Physiology Department UKM
Jabatan Fisiologi ditubuhkan pada tahun 1970. Aktiviti utama jabatan adalah mengajar kursus fisiologi.
23/04/2026
Sorotan program Bicara Emeritus Fakulti Perubatan UKM yang menampilkan Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ruszymah Hj. Idrus. Sesi ini memberikan perkongsian bermakna dalam bidang perubatan regeneratif yang memberi inspirasi kepada warga akademik dan pelajar.
23/04/2026
Tahniah diucapkan kepada Dr. Farah Hanan Fathihah Jaffar dan Puan Amiza Hamdan selaku penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2026 (penilaian tahun 2025), masing-masing bagi kategori kakitangan akademik dan bukan akademik.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen, dedikasi serta kecemerlangan berterusan dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab.
Syabas dan semoga terus cemerlang.
----------------
Congratulations to Dr Farah Hanan Fathihah Jaffar and Puan Amiza Hamdan on being recipients of the Excellent Service Award 2026 (for the 2025 evaluation), under the academic and non-academic staff categories, respectively.
This recognition reflects their dedication, commitment, and continuous excellence in fulfilling their responsibilities.
Well done and may you continue to excel..
16/04/2026
Fakulti Perubatan (FPER) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mengadakan Majlis Bicara Emeritus Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ruszymah Hj. Idrus bertajuk “Perubatan Regeneratif – Antara Sains dan Harapan Manusia Sejagat” seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 22 April 2026 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Auditorium Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM
Pendaftaran sebelum 17 April 2026 (Jumaat) di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSe1ieFJ0jm0TK-RL67UeJ1VUoVzkdhIVLOf2No2zIXjcxzICA/viewform.
Program ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman, cetusan pemikiran, dan khazanah ilmu yang telah dipupuk oleh beliau sepanjang penglibatan dalam dunia akademik dan industri.
Semua dijemput menyerikan lagi majlis ini serta bersama-sama menimba ilmu daripada perspektif seorang tokoh yang berwibawa.
09/04/2026
Tahniah atas penerbitan dalam Jurnal Top 10%!
Tajuk Artikel:
Mechanistic Insights into the Cardioprotective Effects of Mesenchymal Stem Cell-Derived Exosomes in Myocardial Ischemic Injury: A Systematic Review
Pengarang:
Pengarang Pertama: Nur Athirah Othman Basri (Pelajar PhD, Jabatan Fisiologi)
Pengarang Koresponden: Prof. Madya Dr. Azizah Ugusman
Pengarang Bersama: Prof. Madya Dr. Amilia Aminuddin, Dr. Adila A. Hamid, Prof. Madya Dr. Jaya Kumar Murthy
Artikel telah diterbitkan dalam jurnal Pharmaceutics (Q1, Faktor Impak 5.5, Top 10% Journal)
Pautan artikel: https://doi.org/10.3390/pharmaceutics18030346
Syabas dan tahniah atas pencapaian cemerlang ini! 🎊
⸻
Congratulations on Publishing in a Top 10% Journal!
Article Title:
Mechanistic Insights into the Cardioprotective Effects of Mesenchymal Stem Cell-Derived Exosomes in Myocardial Ischemic Injury: A Systematic Review
Authors:
First Author: Nur Athirah Othman Basri (PhD student, Department of Physiology)
Corresponding Author: Associate Professor Dr. Azizah Ugusman
Co-authors:
Associate Professor Dr. Amilia Aminuddin, Dr. Adila A. Hamid, Associate Professor Dr. Jaya Kumar Murthy
Published in Pharmaceutics (Q1, Impact Factor 5.5, Top 10% Journal)
Article link: https://doi.org/10.3390/pharmaceutics18030346
Congratulations once again on this excellent achievement! 🎊
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Petaling Jaya
56000
Opening Hours
| 08:30 - 12:15 |