23/02/2026
Program Turun Padang JOM@COOP: Jelajah Platinum 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 12 Februari 2026 (Khamis), bertempat di Auditorium Dato' Abdul Majid, Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Petaling Jaya dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Mohamad bin Alamin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Pada kesempatan ini, selaku pihak penganjur bersama kami ingin merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan khususnya kepada:
YBhg Datuk Mohd Ali Mansor, Ketua Pengarah IKMa, atas sokongan dan telah menyampaikan Ucapan Aluan
YBrs Encik Mohd Zaib Mat Yunos, Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Modal Insan IKMa, atas sokongan pelaksanaan program;
YBrs Puan Hamidah Mat Jos, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, atas sokongan pelaksanaan program;
YBhg Puan Sri Datin Sri Noraesyah Saari, Pengarah Kanan Bahagian Keusahawanan dan Perniagaan, atas sokongan pelaksanaan program;
YBrs Puan Nor Azila Md. Tauhid, Pengarah Pentadbiran;
YBrs Encik Muhammad Salleh Mohd Fadzil, Ketua Unit Komunikasi Korporat;
Pengarah Kanan dan Pengarah-Pengarah IKMa dan PTJ,
Semua unit dan kakitangan IKMa yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan program ini.