27/05/2026
[SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026]
Warga Kolej Kediaman Ketiga Belas mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga Universiti Malaya.
Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kebersamaan yang dibawa oleh Aidiladha terus memperkukuh nilai kemanusiaan serta ukhuwah sesama kita.
Salam Aidiladha ✨
25/04/2026
[RANGKUMAN SEMESTER 1 SESI 2025/2026]
Sepanjang Semester 1 sesi 2025/2026, pelbagai inisiatif, program dan penambahbaikan telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Tindakan Kolej bersama pihak pengurusan kolej demi kesejahteraan warga Kolej Kediaman Ketiga Belas.
Rangkuman ini merangkumkan usaha, pencapaian serta komitmen berterusan dalam memperkukuh persekitaran kolej yang kondusif, aktif dan inklusif.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua pihak sepanjang semester ini.
INI KOLEJ KITA,
KOLEJ MENDONIA!
20/03/2026
[SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI]
Warga Kolej Kediaman Ketiga Belas merakamkan ucapan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
kepada seluruh warga Universiti Malaya.
Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kebahagiaan
serta mengeratkan silaturahim sesama kita.
Ikhlas daripada,
Kolej Kediaman Ketiga Belas
Universiti Malaya
09/03/2026
[SELAMAT MENJALANI SEMESTER II SESI 2025/2026]
Selamat Menjalani Semester II sesi 2025/2026 kepada seluruh warga Kolej Kediaman Ketiga Belas dan Universiti Malaya. Semoga semester baharu ini membawa semangat dan peluang baharu dalam menimba ilmu serta mencapai kejayaan.
All the best! 💪📚
28/02/2026
🎬 CINETITAN Intervarsity Short Film Contest
🏆 Stand a chance to win RM1,000!
This project is a short film competition aimed at discovering students talents in the field of creative arts and serving as a platform for students to show their creativity in producing high quality short films 📸
⏰ WE HAVE EXTENDED the date until 5/3/2026
⚠️ we have 3 MORE SLOT LEFT !!
⚠️ Registration will close once the slot is filled.
📢 Calling all private and local university students 🧑🎓👩🎓‼️
Registration Form :
https://forms.gle/dkRb8nUNTBMsKrYm9
📞 For more information, contact:
Ameera: +60 12-873 1969
Avia: +60 17-248 7550
27/02/2026
[HALAMAN SIRI 2, BABAK 6: DEBAT PIALA TNC]
Debat Piala TNC membuka ruang kepada mahasiswa untuk berkembang daripada asas sehingga ke puncak wibawa. Bermula dengan pemahaman peraturan dan etika perdebatan, peserta diasah dengan strategi, sistem pemarkahan dan teknik penghujahan yang mantap. Setiap fasa menjadi medan latihan untuk membina keyakinan, ketajaman analisis serta keberanian menyuarakan pandangan secara berprinsip.
Melalui sesi wacana dan latihan intensif, peserta bukan sahaja belajar menyusun hujah secara tersusun, malah membentuk disiplin, daya fikir kritis dan semangat berpasukan. Kemuncaknya, pentas akhir menjadi simbol legasi sekali gus telah melahirkan pendebat yang bukan sekadar petah berbicara, tetapi berwibawa dalam membawa suara intelektual mahasiswa.
“Hujah diasah, karakter dibentuk.”