08/03/2025
Sepakat membawa berkat. SRAI Bandar Baru Bangi & PIBG SRAI Bandar Baru Bangi telah menganjurkan Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Murid Tahun 5 & 6 pada Sabtu, 8 Mac 2025 bertujuan membincangkan bayaran tambahan bagi persediaan peperiksaan UPKK & PSRA tahun 2025 ini. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah sebulat suara bersetuju atas kadar bayaran yang ditetapkan.
Pada majlis yang sama, ibu bapa diberikan taklimat mengenai hala tuju anak-anak selepas tahun 6 nanti sama ada ingin menyambung pengajian di SBP, SMKA, SABK, MRSM, MITS dan sebagainya. Terima kasih kepada En. Azlin bin Sanip, Mantan Pegawai Pendidikan di Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM yang juga merupakan YDP PIBG MITS Pandan Indah atas taklimat yang telah disampaikan. Semoga ibu bapa & murid Srai Bandar Baru Bangi yang hadir memperoleh maklumat yang jelas serta mendapat manfaat daripada majlis ini.