daripada kami di Pentagon Math✨️
Pada hari yang mulia ni mari kita semua perbanyakkan selawat dan tingkatkan amalan kebaikan kita semua😄
21/07/2025
*ROADSHOW BIJAK SIFIR EDISI UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP) 2025*
Tunggu apa lagi !!!Ayuh !!! Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk mendaftar ke *ROADSHOW BIJAK SIFIR* bersama Pentagon Math 🎉🎉
➡️Tarikh :26 Julai 2025, Sabtu
➡️Masa : 9.00am - 12.00pm
➡️Lokasi : Main Hall @ UTP
*YURAN PERCUMA*
(Ibu atau bapa dibenarkan masuk bersama)
Sesuai untuk pelajar Darjah 1- 6
Kelebihan Roadshow Bijak Sifir 😘
📌Che Man Congak/ Sir Edy merupakan Guru Matematik Cucu Sultan Brunei di Istana Nurul Iman pada tahun 2019
📌Membuka minda mak ayah dan anak bahawa Matematik itu mudah dan seronok
📌Belajar teknik CONGAK Sifir 9 sehingga sifir 99 dalam masa 2 jam sahaja!!
Klik link untuk pendaftaran👇
https://forms.gle/gfFAMy6436BYwVKJA
*Kod pakaian:* casual/menutup aurat/ sopan
*TEMPAT TERHAD*
Jumpa anda di sana ! 👋🏻
08/07/2025
Juara Pentas Jual Jiwa SME Perak 2025.
Pada 28 dan 29 Jun 2025 yang lalu, Pentagon Math telah berpeluang menyertai program Jiwa SME Perak 2025 yang berlangsung dengan meriah di AEON Kinta City, Ipoh. Program selama dua hari ini berjaya menarik kehadiran lebih 3,000 pengunjung, sekali gus menghimpunkan semangat keusahawanan, inovasi dan jaringan niaga tempatan yang luar biasa.
Program anjuran bersama Unifi Business dan Astro AWANI ini menampilkan sebanyak 20 reruai usahawan dan agensi sokongan, termasuk MATRADE dan Bursa Malaysia yang mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan dalam sektor makanan, tekstil, teknologi, pendidikan dan kewangan.
Antara acara kemuncak ialah pertandingan “Pentas Jual”, di mana Pentagon Math telah dinobatkan sebagai juara menerusi pembentangan produk pendidikan inovatif yang disampaikan dengan penuh yakin dan bertenaga oleh Cikgu Rashid dan pasukan Pentagon. Pembentangan ini bukan sahaja memikat hati juri, malah turut menarik perhatian ramai pengunjung yang hadir.
Jiwa SME Perak 2025 bukan sekadar medan pameran, malah menjadi bukti bahawa platform sebegini mampu mencetus inspirasi dan membuka peluang sebenar kepada usahawan tempatan untuk melonjakkan potensi perniagaan ke tahap lebih tinggi.
Kami dari Pentagon Math ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Astro AWANI dan Unifi Business atas penganjuran program yang begitu bermakna ini. Semoga lebih banyak inisiatif seperti ini dapat diteruskan demi memperkasakan ekosistem usahawan negara.
Untuk mendapatkan buku Pentagon Math iaitu Pentagon Sifir, Congak Tambah Tolak dan Congak Darab Bahagi serta buku Congak Asas 3P (Peratus/Perpuluhan/Pecahan), boleh tekan link shopee di bawah dengan harga promo
https://bit.ly/3Pn4hwH
Moga bermanfaat
08/07/2025
Seminar Bijak Sifir Matematik.
Alhamdulillah, pada 18 Jun 2025 (Rabu) yang lalu, lebih 100 orang pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3 SMK Dato’ Abdul Samad telah menyertai Seminar Bijak Sifir Matematik yang berlangsung meriah di dewan sekolah. Seminar ini merupakan hasil kerjasama bersama Pentagon Math antara pihak sekolah, Jabatan Sains dan Matematik SMK Dato’ Abdul Samad.
Seminar ini menampilkan Coach Jemputan, Che Man Congak, yang dikenali dengan pendekatan pembelajaran matematik yang luar biasa dalam membantu pelajar menguasai asas matematik tanpa kebergantungan kepada kalkulator. Melalui gaya penyampaian yang santai dan menghiburkan, Che Man berjaya memecahkan mind block pelajar bahawa subjek Matematik itu sebenarnya mudah dan menyeronokkan.
Antara pengisian utama seminar ini ialah:
✅ Menguasai asas Matematik tanpa penggunaan kalkulator
✅ Pendedahan kepada formula mudah dan cepat
✅ Pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar minda
Program ini bukan sahaja memberi impak positif terhadap kefahaman pelajar, malah berjaya menyuntik semangat dan keyakinan mereka untuk mendekati Matematik dengan lebih yakin dan seronok.
Pentagon Math sebagai rakan kolaboratif utama berhasrat untuk meneruskan inisiatif seperti ini ke sekolah-sekolah lain sebagai usaha berterusan dalam meningkatkan penguasaan asas Matematik di kalangan pelajar sekolah menengah.
Sememangnya, Seminar Bijak Sifir Matematik ini menjadi bukti bahawa pendekatan yang kreatif, menyeronokkan dan mesra pelajar mampu mencetuskan minat dan kecemerlangan dalam Matematik!
Untuk mendapatkan buku Pentagon Math iaitu Pentagon Sifir, Congak Tambah Tolak dan Congak Darab Bahagi serta buku Congak Asas 3P (Peratus/Perpuluhan/Pecahan), boleh tekan link shopee di bawah dengan harga promo
https://bit.ly/3Pn4hwH
Moga bermanfaat
28/05/2025
🏆 Pentagon Math Menang Besar di Edu@Innovate 2025 UPSI! 🎉
Alhamdulillah, kami di Pentagon Math Sdn. Bhd. berasa amat bersyukur atas kejayaan yang diraih dalam International Education Innovation Competition (Edu@Innovate) UPSI 2025 anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berlangsung pada 19–20 Mei 2025.
Dalam pertandingan berprestij ini yang menghimpunkan penyertaan daripada pelbagai institusi pendidikan dan profesional industri, Pentagon Math telah membawa pulang dua anugerah utama:
🥈 Pingat Perak – Pentagon Sifir
Produk inovasi pendidikan ini membantu murid menguasai sifir dengan mudah dan menyeronokkan melalui pendekatan visual dan berkonsep interaktif.
🥉 Pingat Gangsa – Congak Card Game
Satu permainan matematik berbentuk kad yang dibina untuk meningkatkan kecekapan congak dalam kalangan pelajar dengan cara yang menyeronokkan dan kompetitif.
Pencapaian ini amat bermakna buat kami kerana ia membuktikan bahawa usaha memperkenalkan kaedah pengajaran matematik yang kreatif dan mesra pelajar mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur dan pengguna produk kami yang sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan. Teruskan menyokong misi kami dalam menjadikan pembelajaran Matematik lebih menarik, mudah dan berkesan!
Untuk mendapatkan buku Pentagon Math iaitu Pentagon Sifir, Congak Tambah Tolak dan Congak Darab Bahagi serta buku Congak Asas 3P (Peratus/Perpuluhan/Pecahan), boleh tekan link shopee di bawah dengan harga promo
https://bit.ly/3Pn4hwH
Moga bermanfaat
27/05/2025
Roadshow Bijak Sifir di Multipurpose Hall (MPH), MMU Cyberjaya.
Pentagon Math dengan kerjasama MMU Cyberjaya telah menganjurkan program Roadshow Bijak Sifir yang penuh dengan aktiviti pembelajaran santai dan menyeronokkan!
Program ini mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 300 peserta, termasuk ibu bapa yang turut serta memberikan sokongan padu kepada anak-anak mereka dalam menguasai sifir secara lebih mudah dan efektif. Kehadiran coach jemputan, Che Man Congak, telah memeriahkan lagi sesi dengan demonstrasi teknik congak yang memukau dan mudah diikuti.
Antara kelebihan utama roadshow ini:
✅Teknik Congak Bijak – Anak-anak belajar kaedah matematik yang mudah dan pantas hanya dengan mencongak!
✅Sesi Soal Jawab Spontan – Mencetuskan interaksi aktif antara peserta dan fasilitator.
✅Penglibatan Sama Ibu Bapa – Ibu bapa turut belajar dan memahami cara menyokong anak dalam pembelajaran.
✅Pembelajaran Santai – Suasana program yang tidak kaku dan mudah difahami oleh semua peringkat.
Pentagon Math bertekad untuk terus menyebarkan ilmu sifir dan congak dengan pendekatan kreatif dan menyeronokkan di lebih banyak lokasi pada masa akan datang!
Untuk mendapatkan buku Pentagon Math iaitu Pentagon Sifir, Congak Tambah Tolak dan Congak Darab Bahagi serta buku Congak Asas 3P (Peratus/Perpuluhan/Pecahan), boleh tekan link shopee di bawah dengan harga promo
https://bit.ly/3Pn4hwH
Moga bermanfaat
20/05/2025
📅 24 Mei 2025 (Sabtu)
🕘 9.00 pagi – 11.30 pagi
📍 Masjid Taman Kosas
🎉 Masuk PERCUMA!!
Apa yang best?
🚀 Teknik hafalan super pantas
🎯 Formula mudah difahami
🎉 Aktiviti menarik & interaktif
👨🏫 Bersama Ustaz Noor Shahrizam!
📋 Tentatif:
✔ 9.00AM – Pendaftaran
✔ 9.20AM – Showcase Hafazan
✔ 9.45AM – Rahsia Bijak Sifir
✔ 11.30AM – Bergambar & Bersurai
Tempat TERHAD! 😱
📲 Cepat scan QR poster atau terus contact kami sekarang! Jangan tunggu last minit!
16/05/2025
🌟 Roadshow Bijak Sifir Meriah di Masjid Al Wosto, Temerloh!
Alhamdulillah pada 10 Mei 2025 (Sabtu) yang lepas, seramai 300 peserta membanjiri Masjid Al Wosto, Kampung Tanjung Besar, Temerloh, Pahang bagi menyertai program Roadshow Bijak Sifir yang penuh dengan ilmu, gelak tawa dan pengalaman pembelajaran yang luar biasa!
Program ini dikendalikan oleh fasilitator berpengalaman, Captain Syafeeq, yang berjaya mencuri perhatian peserta dengan pendekatan pengajaran sifir yang amat berbeza daripada biasa. Tidak lagi membosankan, sifir kini lebih menyeronokkan dan mudah difahami!
Antara intipati utama perkongsian seperti:
1. Teknik mencongak sifir yang ringkas dan berkesan.
2. Pembelajaran santai dan tidak menekan fikiran peserta.
3. Sesi soal jawab spontan yang mencetuskan interaksi aktif dalam kalangan peserta.
4. Ibu bapa turut merasai keseronokan belajar sifir bersama anak-anak dengan lebih mudah dan cepat.
Apa yang lebih menarik, suasana program penuh ceria apabila ibu bapa dan anak-anak berkolaborasi dalam aktiviti yang disediakan. Semangat yang gemuruh memenuhi ruang jiwa peserta, membuktikan bahawa belajar sifir bukan lagi satu beban, tetapi boleh menjadi satu pengalaman yang menggembirakan.
Tahniah kepada semua yang terlibat dan hadir! Semoga program seumpama ini dapat diteruskan ke lebih banyak lokasi demi melahirkan generasi celik sifir yang cemerlang.
Untuk mendapatkan buku Pentagon Math iaitu Pentagon Sifir, Congak Tambah Tolak dan Congak Darab Bahagi serta buku Congak Asas 3P (Peratus/Perpuluhan/Pecahan), boleh tekan link shopee di bawah dengan harga promo
https://bit.ly/3Pn4hwH
Moga bermanfaat