Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam Pontian

Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam Pontian Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam Pontian, Education, Jalan Megah Utama, Taman Megah, Pontian.

Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Program Dekad Membaca Peringkat Kolej Tingkatan Enam Pontian tahun 2026 telah berlangsu...
02/03/2026

Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Program Dekad Membaca Peringkat Kolej Tingkatan Enam Pontian tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya. Program ini bertujuan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar prauniversiti serta melahirkan generasi yang berilmu, berfikiran kritis dan berdaya saing.

Semoga inisiatif ini dapat menyemarakkan lagi semangat membaca dan menjadikan amalan membaca sebagai budaya sepanjang hayat dalam kalangan warga kolej. 📖✨




18/02/2026
Marhaban Ya Ramadan 🌙✨Semoga kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan ketenangan buat kit...
17/02/2026

Marhaban Ya Ramadan 🌙✨

Semoga kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini membawa rahmat, keampunan dan ketenangan buat kita semua. Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah SWT dan Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita memperbaiki diri.

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak 🌙🤲✨

Selamat Tahun Baru Cina 2026 kepada yang meraikannya 🧧🐎Semoga Tahun baru Cina ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan y...
17/02/2026

Selamat Tahun Baru Cina 2026 kepada yang meraikannya 🧧🐎

Semoga Tahun baru Cina ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan serta kejayaan dalam setiap usaha yang diimpikan. Moga tahun baharu ini juga membuka lebih banyak pintu rezeki dan kemakmuran kepada semua yang menyambutnya.

Dalam kemeriahan sambutan ini, marilah kita terus memupuk semangat perpaduan, saling menghormati dan memahami antara satu sama lain. Kepelbagaian budaya dan tradisi yang kita miliki merupakan kekuatan yang menyatukan kita sebagai sebuah masyarakat yang harmoni.

Semoga Tahun Kuda ini mengeratkan lagi hubungan perpaduan, memperkukuhkan keharmonian dan membawa keamanan serta kesejahteraan kepada negara kita.

Gong Xi Fa Cai dan Xīn Nián Kuài Lè (新年快乐)! 🍊✨

Selamat menduduki peperiksaan STPM kepada pelajar Semester 3 Kohort 2025 dan Semester 1 Kohort 2026. Semoga dipermudahka...
18/01/2026

Selamat menduduki peperiksaan STPM kepada pelajar Semester 3 Kohort 2025 dan Semester 1 Kohort 2026. Semoga dipermudahkan menjawab soalan dan memperoleh kejayaan. Amin.

Salam perpisahan buat Cikgu Iszuan, Guru Perpustakaan dan Media Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Pontian, 2017- 2025...
18/01/2026

Salam perpisahan buat Cikgu Iszuan, Guru Perpustakaan dan Media Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Pontian, 2017- 2025

Terima kasih cikgu atas segala ilmu, nasihat dan kesabaran yang telah dicurahkan sepanjang mendidik kami. Setiap tunjuk ajar,bimbingan dan ilmu daripada cikgu amat bermakna dan akan kami jadikan panduan pada masa hadapan. Kami mendoakan semoga cikgu Iszuan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus berjaya dalam mendidik anak bangsa serta lebih berjaya di tempat baharu nanti. Jasa dan pengorbanan cikgu akan sentiasa kami kenang.


Warga Pustakawan Pusat Sumber KTEP Pontian sentiasa menjadi tulang belakang kecemerlangan akademik. Menjelang peperiksaa...
09/01/2026

Warga Pustakawan Pusat Sumber KTEP Pontian sentiasa menjadi tulang belakang kecemerlangan akademik. Menjelang peperiksaan STPM ini, kami mendoakan agar segala usaha, pengorbanan dan komitmen anda sepanjang berkhidmat di Pusat Sumber diberkati dengan kejayaan yang cemerlang. Kekalkan disiplin, yakin pada diri dan terus melangkah dengan semangat juang yang tinggi.

Ilmu yang dijaga, disusun dan dikongsi di Pusat Sumber menjadi saksi usaha anda. Semoga STPM kali ini membuka pintu kejayaan dan masa depan yang gemilang buat semua Pustakawan KTEP Pontian.

07/01/2026

Majlis Penghargaan Pustakawan Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Pontian, Pontian, Johor sesi 2024/2025. Terima kasih kepada semua warga Pusat Sumber kerana membantu dalam pengurusan Pusat Sumber.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,Seluruh warga Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Pontia...
03/01/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Seluruh warga Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Pontian diucapkan Selamat Tahun Baharu 2026. Semoga tahun yang menjelma ini membawa sinar harapan baharu, kekuatan azam dan semangat yang berterusan dalam menempuh cabaran dunia pendidikan yang semakin dinamik.

Moga segala usaha dan komitmen warga pendidik, kakitangan sokongan serta para pelajar diberkati dan membuahkan kejayaan yang cemerlang, seiring dengan aspirasi melahirkan generasi berilmu, berintegriti dan berdaya saing di peringkat nasional serta global.

Marilah kita melangkah ke tahun 2026 dengan tekad yang padu, kerjasama yang erat dan iltizam yang tinggi demi kecemerlangan Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Pontian.

Selamat Tahun Baharu 2026.
Semoga terus maju, gemilang dan terbilang.

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SESI 2026/2027Pada hari rabu bersamaan 12 November 2025. Kolej Tingkatan...
16/11/2025

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SESI 2026/2027

Pada hari rabu bersamaan 12 November 2025. Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Pontian telah mengadakan majlis watikah pelantikan Jawatan Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam,Pembimbing Rakan Sebaya & Pustakawan Pusat Sumber sesi 2026/2027. Tahniah kepada para pelajar

📚 “Watikah pelantikan hari ini menjadi simbol amanah dan kepercayaan.Semoga terus berbakti demi kecemerlangan pusat sumber sekolah!”


"Scrabble Competition"Pada 13/10/2025, Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Pontian telah mengadakan "SCRAB...
13/10/2025

"Scrabble Competition"
Pada 13/10/2025, Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam (Prauniversiti) Pontian telah mengadakan "SCRABBLE COMPETITION". Para peserta terdiri daripada pelajar semester 1 dan semester 3.


10/10/2025

Ulasan buku hari ini.

Address

Jalan Megah Utama, Taman Megah
Pontian
82000

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 00:00

Telephone

+6076860159

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam Pontian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pusat Sumber Kolej Tingkatan Enam Pontian:

Shortcuts

Share

Category