15/05/2026
HEBAHAN PERMOHONAN BANTUAN ONE-OFF TABUNG ZAKAT PENDIDIKAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA, SEMESTER II SESI 2025/2026
Assalamualaikum WBT/Salam Sejahtera.
Saudara/i Mahasiswa/i Universiti Malaya,
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Bantuan One-off Tabung Zakat Pendidikan Pelajar Universiti Malaya, Semester II, Sesi 2025/2026 kini dibuka. Bantuan ini bertujuan sebagai suatu inisiatif Universiti dalam membantu pelajar yang memerlukan sokongan kewangan bagi meneruskan pengajian masing - masing.
1. Syarat Kelayakan :
(1) Terbuka kepada Mahasiswa/i Universiti Malaya beragama Islam SAHAJA (Warganegara Malaysia) Program Pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda sahaja).
(2) Pendapatan kasar bulanan isi rumah kurang daripada RM5,249 (Kategori B40).
(3) Pelajar tidak menerima sebarang bantuan.
(4) Sekiranya menerima biasiswa/pinjaman, jumlah adalah kurang daripada RM4,000 (per semester).
2. Kaedah Permohonan :
(1) Mahasiswa/i yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui pautan Google Form berikut:
๐: https://forms.gle/AwFtoWtPqhVsDxFeA
(2) Google Form ini mengandungi tujuh (7) bahagian yang perlu dilengkapkan:
Bahagian A: Butiran Kemasukan
Bahagian B: Butiran Pemohon
Bahagian C: Butiran Pengajian
Bahagian D: Butiran Bapa/Penjaga
Bahagian E: Butiran Ibu/Penjaga
Bahagian F: Maklumat Bantuan Kewangan
Bahagian G: Maklumat Bank Peribadi
Sila pastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat dan lengkap sebelum dihantar.
3. Tempoh Permohonan : 14 Mei 2026 (Khamis) hingga 20 Mei 2026 (Rabu)
Sila ambil perhatian bahawa tempoh permohonan adalah muktamad dan tidak akan dilanjutkan.
Sebarang permohonan pengecualian tidak akan diterima.
Sekian, dimaklumkan dan terima kasih.
Seksyen Kebajikan (Welfare Section)
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (Student Affairs Department)
Aras 2, Blok E, Kompleks Perdanasiswa
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: +603-7967 7750 | Emel: [email protected]