Musolla Ibnu Majah Sks7kd

Musolla Ibnu Majah Sks7kd

Share

Page ini khusus untuk memaklumkan sebarang aktiviti & perkongsian ilmu Musolla Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 KD. Kelolaan oleh Panitia Pendidikan Islam.

26/09/2025

Alhamdulillah selesai jua Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara

Terima Kasih
USWAH Academy

Photos from Musolla Ibnu Majah Sks7kd's post 13/04/2023

Sk Seksyen 7 Kota Damansara

Photos from Musolla Ibnu Majah Sks7kd's post 09/11/2016
20/09/2016

TAKRIF IMAN DARI SUDUT BAHASA,ISTILAH DAN PANDANGAN2 MAZHAB BERKAITAN DENGANNYA.

IMAN didalam bahasa arab membawa erti:
1.membenarkan
2.ketenangan
3.ketenangan
4.pengakuan

Berkata khalil farahidi :

الايمان يأتي مطلقا بمعنى التصديق
"Perkataann (iman) hanya membawa erti membenarkan"

Firman Allah didalam surah yusuf ,apabila menceritakan perkataan saudara yusuf:

وما أنت بمؤمن لنا ولو كنا صادقين
"Dan kamu(yusuf) sesekali tidak akan mempercayai kami walaupun kami menceritakan perkara sebenar"

Yusuf 170

Perkataan مؤمن dengan makna مصدق.

Kata didalam kitab lisanul arab:
الايمان ضد الكفر ،والايمان بمعنى التصديق،ضده التكذيب
Iman berlawanan dengan kufur,dan iman juga membawa makna membenarkan,lawan dusta.

Kata ibn faris :

أمن له اصلان أحدهما الأمانة التي ضد الخيانة والأخر التصديق.

A ma na asalnya ada dua makna
1.amanah
2.membenarkan

Kesimp**an dari difinisi yg diberikan oleh ulama ulama lughah :

1.thulasi mujarrad(الثلاثي المجرد)dari perkataan أمن diguna pakai untuk (aman)yakni lawan bagi perkataan takut.

2.manakala jika perkataan أمن didatangkan dalam bentuk thulasi mazid(الثلاثي المزيد)dan disertakan p**a dengan huruf ba atau lam,(mutaadi biharfi jar)maka ia membawa makna "membenarkan"
Contohnya :

أمن الرسول بما أنزل اليه من ربه
"Rasul telah beriman(membenarkan)dengan setiap perkara yang diturunkan kepadanya,dari allah"

3.namun jika perkataan أمن itu mutaadi binafsi,maka makna أمن ialah aman iaitu lawan bagi perkataan ketakutan,contoh:

الذي أطعمهم من جوع وأمنهم من خوف
"Iaitu tuhan yang memberi kepada mereka makanan,dan tuhan yang meng amankan mereka dari sebarang ketakutan"

Takrif iman menurut syara' :

"Membenarkan secara pasti (tidak goyang) akan allah,malaikat,kitab2,para rasul dan kepada hari akhirat,begitu juga kepada qadar baik dan buruk"

Sebagaimana yg disebutkan didalam albaqarah 285.

Dan juga disebut oleh nabi ddlm hadis jibril tentang perihal iman,adapun terjadinya khilaf dikalangan ulama muslimin ialah apabila mereka memikirkan tentang hakikat iman.

1.Muhammad bin karam as sajistani mengatakan:
" iman ialah pengakuan dengan lidah,walaupun dia beriktiqad kufur ddlam hati"

2.imam ashaari
"iman ialah tasdiq(membenarkan) dengan hati"

3.imam abu hanifah:
"Iman ialah membenarkan dengan hati dan bertutur dengan lidah"

4.jahm bin safwah:
"Iman ialah membenarkan dengan hati"

5.jumhur mutanallimin dan fuqaha'
"Iman ialah membenarkan dengan hati juga membenarkan dengan lidah(dengan melafazkannya),adapun amalan spt solt,puasa dll termasuk didalam samarah(hasil,buah iman) sama sekali tidak termasuk didalam hakikat makna iman"

6.muktazilah,ibadiyah(satu golongan dri khawarij)
"Membenarkan dengan hati,mengaku dengan perkataan,dan beramal dengan anggota(solt dll)

*faedah: salah satu sb wahabi kata asyairoh jahmiyah berkenaan takrif iman sama.

PUnca berlaku khilaf ulama dalam hakikat iman

1.pemahan berbeza didalam memahami makna quran

2.khilaf dalam istidlal melalui sunnah seperti contoh hadis hadis yg secara zahirnya (sahaja) berlawanan dengan hakikat iman,spt sabda nabi:

من شهد أن لا اله الا الله وأن محمدا رسول الله دخل الجنة
"Sesiapa bersaksi bahawa tiada tuhan selayaknya selain allah,dan bersaksi muhammad itu pesuruh allah,maka dia akan masuk kedalam syurga"

Sebagaimana secara zahirnya memberi erti "dua kalimah syahadh" sahaja sudah memadai untuk seseorg dmasukkan kedalam syurga, sedangkan hadis yang lain p**a mensyaratkan agar beramal(untuk msuk syurga) spt sabda nabi:

لا يدخل الجنة من لا يأمن جاره
"Tidak masuk syurga sesiapa yg tidak mententeramkan jiran tetangganya"

Nabi meletakkan syarat untuk msuk kesyurga ddlm hadis ini,iaitu berbuat baik sesama jiran.

3.faktor siyasah,yang merupakan faktor terbesar munculnya puak khawarij.

Bersambung......

08/08/2016

Sifat malu terhakis,,,

Ada seorang lelaki datang bertanya kepada Syeikh Toyyib Al Makki,

"Tuan guru, apakah amalan untuk wanita akhir zaman?"

Lalu Syeikh menjawab dengan senyuman yang tenang.

"Amalan itu, ialah MALU."

-AL ARIF BILLAH TUAN GURU SHEIKH HAJI TOYYIB AL-MAKKI-

Photos from Musolla Ibnu Majah Sks7kd's post 30/07/2016

Wakil SKS7KD dilantik menjadi urusetia Sijil dan Cenderamata bagi Majlis Khatam Al-Quran peringkat Negeri Selangor.
Tarikh : 30/7/2016 Sabtu
Tempat: Masjid Dato Kamaruddin, PJ.

30/07/2016

Guru yang kami kasihi, Baba Sayuti Hafizohullah memberikan suatu persoalan untuk difikirkan;

Jika Nabi Adam Alaihissalam yang sudah berada di dalam syurga pun dikeluarkan oleh Allah hanya kerana melakukan SATU kesilapan iaitu memakan buah Khuldi.

Maka bagaimana p**a dengan kita pada hari ini yang terlalu BANYAK dosa, tetapi masih merasa layak masuk ke syurga?

Photos from Musolla Ibnu Majah Sks7kd's post 30/07/2016

Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran peringkat Negeri Selangor

27/07/2016

Adab dengan orang yang kita meminta/mendapatkan ilmu darinya.
(Copy paste nota lama dari post fb UAI)

Imam al-Syafi’e rahimahullah mengatakan dalam syairnya;

اصبر على مر من الجفا معلم، فإن رسوب العلم في نفراته

“Bersabarlah terhadap kerasnya sikap seorang guru, sesungguhnya gagalnya kamu mempelajari ilmu kerana kamu memusuhinya.”

Rasulullah saw bersabda:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يُجِلَّ كَبِيرَنَا، وَيَرْحَمْ صَغِيرَنَا، وَيَعْرِفْ لِعَالِمِنَا

“Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak memuliakan yang lebih tua dan tidak menyayangi yang lebih muda serta yang tidak mengerti (hak) orang yang berilmu (agar diutamakan pandangannya).”
(Riwayat Ahmad)

Ar-Rabi’ bin Sulaiman berkata:

مَا وَاللَّهِ اجْتَرَأْتُ أَنْ أَشْرَبَ الْمَاءَ وَالشَّافِعِيُّ يَنْظُرُ إِلَيَّ هَيْبَةً لَهُ

“Demi Allah, aku tidak berani meminum air dalam keadaan al-Syafi’e melihatku kerana segan kepadanya.”

Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi rahimahullah, Umar bin al-Khattab radhiallahu ‘anhu mengatakan:

تَوَاضَعُوا لِمَنْ تَعَلَّمُونَ مِنْهُ

“Tawadhu’lah kalian terhadap orang yang mengajari kalian.”

Manakala Imam al-Syafi’e rahimahullah berkata;

كنت أصفح الورقة بين يدي مالك صفحًا رفيقًا هيبة له لئلا يسمع وقعها

“Dulu aku membolak-balikkan kertas di depan guruku (Imam Malik) dengan sangat lembut kerana segan kepadanya dan supaya dia tidak mendengarnya.”

Manakala Ibnu al-Jamaah mengatakan (mafhumnya), “Seorang penuntut ilmu harus duduk dengan sopan di hadapan gurunya, tenang, tawadhu’, mata tertuju kepada guru, tidak menyelunjurkan kaki, tidak bersandar, tidak tertawa dengan keras, tidak duduk di tempat yang lebih tinggi dari gurunya juga tidak membelakangi gurunya.”

Bagaimana perasaan seorang guru jika melihat murid sekaligus lawan bicaranya dan tidak mahu mendengar saranannya? Sungguh rugilah para murid yang membuat hati gurunya kecewa kerana tidak mengendahkan percakapannya.

Benar, para guru bukanlah malaikat, mereka tetap berbuat kesalahan. Tetapi janganlah kita mencari-cari kesalahannya dan memburukkannya di khalayak. Sungguh mulia akhlak para Salaf terdahulu dalam doanya;

اللهم استر عيب شيخي عني ولا تذهب بركة علمه مني

“Ya Allah tutupilah aib guruku dariku, dan janganlah kau hilangkan keberkahan ilmunya dari ku.”

Namun, hal ini bukanlah bererti ia menjadi penghalang untuk menegur guru di atas kesalahannya yang jelas, iaitu dengan meneliti adab dalam menegur mulai dari cara yang sopan, lembut saat menegur dan tidak menegurnya di depan orang ramai. Bersabarlah dalam mendampingi mereka dan jangan berpaling darinya untuk mengambil keberkatan ilmunya. Allah berfirman dalam al-Quran surah al-Kahfi ayat 28;

وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ وَلا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَلا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَن ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.”

24/07/2016

Berkata Sayyid KH Zaini RA:
"Supaya kita wafat dalam keadaan husnul khatimah, jangan sekali-kali kita melihat aib,kekurangan dan keburukan orang lain"
(Abah Guru Sekumpul)
~11 Februari 1942 - 10 Agustus 2005~

Want your school to be the top-listed School/college?

Website