Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Dato' Penggawa Barat

Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Dato' Penggawa Barat Menyampaikan maklumat program Bimbingan dan Kaunseling SMK Dato Penggawa Barat dan informasi pendidikan/kerjaya

Menangani Gangguan Seksual di Sekolah👇🏼👇🏼
24/02/2026

Menangani Gangguan Seksual di Sekolah👇🏼👇🏼

MENANGANI GANGGUAN SEKSUAL DI SEKOLAH

Sekolah adalah tempat untuk belajar, membina sahsiah dan membentuk masa depan bukan tempat yang menimbulkan ketakutan atau trauma.

Gangguan seksual boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, sama ada melalui sentuhan, kata-kata, ugutan atau penyebaran gambar tidak senonoh. Justeru, pendidikan awal dan kesedaran adalah benteng perlindungan terbaik untuk anak-anak kita.

🔎 Bahagian tubuh yang dilarang sentuh
Punggung, dada, bibir dan di antara kaki adalah bahagian peribadi yang tidak boleh disentuh tanpa sebab yang dibenarkan dan tanpa kebenaran. Anak-anak perlu faham bahawa mereka berhak mengatakan TIDAK.

🚨 Kenali tanda amaran gangguan seksual:
• Sentuhan tidak sengaja yang berulang
• Ucapan atau ajakan berunsur lucah
• Ancaman dan paksaan
• Perkongsian atau tunjuk gambar tidak senonoh

Jika berlaku, ingat T.N.G :
🟢 T – Tell (Beritahu orang dewasa yang dipercayai seperti guru, ibu bapa atau kaunselor)
🟡 N – No (Jerit “TIDAK!” dengan tegas dan kuat)
🔴 G – Go (Jauhkan diri segera daripada pelaku)

💚 Sentuhan Selamat ialah sentuhan yang tidak menyakitkan emosi atau tubuh, tidak menimbulkan rasa takut dan dilakukan dengan tujuan yang baik seperti membantu atau menjaga keselamatan.

❌ Sentuhan Tidak Selamat p**a ialah sentuhan yang menyebabkan ketidakselesaan, ketakutan, kesakitan atau melibatkan bahagian tubuh yang dilarang serta dilakukan tanpa kebenaran.

Kesedaran bukan untuk menakutkan, tetapi untuk memperkasakan.
Anak yang tahu hak dirinya akan lebih berani mempertahankan maruah dan keselamatan.

Mari kita bersama membina sekolah yang selamat, harmoni dan bermaruah. 🤝✨






Selamat Tahun Baru Cina (新年快乐 - Xīn Nián Kuài Lè) kepada semua! Semoga tahun baharu ini membawa kemakmuran, kesihatan ya...
17/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina (新年快乐 - Xīn Nián Kuài Lè) kepada semua!
Semoga tahun baharu ini membawa kemakmuran, kesihatan yang baik, kebahagiaan dan rezeki yang melimpah ruah (恭喜发财 - Gōng Xǐ Fā Cái).

Semoga semua impian tercapai dan setiap langkah diberkati.

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Dato Penggawa Barat

07/11/2025

INFO KPM: Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM dibuka mulai 10 November 2025 hingga 10 Februari 2026.

Calon SPM 2025 boleh membuat permohonan di pautan:
https://matrikulasi.moe.gov.my.

Permohonan adalah PERCUMA serta pelajar tidak perlu muat naik keputusan percubaan SPM.




08/10/2025

IMPIKAN KERJAYA DALAM BIDANG KESIHATAN? MAINJ TANGGUNG SEMUANYA!

Berita baik untuk anda dari golongan Asnaf & B40 — inilah peluang keemasan untuk belajar sambil dijamin peluang kerja dalam bidang kesihatan!

🎓 Kursus Asas Pembantu Kesihatan
📍 Anjuran KPJ Healthcare College Johor Bahru
💰 Tajaan penuh oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)

Kenapa anda kena rebut peluang ni?
✅ Pengajian ditanggung sepenuhnya oleh MAINJ
✅ Peluang pekerjaan sebaik tamat kursus
✅ Tenaga pengajar profesional & berpengalaman
✅ Sijil diiktiraf oleh institusi kesihatan ternama

🗓️ Tarikh Tutup Permohonan: 17 Oktober 2025
🔗 Mohon sekarang: https://bit.ly/CA_kpjcjbmainj

Terhad kepada 20 penyertaan sahaja!
Jangan lepaskan peluang ini.




Onn Hafiz Ghazi
Mohd Fared Mohd Khalid

24/08/2025
Jommmm beramai-ramai Kita kongsi kenangan indah.Dulu-dulu di SDPB.....Majlis Makan Malam Amal Jubli Intan SMK Dato' Peng...
08/08/2025

Jommmm beramai-ramai
Kita kongsi kenangan indah.
Dulu-dulu di SDPB.....

Majlis Makan Malam Amal Jubli Intan
SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian

8 November 2025
8.00 malam
Dewan Seri Gemilang SDPB

Untuk tempahan dan Pertanyaan sila klik link di bawah
https://forms.gle/ZyErEQwbWB9a4bRU9

02/08/2025

INFO KPM: Permohonan Kemasukan ke Sekolah Khusus dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2026 kini dibuka bagi murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Permohonan boleh dibuat mulai 1 Ogos hingga 7 September 2025 melalui pautan berikut:

1. Murid dari sekolah Kementerian Pendidikan (KPM):
Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my

2. Murid dari sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan KPM: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm

Tarikh Penting:
📌 Semakan pusat PKSK: 12 September – 17 Oktober 2025
📌 PKSK Tingkatan 4: 22 September – 3 Oktober 2025
📌 PKSK Tingkatan 1: 6 – 17 Oktober 2025




01/08/2025

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI JOHOR SESI 2026

https://esmanj.bpijainj.my/

Semua murid Tahun 6 sesi 2025 adalah dipelawa bagi menyambung pengajian di...

Maahad Johor (MJ), Johor Bahru Johor
072232710 / 32
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama dan Perakaunan KPM
Menawarkan program hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun
Ditawarkan kepada murid lelaki dan perempuan
Turut menawarkan pengajian di peringkat STAM

***

Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ), Johor Bahru Johor
072232710 / 32
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Tahfiz KPM (Hafazan Al Quran sepenuhnya 30 juz dalam tempoh 5 tahun)
Khas untuk murid lelaki sahaja

***

SMA Kerajaan Johor, Kluang (SMAKJ)
077715482
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM
Turut menawarkan program hafazan Al Quran 10 juz dalam tempoh 5 tahun

***

Maahad Pontian, Pontian (MP)
076874470
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini STEM (Sains, Teknologi, Engineering, Matematik) dan Dini Agama KPM
Turut menawarkan pengajian peringkat STAM

***

SMA Parit Raja, Batu Pahat (SMAPR)
074545710
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama Perdagangan dan Perakaunan KPM
Turut menawarkan pengajian peringkat STAM

***

SMA Bugisiah, Tampok Pontian (SMABG)
074241901
Melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini aliran Dini Agama KPM
Menawarkan Program hafazan Al Quran 13 juz dalam tempoh 5 tahun bagi murid terpilih
Turut menawarkan pengajian peringkat STAM


Permohonan secara dalam talian akan mula dibuka pada

RABU - 06 Ogos 2025 (2 petang)

dan akan ditutup pada

RABU - 03 September 2025 (05.00 petang)



SYARAT ASAS PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia. Bangsa Johor diberikan keutamaan.
2. Sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
3. Terhad kepada calon lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

1. Keputusan Peperiksaan UPKK
2. Keputusan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)/Setara
3. Penilaian Al-Quran
4. Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun Darjah 5 SAKJ
5. Angka Giliran Peperiksaan SDEA 2025
6. Keputusan PAJSK Tahun 5 Sesi 2024

Untuk maklumat lanjut, sila layari

https://esmanj.bpijainj.my/

Hanya calon yang disenarai pendek berdasarkan Kiraan Merit Tertinggi akan dipanggil untuk menghadiri UJIAN KELAYAKAN.

MAKLUMAT BERKAITAN UJIAN KELAYAKAN

Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu;

1. Ujian Secara Dalam Talian
- dijalankan selama 1 jam.
- merangkumi penguasaan asas BM, BI, BA, Matematik, Sains, Tajwid, Jawi dan Pengetahuan Am.

2. Ujian Inventori Personaliti Murid (IPM) selama 15 minit.

3. Ujian Lisan
- Bacaan surah al Fatihah
- Bacaan 3-5 baris ayat Al Quran
- Tasmik hafazan al Quran (khas bagi permohonan ke MJ, MTNJ, dan SMAKJ). Calon akan diberi masa 30 minit untuk menghafaz satu muka surat al Quran yang akan ditentukan pada hari Ujian dijalankan.








31/07/2025

Keputusan Rayuan Program Penajaan JPA boleh disemak mulai minggu hadapan!

📅 Tarikh: 28 Julai 2025 (Isnin) - 1 Ogos 2025 (Jumaat)
🕑 Masa: 2.00 petang hingga 5.00 petang
🔗 Layari: penajaan.jpa.gov.my

Program yang terlibat:
🎓 Program Penajaan Nasional (PPN)
🎓 Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara (LSPM)
🎓 Program Khas Jepun, Korea, Perancis & Jerman (JKPJ)
🎓 Program Khas Perubatan, Pergigian & Farmasi (PPF2)

📩 Pertanyaan: [email protected]
📞 Hotline: 03-8885 3101/ 3023/ 3045/ 3376/ 3066/ 3070/ 3340











Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia

Address

Jalan Pt Mesjid
Pontian
82000

Opening Hours

Monday 07:30 - 15:00
Tuesday 07:30 - 15:00
Wednesday 07:30 - 15:00
Thursday 07:30 - 15:00
Sunday 07:30 - 15:00

Telephone

+6076871628

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Dato' Penggawa Barat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category