06/02/2026
PROGRAM PENGUKUHAN PASUKAN JABATAN PENGAJIAN AM TAHUN 2026 "BINA PASUKAN, RAIH KEJAYAAN"
๐
29 Januari 2026 | ๐ PD Forest Sungai Menyala, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
Kelab Greater Jabatan Pengajian Am, Politeknik Port Dickson telah berjaya melaksanakan Program Pengukuhan Pasukan Jabatan Pengajian Am Tahun 2026 "Bina Pasukan, Raih Kejayaan" bertempat di PD Forest Sungai Menyala, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan.
Seramai 36 orang pensyarah telah menyertai program tersebut. Tujuan program adalah untuk meningkatkan kerjasama, motivasi, keyakinan diri dan sikap positif dalam kalangan peserta, mengasah kemahiran kepimpinan serta perkongsian idea yang dapat membentuk budaya kerja yang produktif dan berprestasi tinggi.
Program ini telah menzahirkan kekuatan sebenar organisasi Jabatan Pengajian Am, di mana setiap warga JPA memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kejayaan bersama. Perbezaan latar belakang dan bidang tugas bukanlah satu kekangan, sebaliknya menjadi sumber kekuatan yang memperkukuh semangat kerja berpasukan serta memacu kecemerlangan organisasi.
Diharapkan penganjuran program ini dapat dijadikan sebagai pengalaman bermakna serta memupuk nilai semangat kebersamaan, disiplin dan sikap saling menyokong yang seterusnya dapat diterapkan sebagai budaya kerja harian. Usaha ini bukan sahaja mampu mewujudkan persekitaran kerja yang positif, malah turut membantu mengurangkan tekanan kerja demi kesejahteraan emosi. Secara tidak langsung, ia memberi impak yang positif terhadap peningkatan motivasi kerja warga JPA serta menyokong pencapaian matlamat organisasi.
Jabatan Pengajian Am merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Noor Asyikin binti Ahmad, Pegawai Psikologi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jelebu, atas penglibatan dan sumbangan cemerlang beliau sebagai Ketua Fasilitator program ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada Ketua Jabatan Pengajian Am, Ustazah Umi Syahidah binti Anuari, atas komitmen, kepimpinan dan usaha berterusan beliau dalam menjayakan Program Pengukuhan Pasukan ini.