SK Pandan Perdana

SK Pandan Perdana

Share

Selamat datang ke laman sosial rasmi SK Pandan Perdana. Segala maklumat dan program terkini akan dipostkan di laman sosial ini.

10/05/2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berikut adalah guru-guru bertugas bagi minggu ke-17 (11/5/2026-15/5/2026) :

1. Cikgu Nabilah
2. Cikgu Razif
3. Ustazah Aishah
4. Madam Liona
5. Cikgu Firdaus
6. Cikgu Azzalina

Sekian, harap maklum.
Terima Kasih.

Photos from SK Pandan Perdana's post 10/05/2026

πŸ“šβœ¨ SESI CAKNA PBD TAHUN 4 & 6 SESI 2026 βœ¨πŸ“š

✏️ Jumaat 08.05.2026
πŸ“ Dewan Perdana SKPP

Alhamdulillah, program Sesi Cakna PBD Tahun 4 & 6 telah berlangsung dengan lancar dan jayanya. Program ini menjadi medium terbaik dalam mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa demi perkembangan akademik serta sahsiah murid. πŸ€πŸ’™

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah meluangkan masa untuk hadir dan memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung. Kehadiran dan sokongan tuan puan amat bermakna dalam usaha bersama membina generasi yang hebat, berakhlak dan berilmu. 🌟

Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada seluruh barisan AJK, guru-guru serta semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan program ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala usaha dan komitmen yang diberikan mendapat ganjaran yang terbaik. πŸ’

Photos from SK Pandan Perdana's post 04/05/2026

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dalam Kejohanan Sukan dan Olahraga Tahunan 2026:

Aqlan Imran bin Arman Halim – dinobatkan sebagai Olahragawan, atas kecemerlangan dan pencapaian luar biasa dalam acara sukan yang disertai.

Nurul Zafirah binti Mohd Zarudin – dinobatkan sebagai Olahragawati, atas prestasi cemerlang serta semangat juang yang tinggi.

Alizah Achazia binti Abdul Rahman – menerima anugerah Olahragawati Harapan, sebagai atlet muda berpotensi besar untuk terus menyerlah pada masa hadapan.

Ahmad Naufal bin Halimun Nawar – menerima anugerah Olahragawan Harapan, atas usaha gigih dan bakat yang membanggakan dalam bidang sukan.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus berusaha dan mengharumkan nama sekolah. Syabas dan tahniah! πŸ†βœ¨

04/05/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Untuk makluman semua ibu bapa dan penjaga

INFO BIL 5/2026

Terima kasih.

03/05/2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berikut adalah guru-guru bertugas bagi minggu ke-16 (4/5/2026-8/5/2026) :

1. Ustaz Mahmudah
2. Cikgu Yazmin
3. Ustazah Syakirah
4. Ustaz Muhaimin
5. Cikgu Rosliza
6. Cikgu Syahril

Sekian, harap maklum.
Terima Kasih.

Photos from SK Pandan Perdana's post 02/05/2026

Kejohanan Sukan & Olahraga Tahunan Kali ke 22
SK Pandan Perdana
25 April 2026

Telah berlangsungnya Kejohanan Sukan & Olahraga Tahunan Kali ke 22 yang bertempat di padang SK Pandan Perdana.

Alhamdulillah kejohanan telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua ibu bapa atas kesudian hadir memeriahkan serta memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi.

SKePP menuju kegemilangan

30/04/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua warga pendidik, kakitangan sekolah dan seluruh rakyat Malaysia.
Terima kasih atas segala usaha, dedikasi dan pengorbanan dalam membina masa depan anak bangsa.

β€œBersama Hargai, Bersama Maju!”

27/04/2026

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Berikut adalah guru-guru bertugas bagi minggu ke-15 (27/4/2026-01/5/2026) :

1. Ustaz Athif
2. Ustaz Wan
3. Cikgu Rosnie
4. Teacher Izzati
5. Cikgu Shahmi
6. Teacher Maha

Sekian, harap maklum. Terima Kasih.

25/04/2026

CUTI PERISTIWA SEMPENA KEJOHANAN SUKAN & OLAHRAGA TAHUNAN 2026 πŸ…

Dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti pada 27 April 2026 (Isnin) sempena Kejohanan Sukan dan Olahraga Tahunan SK Pandan Perdana.

πŸ“Œ Sekolah akan dibuka semula pada 28 April 2026 (Selasa).

Semoga kejohanan ini berjalan dengan lancar serta dapat memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan daya saing dalam kalangan murid.

Photos from SK Pandan Perdana's post 22/04/2026

SUKANEKA TAHAP 2

22 April 2026 (Rabu)
7.30 pg - 10.00 pg
Dataran SK Pandan Perdana

Alhamdulillah selesai satu lagi program dibawah Unit Kokurikulum. Sukaneka Tahap 2 telah dapat dilaksanakan dengan lancar serta meriah. Tahniah kepada semua murid yang terlibat. Terima kasih juga kepada ibu bapa atas kehadiran murid yang sangat memberangsangkan.

Photos from SK Pandan Perdana's post 17/04/2026

Program Sukantara

16 April 2026
7.30 pg - 10.00 pg
Dewan SK Pandan Perdana

Alhamdulillah selesai satu lagi program dibawah Unit Kokurikulum. Tahniah kepada semua murid yang terlibat. Terima kasih juga kepada ibu bapa atas kehadiran murid yang memberangsangkan.

Want your school to be the top-listed School/college in Pandan perdana?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address

Jalan PERDANA 3/1 PANDAN PERDANA
Pandan Perdana
55300

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:00
Tuesday 07:30 - 17:00
Wednesday 07:30 - 17:00
Thursday 07:30 - 17:00
Friday 19:30 - 17:00