SMK Bandar Baru Sultan Suleiman

SMK Bandar Baru Sultan Suleiman Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SMK Bandar Baru Sultan Suleiman, School, Lebuh Sultan Abdul Samad, Port Klang.

πŸ“– PROGRAM NUZUL AL-QURAN 1447H / 2026 πŸŒ™πŸ“… Tarikh: 6 Mac 2026 (Jumaat)πŸ“ Tempat: Tapak Perhimpunan SMKBBSSAlhamdulillah , P...
24/04/2026

πŸ“– PROGRAM NUZUL AL-QURAN 1447H / 2026 πŸŒ™

πŸ“… Tarikh: 6 Mac 2026 (Jumaat)
πŸ“ Tempat: Tapak Perhimpunan SMKBBSS

Alhamdulillah , Program Nuzul Al-Quran telah berjaya dilaksanakan dengan penuh penghayatan dan keberkatan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bacaan Yasin serta ceramah yang disampaikan oleh guru-guru Pendidikan Islam.

Semoga program ini dapat menyemai kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan warga sekolah serta menjadi panduan dalam kehidupan seharian.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. ✨

πŸ”₯ TAHNIAH & SYABAS WIRA SPM 2025! πŸ”₯Tahniah & syabas kepada semua calon SPM 2025 atas pencapaian yang membanggakan! 🌟Usah...
11/04/2026

πŸ”₯ TAHNIAH & SYABAS WIRA SPM 2025! πŸ”₯

Tahniah & syabas kepada semua calon SPM 2025 atas pencapaian yang membanggakan! 🌟

Usaha, doa dan pengorbanan akhirnya membuahkan hasil yang manis. Terus melangkah lebih jauh, pecahkan lagi sempadan kejayaan dan buktikan bahawa anak-anak STAMaN mampu pergi lebih tinggi! πŸš€

Sekalung penghargaan juga kepada para guru dan ibu bapa atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.

CERAMAH DAN DEMO KESELAMATAN JALAN RAYA telah diadakan pada ketetapan berikut:πŸ“… Khamis / 5 Mac 2026Program ini telah dis...
06/04/2026

CERAMAH DAN DEMO KESELAMATAN JALAN RAYA telah diadakan pada ketetapan berikut:

πŸ“… Khamis / 5 Mac 2026

Program ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Encik Izwan Shahbudin dan Encik Muhd Suhardi, yang berkongsi ilmu serta demonstrasi berkaitan aspek keselamatan di jalan raya.

Turut diadakan aktiviti menarik iaitu sesi soal jawab bersama pelajar yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Suasana menjadi lebih meriah dengan pemberian hadiah menarik kepada peserta yang berjaya menjawab soalan dengan tepat.

Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan keselamatan jalan raya, malah turut meningkatkan penglibatan aktif dalam kalangan mereka.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. πŸš”βœ¨

PROGRAM JELAJAH MSU DAN BUBUR LAMBUK telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Mac 2026.Program ini bukan sahaja memberi p...
06/04/2026

PROGRAM JELAJAH MSU DAN BUBUR LAMBUK telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Mac 2026.

Program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai peluang pendidikan yang ditawarkan, malah turut memeriahkan suasana dengan agihan bubur lambuk kepada warga sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada pihak MSU atas kerjasama dan sumbangan yang diberikan. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dan memberi manfaat kepada semua.

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM PASUKAN KOR KADET POLIS 2026 telah diadakan seperti ketetapan berikut:πŸ“… Tarikh: 4 Mac 202...
06/04/2026

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM PASUKAN KOR KADET POLIS 2026 telah diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 4 Mac 2026
⏰ Masa: 9:00 pagi
πŸ“ Tempat: Bilik Mesyuarat, SMKBBSS

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan perancangan dan penyelarasan program bagi memastikan setiap aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan sepanjang tahun 2026.

Semoga segala perancangan yang telah dibincangkan dapat berjalan dengan lancar serta memberi impak yang positif kepada semua ahli Kor Kadet Polis.

Terima kasih kepada semua yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. πŸ’™πŸš”

✨ PENYAMPAIAN HADIAH MINGGUAN DAN BULANAN (FEBRUARI) BAGI PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS βœ¨πŸ“… Tarikh: 2 Mac 2...
31/03/2026

✨ PENYAMPAIAN HADIAH MINGGUAN DAN BULANAN (FEBRUARI) BAGI PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS ✨
πŸ“… Tarikh: 2 Mac 2026 (Isnin)

Tahniah diucapkan kepada kelas 3 Anggerik dan 5 Cempaka yang telah dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan bagi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas untuk bulan Februari 2026.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua warga sekolah untuk terus mengekalkan persekitaran kelas yang bersih, ceria dan kondusif. 🌿✨

Syabas dan teruskan kecemerlangan! πŸ’ͺπŸ“š

πŸ“’βœ¨ MESYUARAT AGUNG PIBG 2026 βœ¨πŸ“’πŸ—“ 28 Februari 2026 (Sabtu)⏰ 8.00 pagi – 12.00 tengah hariπŸ“ Balai Hajah ZalehaMesyuarat Ag...
05/03/2026

πŸ“’βœ¨ MESYUARAT AGUNG PIBG 2026 βœ¨πŸ“’

πŸ—“ 28 Februari 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Balai Hajah Zaleha

Mesyuarat Agung PIBG 2026 telah dirasmikan oleh Encik Abdul Razak Hashim, Pengurus Besar Grand Sepadu telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama padu antara pihak sekolah dan para ibu bapa.

Antara aktiviti yang dijalankan:
πŸ”Ή Pembentangan aktiviti dan perbelanjaan tahun 2025
πŸ”Ή Pelantikan AJK PIBG sesi 2026
πŸ”Ή Perbincangan usul-usul bagi penambahbaikan sekolah
πŸ”Ή Cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik 🎁, termasuk hadiah utama pakej percutian di Port Dickson πŸ–οΈβœ¨

Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga yang hadir serta memberikan sokongan dan pandangan yang membina demi kecemerlangan anak-anak dan kemajuan sekolah πŸŒŸπŸ“š

Semoga kerjasama erat ini terus berkekalan demi masa depan yang lebih gemilang ✨

πŸŒ™βœ¨ PROGRAM KUIZ RAMADAN βœ¨πŸŒ™πŸ—“ 25 Februari 2026 (Rabu) & 26 Februari 2026 (Khamis)⏰ 7.30 pagiAlhamdulillah, Program Kuiz Ra...
05/03/2026

πŸŒ™βœ¨ PROGRAM KUIZ RAMADAN βœ¨πŸŒ™

πŸ—“ 25 Februari 2026 (Rabu) & 26 Februari 2026 (Khamis)
⏰ 7.30 pagi

Alhamdulillah, Program Kuiz Ramadan telah dijalankan dengan penuh semangat dan penyertaan yang menggalakkan.

Kuiz ini diadakan bagi menguji serta menambah pengetahuan murid berkaitan Ramadan, ibadah dan penghayatan Islam. Di samping itu, program ini turut memupuk semangat persaingan sihat dan kerjasama dalam kalangan murid βœ¨πŸ‘

Semoga usaha kecil ini memberi impak besar dalam membentuk generasi yang berilmu dan berakhlak.

🌿✨ PROGRAM TADARUS GURU DAN STAF βœ¨πŸŒΏπŸ—“ 25 Februari 2026 (Rabu)⏰ 1.45 petang – 2.15 petangπŸ“ Musolla An-NajahAlhamdulillah, ...
05/03/2026

🌿✨ PROGRAM TADARUS GURU DAN STAF ✨🌿

πŸ—“ 25 Februari 2026 (Rabu)
⏰ 1.45 petang – 2.15 petang
πŸ“ Musolla An-Najah

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Tadarus Guru dan Staf dalam suasana yang tenang dan penuh keberkatan πŸ€πŸ“–

Semoga sesi tadarus ini menjadi ruang untuk kita merehatkan jiwa, memperkukuh ukhuwah serta menambah kecintaan terhadap al-Quran. Mudah-mudahan setiap ayat yang dibaca menjadi asbab kebaikan dan ganjaran berpanjangan buat kita semua ✨

πŸ“–βœ¨ PROGRAM TADARUS PENDIDIKAN ISLAM βœ¨πŸ“–Alhamdulillah, Program Tadarus telah dijalankan di dalam kelas Pendidikan Islam de...
05/03/2026

πŸ“–βœ¨ PROGRAM TADARUS PENDIDIKAN ISLAM βœ¨πŸ“–

Alhamdulillah, Program Tadarus telah dijalankan di dalam kelas Pendidikan Islam dengan penuh tertib dan semangat kebersamaan πŸ€πŸŒ™

Borang rekod bacaan telah diagihkan kepada murid-murid melalui ketua tingkatan πŸ“. Turut disediakan bahan 2 tafsir serta Iqra’ (bagi kelas tertentu) sebagai panduan dan sokongan dalam memperkukuh bacaan serta kefahaman al-Quran

Semoga usaha kecil ini menjadi asbab untuk kita terus istiqamah membaca, memahami dan menghayati kalam Allah πŸ’š

Address

Lebuh Sultan Abdul Samad
Port Klang
42000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Bandar Baru Sultan Suleiman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Bandar Baru Sultan Suleiman:

Shortcuts

Share

Category