Muafakat MRSM Kuching

Muafakat MRSM Kuching Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Muafakat MRSM Kuching, School, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya.

Laman facebook Badan Muafakat MRSM Kuching diwujudkan untuk mengeratkan hubungan antara para ibu bapa dengan pihak sekolah dan bersama-sama pihak sekolah untuk melancarkan lagi segala aktiviti yang telah dirancang sepanjang sesi persekolahan.

Selamat Kembali Ke MRSM Kuching Sarawak anak-anak.
10/01/2026

Selamat Kembali Ke MRSM Kuching Sarawak anak-anak.


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada ibu bapa/penjaga pelajar baharu Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi Ta...
26/12/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada ibu bapa/penjaga pelajar baharu Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi Tahun 2026.

Kami, pihak Muafakat MRSM Kuching dengan ini ingin membantu para ibu bapa/penjaga dalam persediaan untuk melangkah masuk ke MRSM Kuching. Sehubungan dengan itu, dijemput untuk mengisi https://forms.gle/2iBKTLjCR5cvdBbi9 dengan lengkap untuk membolehkan pihak Muafakat masukkan ibu bapa/penjaga ke dalam group whatsapp ibu bapa/penjaga pelajar nanti. Ibu bapa/penjaga boleh rujuk flip book https://anyflip.com/wpzmn/qatg/ untuk memudahkan pembelian keperluan asas anak-anak sebelum mendaftar masuk ke MRSM Kuching.

Selamat datang dan Tahniah diucapkan kerana memilih MRSM Kuching dan semoga bantuan kecil pihak Muafakat ini membantu sedikit sebanyak ibu bapa yang tidak sabar menghantar anak ke MRSM Kuching.

P/s: Hari Pendaftaran 13 Januari nanti pastikan anak guna set baju kurung/kemeja beige.

Terima kasih atas kerjasama dan sumbangan biskut serta kudapan untuk pelajar Tingkatan 5, VOLTRA 2025.
27/11/2025

Terima kasih atas kerjasama dan sumbangan biskut serta kudapan untuk pelajar Tingkatan 5, VOLTRA 2025.

Alhamdulillah dan syukur atas keprihatinan serta kerjasama padu ibu bapa Tingkatan 5 (Voltra) 2025 dalam menyediakan bis...
26/11/2025

Alhamdulillah dan syukur atas keprihatinan serta kerjasama padu ibu bapa Tingkatan 5 (Voltra) 2025 dalam menyediakan biskut dan kudapan buat anak-anak.

Sesungguhnya, pemberian seperti ini amat diperlukan dan sangat dihargai sepanjang tempoh anak-anak menghadapi Ujian Bertulis bagi Sijil Pelajaran Malaysia.

Semoga usaha serta kerjasama seperti ini diteruskan.

🩷 MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT 🩷

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dukacita dimaklumkan bahawa akibat hujan lebat serta angin kencang telah menyebabka...
26/11/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dukacita dimaklumkan bahawa akibat hujan lebat serta angin kencang telah menyebabkan rumah pelajar di Kampung Rayu Iban, Lundu rosak teruk dan menyebabkan kerosakan terhadap struktur bumbung, keperluan sekolah serta alat-alat kelengkapan rumah. Sebagai tanda prihatin dan dasar tanggungjawab, MUAFAKAT MRSM KUCHING telah menggerakkan Tabung Prihatin untuk membantu pelajar ini. Semoga dengan sumbangan dapat meringankan beban dan memberi sedikit kelegaan kepada keluarga pelajar ini.

Sumbangan boleh disalurkan seperti berikut.

Bank: Bank Islam
Nama akaun: MUAFAKAT MRSM KUCHING
Nombor akaun: 1101 3010 016541
Reference: Evan

Resit sumbangan boleh diberikan kepada Exco Puan Tena +6019 8128579 untuk rekod dan rujukan Bendahari.

Segala sumbangan dari Tuan/Puan untuk Tabung Prihatin buat pelajar serta keluarga Velthooven Evan Anak Emperit amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Dayang Nurfaraheen Binti Awang Iskandar
Yang Di Pertua MUAFAKAT MRSM Kuching

Selamat menduduki Ujian Bertulis bagi Sijil Pelajaran Malaysia bermula dari 25 November sehingga 17 Disember buat anak-a...
24/11/2025

Selamat menduduki Ujian Bertulis bagi Sijil Pelajaran Malaysia bermula dari 25 November sehingga 17 Disember buat anak-anak Voltra Tingkatan 5 MRSM Kuching.

Semoga dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Selamat Menduduki Ujian Mendengar buat anak-anak Voltra Tingkatan 5 MRSM Kuching.
19/11/2025

Selamat Menduduki Ujian Mendengar buat anak-anak Voltra Tingkatan 5 MRSM Kuching.

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ini, Yang DiPertua Muafakat MRSM Kuching Dayang Nurfaraheen berkesempatan singgah...
19/11/2025

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Pagi ini, Yang DiPertua Muafakat MRSM Kuching Dayang Nurfaraheen berkesempatan singgah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk bersama-sama menghantar pasukan Ragbi MRSM Kuching (Blasta) bawah 15 tahun yang akan menyertai Kejohanan Ragbi 10 sebelah bawah 15 tahun MSSM-Milo Piala Dato’ Sulaiman Haji Daud 2025 di Negeri Sembilan.

Pasukan ragbi MRSM Kuching (Blasta) mewakili Sarawak dalam kejohanan ini buat julung kalinya. Semoga beroleh kejayaan di kejohanan tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu dalam memberi sumbangan kepada pasukan ragbi MRSM Kuching. Sumbangan anda sangat bermakna dan amat membantu dalam memastikan pasukan ragbi ini menyertai kejohanan tersebut.

MRSM Kuching
A Tradition of Pride and Excellence.

Selamat Menduduki Ujian Amali untuk subjek Fizik, Kimia dan Biologi buat anak-anak Tingkatan 5 MRSM Kuching bermula 17 N...
16/11/2025

Selamat Menduduki Ujian Amali untuk subjek Fizik, Kimia dan Biologi buat anak-anak Tingkatan 5 MRSM Kuching bermula 17 November 2025 sehingga 19 November 2025.

🎓 * #2 BICARA AKADEMIK: Cambridge A-Level*MUAFAKAT MARA Malaysia akan mengadakan sesi Bicara Akademik seperti butiran be...
15/11/2025

🎓 * #2 BICARA AKADEMIK: Cambridge A-Level*

MUAFAKAT MARA Malaysia akan mengadakan sesi Bicara Akademik seperti butiran berikut:

📅 19 November 2025 (Rabu)
🕘 9.00 malam
💻 Platform: FB Live
*MUAFAKAT MARA Malaysia*
https://www.facebook.com/MUAFAKATMARAMalaysia/
🎯 Tajuk:
Cambridge A-Level KM Seremban - YTP
👤 Penceramah:
Puan Norilyani Binti Abdul Rahman
Ketua Jabatan Bahasa KM Seremban

Sesi ini memberi panduan penting permohonan A-Level untuk anak-anak lepasan SPM

Insyaallah kita jumpa malam Rabu ye..

*Biro Akademik MUAFAKAT MARA Malaysia 2025/2027*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sumbangan dana diperlukan untuk Pasukan Ragbi Bawah 15 MRSM Kuching untuk menyertai ...
22/10/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sumbangan dana diperlukan untuk Pasukan Ragbi Bawah 15 MRSM Kuching untuk menyertai Kejohanan Ragbi 10 Sebelah Bawah 15 Tahun MSSM-Milo Piala Dato’ Sulaiman Haji Daud yang akan diadakan di Negeri Sembilan pada 22-23 November 2025.

Sumbangan dana boleh disalurkan ke
Bank: BANK ISLAM
Nama pemilik akaun: MUAFAKAT MRSM Kuching
No akaun: 1101 3010 016541
Reference: RUGBY MSSM

Resit sumbangan dana boleh dihantar kepada Puan Mordiah (EXCO MUAFAKAT MRSM Kuching) +60194849004 untuk proses dokumentasi dan audit.

Jutaan terima kasih diucapkan untuk setiap sumbangan yang disalurkan. Semoga pasukan ragbi MRSM Kuching membawa kemenangan dan banggakan Sarawak.

Tahniah buat guru serta para pelajar MRSM Kuching.
02/10/2025

Tahniah buat guru serta para pelajar MRSM Kuching.

KUCHING, 2 Okt: Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuching melakar sejarah apabila muncul johan Pertandingan IMPACT 2025 anjuran ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan yang berlangsung petang tadi.

Address

Jalan Sultan Tengah
Petra Jaya
93050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082447439

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muafakat MRSM Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category