PASTI Bestari Bandar Puteri

PASTI Bestari Bandar Puteri PASTI Bestari telah di tubuhkan pada Januari 2006 dan beroperasi di Bandar Puteri Puchong

๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐˜๐—น๐—ฒ๐˜ ๐—•๐—ฆ๐—•๐— ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ & ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—ถ๐—ธ๐—ด๐˜‚ ๐—”๐—บ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ | ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚ ๐Ÿฑ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒAlhamdulillah, selepas berlangsungnya ...
05/08/2026

๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐˜๐—น๐—ฒ๐˜ ๐—•๐—ฆ๐—•๐— ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ & ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—–๐—ถ๐—ธ๐—ด๐˜‚ ๐—”๐—บ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ | ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚ ๐Ÿฑ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Alhamdulillah, selepas berlangsungnya Sambutan Hari Lahir pada sebelah pagi, sebelah petangnya p**a telah diadakan Majlis Meraikan Atlet BSBJ 2026 melibatkan Pasukan Bola Sepak, Pasukan Bola Jaring A dan Pasukan Bola Jaring B, serta Majlis Perpisahan Cikgu Amira.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas semangat juang dan komitmen para atlet yang telah mengharumkan nama PASTI Bestari sepanjang penyertaan mereka di BSBJ 2026. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan pada masa akan datang.

Dalam masa yang sama, warga PASTI Bestari turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Cikgu Amira atas segala jasa, dedikasi yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat. Semoga setiap langkah selepas ini dipermudahkan dan sentiasa berada dalam rahmat serta keberkatan Allah SWT.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan kedua-dua majlis pada hari ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus erat dan PASTI Bestari terus melahirkan generasi yang cemerlang dunia dan akhirat. ๐Ÿค


๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐— ๐—ฒ๐—ถ - ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ | ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚, ๐Ÿฑ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒAlhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung Sambutan Hari Lahir bag...
05/08/2026

๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐— ๐—ฒ๐—ถ - ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ | ๐—ฅ๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚, ๐Ÿฑ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Alhamdulillah, pada hari ini telah berlangsung Sambutan Hari Lahir bagi anak-anak PASTI Bestari yang dilahirkan dalam bulan Mei hingga Ogos.

Suasana penuh ceria dengan gelak tawa dan senyuman anak-anak yang diraikan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ibubapa atas sumbangan makanan, minuman dan kek yang telah memeriahkan majlis ini. Semoga segala kebaikan dan rezeki yang dikongsikan menjadi amal soleh serta dikurniakan keberkatan oleh Allah SWT.

Selamat Hari Lahir kepada semua anak-anak yang diraikan!

Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan solehah, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan dalam menuntut ilmu serta berjaya di dunia dan akhirat.




Jom kenal PASTI yang menjadi pilihan utama semua ! โค๏ธ
27/07/2026

Jom kenal PASTI yang menjadi pilihan utama semua ! โค๏ธ

PASTI itu apa sebenarnya?

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) ialah prasekolah yang ditubuhkan oleh Dewan Pemuda PAS pada tahun 1984, bermula di Terengganu, Kelantan dan Kedah. Tujuannya nak wujudkan prasekolah yang menekankan pendidikan Islam.

Bayangkan anak-anak kita umur 4 hingga 6 tahun, tapi sudah tahu baca Al-Quran. Tahu sirah, akidah, akhlak. Tahu baca jawi. Tapi tak tinggal ilmu-ilmu asas seperti sains, matematik dan bahasa.

Sekarang nak dekat 3,000 cawangan PASTI di Malaysia, dengan ratusan ribu pelajar. Sambutan masyarakat terhadap PASTI amat baik. Ramai mereka yang bukan penyokong PAS pun hantar anak mereka ke PASTI.

Ada alumni PASTI dekat sini?

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ช๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—จ๐——๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚ ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ @๐Ÿต ๐—ฆ๐—ฎ๐—ณ...
25/07/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ง๐—”๐—ž๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—š๐—จ๐—ฅ๐—จ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—œ๐——๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ช๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—จ๐——๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—•๐—”๐—ก๐—š
๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐˜๐˜‚ ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ @๐Ÿต ๐—ฆ๐—ฎ๐—ณ๐—ฎ๐—ฟ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿด๐—› | ๐——๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ, ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐Ÿฏ, ๐—ช๐—ถ๐˜€๐—บ๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ž๐—œ๐— , ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐— ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ

Alhamdulillah, PASTI Bestari Bandar Puteri telah diwakili oleh 5 orang guru bagi menyertai program ini.

Semoga segala ilmu, perkongsian dan pendedahan yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam memperkasakan mutu pendidikan serta melahirkan guru-guru PASTI yang lebih berilmu, berwibawa dan berintegriti.

Terima kasih kepada pihak penganjur atas penganjuran program yang sangat bermanfaat. Semoga segala usaha ini diberkati Allah SWT dan menjadi asbab kecemerlangan pendidikan PASTI. ๐ŸŒน

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—™๐—ข๐—ง๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ž๐—›๐—”๐— ๐—œ๐—ฆ, ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒAlhamdulillah, sesi fotografi PASTI Bestari 2026 telah berlangs...
24/07/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—™๐—ข๐—ง๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—œ ๐—•๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ž๐—›๐—”๐— ๐—œ๐—ฆ, ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Alhamdulillah, sesi fotografi PASTI Bestari 2026 telah berlangsung dengan lancar semalam.

Terima kasih diucapkan kepada ibubapa atas kerjasama memastikan anak-anak hadir dengan kemas dan lengkap berpakaian seragam PASTI.

Terima kasih kepada pihak jurugambar atas layanan yang profesional dan mesra sepanjang sesi berlangsung.




15/07/2026

๐Ÿฅช ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—๐—˜๐—ž ๐—”๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—— ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฎ ๐—ž๐˜‚๐—น๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ - ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐˜„๐—ถ๐—ฐ๐—ต

Alhamdulillah, Projek Aulad tahun ini telah berjaya dilaksanakan dengan penuh keceriaan.

Program dimulakan dengan tayangan video sebagai pendedahan kepada murid-murid mengenai pelbagai tema Projek Aulad yang digariskan oleh di PASTI Malaysia.

Bagi tahun ini, tema Kulinari dengan tajuk "Membuat Sandwich" telah dipilih bersesuaian dengan tempoh pelaksanaan yang lebih singkat, namun tetap memberi pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada murid.

Sebagai persediaan, murid-murid telah diberi tugasan untuk menghasilkan Topi Chef bersama keluarga di rumah, di samping mencari dan menggunting gambar-gambar makanan sebagai bahan untuk membina Piramid Makanan Sihat.

Kali ini, aktiviti mewarna digantikan dengan aktiviti membina piramid makanan bagi memberi pengalaman pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan interaktif.
Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba!

Murid-murid begitu teruja mengenakan topi chef masing-masing dan menyediakan sandwich mengikut kreativiti serta cita rasa sendiri.

Wajah ceria dan semangat yang ditunjukkan jelas membuktikan bahawa pembelajaran secara amali mampu menjadikan proses pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan.

Terima kasih kepada semua ibu bapa atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan Projek Aulad tahun ini.

Semoga pengalaman ini menjadi kenangan indah serta memberi manfaat kepada anak-anak pada masa hadapan.

๐—จ๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—”๐—š๐—ก๐—ข๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ž ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—— ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸณAlhamdulillah selesai 85% Ujian Diagnostik murid baharu PASTI Bestari Bandar Pute...
11/07/2026

๐—จ๐—๐—œ๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—”๐—š๐—ก๐—ข๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ž ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—— ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ

Alhamdulillah selesai 85% Ujian Diagnostik murid baharu PASTI Bestari Bandar Puteri bagi Sesi 2027.

Terima kasih kepada semua ibubapa yang telah menghantar anak-anak untuk menyertai ujian diagnostik pada hari ini. Kerjasama dan kepercayaan yang diberikan amat kami hargai.

Ujian ini dijalankan bagi membantu pihak PASTI mengenal pasti tahap kesediaan dan perkembangan awal setiap murid sebelum memulakan sesi persekolahan nanti.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan anak-anak dalam menimba ilmu serta memberkati perjalanan pendidikan mereka di PASTI Bestari Bandar Puteri.

Terima kasih kerana memilih PASTI Bestari Bandar Puteri sebagai langkah awal pendidikan anak-anak.

PASTI Bestari Bandar Puteri
Membina Generasi Al-Quran



โœจ Kami Mencari Anda! โœจPASTI Bestari Bandar Puteri membuka peluang kepada individu yang penyayang, bertanggungjawab dan g...
08/07/2026

โœจ Kami Mencari Anda! โœจ

PASTI Bestari Bandar Puteri membuka peluang kepada individu yang penyayang, bertanggungjawab dan gemar bersama kanak-kanak untuk menyertai pasukan kami.

๐Ÿ•› Sesi Bertugas (Petang):
12.00 tengah hari โ€“ 6.30 petang

Kriteria yang dicari:
โœ… Muslimah
โœ… Bertanggungjawab & amanah
โœ… S**a berinteraksi dengan kanak-kanak
โœ… Mampu bekerjasama dalam satu pasukan

๐Ÿ’š Jika anda mempunyai minat untuk mendidik dan membantu dalam pengurusan serta penjagaan murid selepas sesi pembelajaran, kami mengalu-alukan penyertaan anda.

๐Ÿ“ฒ Berminat? Hubungi kami sekarang!
WhatsApp: +6011-5367 9002

"Mendidik dengan kasih sayang, membina generasi cemerlang." ๐ŸŒฑ

๐๐’๐๐‰ ๐๐€๐’๐“๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Ahad 28 Jun 2026 @12 Muharam 1448H Alhamdulillah, syabas Kontinjen PASTI Subang!Perjalana...
29/06/2026

๐๐’๐๐‰ ๐๐€๐’๐“๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐’๐„๐‹๐€๐๐†๐Ž๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
Ahad 28 Jun 2026 @12 Muharam 1448H

Alhamdulillah, syabas Kontinjen PASTI Subang!

Perjalanan Kontinjen PASTI Subang di Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring (BSBJ) PASTI Negeri Selangor 2026 telah melabuhkan tirainya semalam.

Pasukan Bola Sepak beraksi penuh semangat namun terkandas di peringkat liga, manakala Pasukan Bola Jaring mempamerkan aksi cemerlang dengan mara ke suku akhir sebelum akur menamatkan cabaran.

Walaupun belum berjaya membawa p**ang kejuaraan, setiap anak-anak PASTI telah menunjukkan semangat juang, disiplin, keberanian dan kesungguhan yang membanggakan. Kalian telah berusaha sedaya upaya dan menjadi kebanggaan seluruh warga PASTI Subang.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para jurulatih, guru-guru pengiring, ibu bapa serta semua penyokong yang tidak putus-putus memberikan doa, sokongan dan semangat sepanjang kejohanan berlangsung.

Kemenangan bukan hanya diukur dengan piala, tetapi juga melalui usaha, pengalaman dan semangat untuk terus bangkit. Insya-Allah, PASTI Subang akan kembali dengan lebih kuat pada masa hadapan.

๐Ÿ’š Tahniah Kontinjen PASTI Subang. Terus Melangkah, Terus Berjuang! "Langkah Kami Degupan Juara"




28/06/2026

Address

No. 42, Jalan Puteri 7/7, Bandar Puteri
Puchong
47100

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:30
Tuesday 07:00 - 18:30
Wednesday 07:00 - 18:30
Thursday 07:00 - 18:30
Friday 07:00 - 18:30

Telephone

+60358783882

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PASTI Bestari Bandar Puteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to PASTI Bestari Bandar Puteri:

Shortcuts

Share