Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2

Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2, School, Bandar Armada Putra, Port Klang.

Warga SK Pulau Indah 2 mengucapkan selamat maju jaya kepada Guru Besar yang kami hormati, En Faridzul Azwan bin Mohd Kam...
06/05/2026

Warga SK Pulau Indah 2 mengucapkan selamat maju jaya kepada Guru Besar yang kami hormati, En Faridzul Azwan bin Mohd Kamarudin yang telah berpindah ke SK Abdul Samat.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang bersama kami. perubahan dan kejayaan yang telah dikecapi hasil usaha dan dedikasi tuan. Segala tunjuk ajar, keprihatinan dan semangat yang dibawa akan sentiasa terpahat dalam hati warga sekolah ini.

Walaupun perpisahan ini terasa berat, kami yakin tuan akan terus melakar kecemerlangan di tempat baharu. Semoga segala urusan dipermudahkan dan terus berjaya dalam menerajui kepimpinan.

Pergi seorang pemimpin, tinggal sejuta kenangan.

Selamat maju jaya, tuan. Jasa dikenang, budi disanjung. 🌹

Selamat Hari Polis ke 219
26/03/2026

Selamat Hari Polis ke 219

20/03/2026
Salam Ramadan buat warga SKPI2, ibu bapa, komuniti setempat & muslimin muslimat
19/02/2026

Salam Ramadan buat warga SKPI2, ibu bapa, komuniti setempat & muslimin muslimat

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham En Aspiyaan Bin Mohamad Jamaludin, Guru Besar SK Bukit Rimau yang telah kembali ...
12/01/2026

Salam Takziah buat keluarga Allahyarham En Aspiyaan Bin Mohamad Jamaludin, Guru Besar SK Bukit Rimau yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi.

Untuk info, Allahyarham pernah berkhidmat di SKPI2 dari 13 Februari 2017 hingga 8 Mei 2023 sebagai guru besar

Warga SKPI2 amat berdukacita atas pemergian Allahyarham yang banyak berjasa, berbakti dengan penuh dedikasi, kepimpinan dan keikhlasan sepanjang perkhidmatan beliau dalam dunia pendidikan. Segala sumbangan, nasihat dan legasi kepimpinan Allahyarham akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Kami mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, diterima segala amal kebajikan serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga ahli keluarga Allahyarham diberikan ketabahan, kesabaran dan kekuatan menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah.

Alhamdulillah, minggu pertama persekolahan SKPI2 bermula dengan Program ABC.Anak-anak SKPI2 dipersiapkan dari aspek Adab...
11/01/2026

Alhamdulillah, minggu pertama persekolahan SKPI2 bermula dengan Program ABC.
Anak-anak SKPI2 dipersiapkan dari aspek Adab, Belajar dan Ceria agar hadir ke sekolah dengan emosi positif, berdisiplin dan bersedia menerima ilmu.
Inilah langkah awal membina keyakinan, sahsiah dan semangat belajar dalam suasana yang selamat, menyeronokkan dan penuh kasih sayang.

Terima kasih ibu bapa atas sokongan padu.
Doakan anak-anak SKPI2 terus ceria, beradab dan berjaya. 🌱✨



Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak Tahun 1 hingga Tahun 5 serta murid-murid PPKI.Selamat datang ke SKPI2 buat ana...
11/01/2026

Selamat kembali ke sekolah buat anak-anak Tahun 1 hingga Tahun 5 serta murid-murid PPKI.
Selamat datang ke SKPI2 buat anak-anak Tahun 1, Pra Sekolah dan murid baharu.
Semoga setiap langkah ke sekolah menjadi inspirasi menuju kejayaan dalam akademik, disiplin, kokurikulum dan akhlak mulia.
Kami doakan agar kalian sentiasa seronok belajar, berani mencuba dan berjaya menggapai impian.
SKPI2 ❤️ anda!

Syabas & tahniah diucapkan kepada anak-anak SKPI2 yang telah berjaya menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan...
05/01/2026

Syabas & tahniah diucapkan kepada anak-anak SKPI2 yang telah berjaya menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1 di SBP, MRSM dan SMKA 2026.
Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, disiplin tinggi serta doa berterusan ibu bapa dan guru. Teruskan kecemerlangan dan manfaatkan peluang ini sebagai amanah untuk masa depan ummah dan negara.

Kepada anak-anak yang belum berjaya, jangan
kecewa atau putus asa. Setiap insan mempunyai laluan dan masa kejayaan yang berbeza. Teruskan berusaha, bina kekuatan diri, dan percayalah bahawa kejayaan bukan ditentukan oleh satu keputusan semata-mata, tetapi oleh kesungguhan, akhlak dan keazaman sepanjang hayat.

SKPI2 sentiasa berbangga dengan semua anak didiknya. Terus melangkah ke hadapan dengan yakin, beradab, dan penuh harapan.

Selamat Tahun Baharu 2026.Semoga tahun ini membuka lembaran baharu yang penuh iltizam, keberanian dan harapan.Bersama ki...
01/01/2026

Selamat Tahun Baharu 2026.
Semoga tahun ini membuka lembaran baharu yang penuh iltizam, keberanian dan harapan.
Bersama kita terus melangkah dengan adab, kasih sayang dan harmoni, memperkasa pendidikan, membina sahsiah dan melakar kecemerlangan demi masa depan anak-anak SKPI2.

Address

Bandar Armada Putra
Port Klang
42920

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:00
Tuesday 07:30 - 16:00
Wednesday 07:30 - 16:00
Thursday 07:30 - 16:00
Friday 07:30 - 16:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Pulau Indah 2:

Shortcuts

Share

Category