28/03/2026
Nampak template dashboard Power BI yang cantik, terus rasa nak download. ๐
Aku pun pernah buat benda sama dulu.
Tapi lepas download dan cuba masukkan data sendiri, baru sedar satu benda.
Template tu bukan jimat masa.
Dia sebenarnya tambah lagi banyak masalah yang kau tak jangka.
Thread ni aku nak cerita apa yang sebenarnya berlaku bila guna template, dan kenapa bina dari scratch lagi senang.
Ni yang biasanya jadi bila download template dashboard Power BI. ๐
Masalah pertama, data tak match
- Column nama dalam template lain dari data kau
- Relationship semua putus sebab table nama berbeza
- Error merah keluar merata-rata
Masalah kedua, susah nak customize
- Warna hard-coded dalam setiap visual
- Font dan saiz kena tukar satu persatu
- Layout tak sesuai dengan data kau
Masalah ketiga, bila ada error kau tak tahu nak fix kat mana
- Bukan kau yang bina, jadi kau tak faham struktur dia
- Setiap masalah jadi misteri sebab kau tak kenal sistem tu
Masa aku kerja sebagai jurutera elektrik kat syarikat utiliti, ada satu rule yang ketat. ๐
Jangan guna drawing atau schematic orang lain tanpa faham sistem dia dulu.
Sebab bila ada fault, kau tak tahu nak trace balik ke mana.
Benda sama apply untuk template dashboard Power BI.
Template tu dibina untuk keperluan data orang lain, bukan keperluan data kau.
Struktur model dia lain, logic dia lain, assumption dia lain.
Bila kau tak faham cara dia bina, setiap error yang keluar jadi misteri yang susah nak selesaikan.
Masa aku mula belajar Power BI sebagai jurutera, aku download template cantik dari internet. ๐
Ingat nak jimat masa, terus ada dashboard professional.
Tapi bila aku cuba masukkan data kerja sendiri
- Semua relationship putus
- Nombor semua jadi blank
- Error merah keluar merata-rata
Aku habiskan 3 hari cuba fix template orang lain.
Lepas tu aku buang template tu, bina dari scratch.
Siap dalam sehari.
Sebab bila aku bina sendiri, aku faham setiap bahagian dia.
Template dashboard cantik sebab dia dibina dengan data yang dah siap dan kemas. ๐
Tapi data kau lain dari data yang digunakan untuk bina template tu.
Perbezaan yang biasa jadi
- Nama column berbeza
- Struktur table berbeza
- Jenis data berbeza
- Business logic berbeza
Bila kau cuba adapt template untuk data kau, kau sebenarnya terpaksa faham cara orang lain fikir tentang data diorang dulu.
Lagi payah dari bina sendiri ikut cara kau fikir tentang data kau sendiri.
Bila kau bina dashboard dari scratch, kau ada kawalan penuh. ๐
Power Query
- Kau clean data ikut keperluan kau
- Kau tahu setiap step yang berlaku
- Bila ada error, kau tahu nak fix kat mana
Data Model
- Kau bina Star Schema ikut data kau sendiri
- Relationship kau yang set, kau yang faham
Dashboard
- Layout ikut keperluan pengguna kau
- Warna dan design kau pilih sendiri
- Bila boss minta tukar, kau boleh buat dalam minit
Bina dari scratch bukan bermakna kau tak boleh guna inspirasi dari template. ๐
Cara yang betul adalah
Guna template sebagai inspirasi visual je
- Tengok layout dia
- Ambil idea warna palette dia
- Perhatikan cara dia susun KPI cards
Tapi bina struktur data kau sendiri dari zero
- Power Query kau sendiri
- Star Schema kau sendiri
- DAX measure kau sendiri
Kau akan dapat dashboard yang cantik macam template, tapi kau faham setiap inci dia.
Bila ada masalah, kau boleh fix sendiri tanpa panik.
Masa aku menang hackathon lawan 48 peserta, aku tak guna satu template pun. ๐
Bukan sebab aku sombong tak nak guna template orang lain.
Tapi sebab aku dah belajar dari kesilapan sendiri dulu.
3 hari stuck cuba fix template, lepas tu buang dan bina dari scratch dalam sehari.
Pelajaran tu yang aku bawa dalam setiap kelas yang aku ajar.
Aku tak nak kau buang masa 3 hari yang aku dah buang tu.
Belajar bina dari scratch dulu, faham setiap layer Power BI dengan betul.
Lepas tu kalau nak guna template pun, kau dah tahu macam mana nak adapt dia.
Kalau kau dah baca sampai sini, kau dah tahu sesuatu yang ramai orang belajar cara susah. ๐
Template cantik tapi tak faham cara dia bina, sama macam beli kereta tapi tak tahu drive.
Belajar bina dari scratch dulu.
Faham Power Query, faham Star Schema, faham DAX.
Lepas tu dashboard kau bukan sekadar cantik, tapi boleh dipercaya dan senang nak maintain.
Download guide percuma ni untuk start dari tempat yang betul.
Tak perlu coding.
Tak perlu IT background.
Tak perlu template orang lain.
belajarpowerbi.com/lead/power-bi-starter-guide-ebook