Total Air Con Care

Total Air Con Care

Share

Air Con Specialist -Professional Aircond Service for all type of Air Conditioners.

CERTIFIED TECHNICIANS -100% MALAYSIAN STAFFS.
-Wall Mounted Or Cassette and Etc .
-Services and Installation
-Water treatment for Boilier & Cooling tower

Photos from Total Air Con Care's post 24/11/2025

Pemasangan Drain Pan untuk Penghawa Dingin FCU

1. Apa itu Drain Pan?

Drain pan (atau dulang pemeluwap) ialah satu bekas logam atau plastik yang dipasang di bawah gegelung penyejuk (cooling coil) dalam unit FCU untuk mengumpulkan air pemeluwapan (condensate water) yang terhasil ketika udara disejukkan.

Air yang terkumpul di dalam drain pan kemudian akan dialirkan keluar melalui paip saliran (drain pipe) menuju ke saluran pembuangan.



2. Fungsi Utama Drain Pan

a) Mengumpul Air Pemeluwapan

Apabila udara panas melalui cooling coil, wap air dalam udara akan terkondensasi menjadi titisan air. Drain pan mengumpul air ini supaya tidak menitis dalam bangunan.

b) Mengalirkan Air ke Saluran Buangan

Drain pan disambungkan kepada drain pipe untuk memastikan air mengalir keluar secara terkawal tanpa menyebabkan kebocoran air di dalam ruang.

c) Menghalang Kerosakan Komponen FCU

Dengan mengumpul dan membuang air secara betul, drain pan melindungi bahagian lain FCU seperti motor kipas, PCB board, dan komponen elektrik daripada terkena air.

d) Mencegah Pertumbuhan Kulat & Bakteria

Air bertakung boleh menggalakkan pertumbuhan kulat, lumut, dan bakteria. Drain pan yang baik memastikan tiada air bertakung dalam unit.



3. Kepentingan Drain Pan dalam Sistem FCU

1) Mengelakkan Kebocoran Air

Tanpa drain pan yang berfungsi dengan baik, air boleh menitis ke siling, lantai, atau dinding — menyebabkan kerosakan struktur.

2) Keselamatan Elektrik

Air yang bocor boleh terkena komponen elektrik, menyebabkan risiko short circuit, kerosakan unit, atau bahaya elektrik.

3) Menjamin Operasi FCU yang Stabil

Drain pan membantu memastikan FCU berjalan dengan lancar tanpa gangguan akibat air bertakung.

4) Mengurangkan Kos Penyelenggaraan Jangka Panjang

Kerja pembaikan struktur akibat kebocoran air boleh menjadi sangat mahal berbanding kos penyelenggaraan drain pan.



4. Akibat Jika Drain Pan Tidak Dipasang atau Rosak

a) Kebocoran Air yang Serius

Air pemeluwapan akan terus menitis ke bawah dan boleh merosakkan siling, plaster, dry wall, parket, dan perabot.

b) Pertumbuhan Kulat & Bau Busuk

Air bertakung menghasilkan kulat, lumut, dan biofilm yang menyebabkan bau hapak dan masalah kesihatan.

c) Kerosakan Komponen FCU

Air boleh terkena bahagian seperti:
• Motor kipas
• Bearing
• PCB board
• Sensor suhu

Ini boleh menyebabkan FCU gagal berfungsi.

d) Risiko Litar Pintas (Short Circuit)

Air yang bocor pada sambungan elektrik boleh menyebabkan kerosakan elektrik atau kebakaran kecil.

e) Menjejaskan Kualiti Udara Dalam Ruang

Apabila kulat mula tumbuh, ia masuk ke udara dan boleh menyebabkan alahan, asma atau masalah pernafasan.



5. Kenapa Drain Pan Boleh Rosak atau Bermasalah

1) Tersumbat oleh kotoran

Lendir, habuk, kulat dan kotoran boleh menyumbat parit sehingga air melimpah keluar.

2) Karat dan Kerosakan Struktur

Drain pan besi boleh berkarat dan bocor selepas beberapa tahun penggunaan.

3) Pemasangan yang Tidak Betul

Contohnya:
• Sudut tidak mempunyai sloping yang betul
• Drain pipe tidak dipasang kemas
• Sambungan tidak ditutup rapat

Ini menyebabkan air tidak mengalir lancar.

4) Crack atau Pecah

Bahan plastik atau fiberglass boleh retak akibat perubahan suhu, tekanan, atau hentakan semasa servis.

5) Saiz atau Reka Bentuk Tidak Sesuai

Jika drain pan tidak mengikut spesifikasi FCU, ia tidak mampu menampung air pemeluwapan yang banyak.



Konklusinya, drain pan adalah komponen penting dalam penghawa dingin FCU kerana ia mengumpul dan membuang air pemeluwapan. Ia melindungi bangunan, komponen elektrik, kesihatan penghuni, dan mengelakkan kos pembaikan besar. Kerosakan atau kegagalan drain pan boleh menyebabkan kebocoran air, risiko elektrik, serta pertumbuhan kulat.

Photos from Total Air Con Care's post 27/09/2025

Normal service - before vs after

01/08/2025

Ramai orang ingat servis aircond cuma cuci filter je. Tapi proses vakum masa pasang atau servis aircond sangat penting. Kalau tak buat betul-betul, air akan terperangkap dalam paip dan akhirnya aircond boleh mula menitik/bocor.Apa jadi kalau tak vakum?

• Tekanan dalam sistem tak stabil, gas tak circulate elok
• Air jadi ais, lepas cair… terus menitik • Kompresor cepat rosak & bil elektrik pun melambungSebab tu masa pasang/servis aircond:

✅ Pastikan technician guna pam vakum
✅ Sedut keluar semua udara & kelembapan
✅ Pastikan sistem betul-betul kosong sebelum refill gas

Servis elok-elok sekali, boleh tahan bertahun tanpa masalah bocor. Jangan kedekut bab ni — nanti rugi dua kali ganda nak repair!

Photos from Total Air Con Care's post 11/07/2025

Servis yang berkala memastikan bahawa komponen-komponen aircond berfungsi dengan baik dan bersih, membenarkan aircond beroperasi dengan lebih efisien. Dengan penggunaan tenaga yang lebih rendah, pengguna dapat menjimatkan kos tenaga dan pada masa yang sama mengurangkan impak negatif ke atas alam sekitar. Terbaharu, pengumuman tentang peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan penstrukturan semula tarif elektrik yang berkuat kuasa 1 Julai 2025 telah menimbulkan pelbagai persoalan. Oleh Itu lebih baik untuk memastikan bil elektrik rendah. Pastikan aircond anda dalam keadaan yang mantap.

Photos from Total Air Con Care's post 10/06/2025

Selamat pagi semua. Team Total Air Con Care Sibuk selepas Hari Raya dengan kerja-kerja pembikinan di sebuah kilang. Kilang-kilang seperti ini kadang kala hanya membenarkan kerja-kerja dibuat selepas waktu bekerja dan/atau pada waktu malam kerana kilang ada masa operasi untuk pembuatan barang-barang mereka tetapi tidak usah; cuaca hujan atau cerah, matahari terbit atau benam ; Team Total Air Con Care akan berada di sana tak kira apa jua (bergantung pada terma dan syarat).

11/05/2025

A noisy bearing in a motor can be caused by several factors;Including lack of lubrication, contamination, improper mounting or wear and tear. These issues can lead to increased friction, rattling or other unusual sounds. Other factors includes electrical issues, brinelling and resonance. This Mother’s Day make sure all of your HVAC systems are up and running. Happy Mother’s Day. If you have any enquiries; Can DM us or check out our bio for our contact details.

Photos from Total Air Con Care's post 26/04/2025

Kerja-kerja menampal kebocoran di sistem penghawa dingin. Kita telah letak dua jenis gam,iaitu gam 3second dan gam 3ton. Selepas gam kering dan keras, kita telah buka valve dan didapati tiada lagi bocor dan air tidak menitis. Kerja-kerja semburan foam atau jacketing semula juga telah dilakukan. Biasanya, cara-cara seperti ini terpakasa dilakukan apabila bangunan tersebut tidak mempunyai valve utama pada saluran paip berkenaan. Tetapi team kami mampu menyelesaikan masalah ini. Roger kami ye kalau memerlukan perkhidmatan kami.

Photos from Total Air Con Care's post 29/03/2025

Last kopek sebelum Raya. Relocate thermostat penghawa dingin. Thermostat memainkan peranan penting dalam mengawal suhu penghawa dingin. Kerosakan pada komponen ini boleh menyebabkan ketidakselesaan dan peningkatan kos tenaga.
Team Total Air Con Care ingin mengucap Selamat Hari Raya. Semoga segala amal diterima dan hati kembali suci. Maaf zahir dan batin.

01/03/2025

Mengapa condenser coil di compressor boleh bocor??? Antara sebabnya adalah Sesetengah model menggunakan aluminium dan bukan copper. Apabila menggunakan aluminium; condenser coil boleh bocor bila chemical service tak dijalankan dengan betul. Makna kata, bila chemical service tu tak cuci bersih; benda ini boleh berlaku. Kami di Total Air Con Care peka dan berpengetahuan bab A/C-A/C. Boleh lah roger kami jikalau memerlukan servis yang professional. Cuaca pun semakin panas sejak kebelakangan ini; pastikan penghawa dingin anda dalam keadaan yang baik atau boleh call kita. Maklumat kami di Bio ye.

Photos from Total Air Con Care's post 08/02/2025

Chemical service ongoing in KL area. Anyone from KL can give us a call if there are interested in getting their air-conditioner serviced or fixed. Details are in the bio.

Photos from Total Air Con Care's post 17/01/2025

Kerja-kerja pengubahsuaian paip untuk penghawa dingin. Kadang-kadang outlet paip perlu diubah suai supaya sistem penghawa dingin ini akan berjalan tanpa gangguan. Terdapat banyak jenis penghawa dingin seperti wall-mounted, cassette, ceiling exposed, FCU system dan lain-lain lagi. Jangan lupa untuk roger jikalau perlukan sebarang perkhidmatan berkenaan dengan penghawa dingin.

Photos from Total Air Con Care's post 31/12/2024

Projek terakhir untuk tahun 2024 di kawasan Lembah Klang. Lebih banyak projek menanti kami tahun hadapan. Tolong roger jikalau hendak perkhidmatan kami.

Want your school to be the top-listed School/college in Puchong?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


35 & 37, Jalan Utama 1/7, Taman Perindustrian Puchong Utama
Puchong
47100