02/03/2026
Assalamualaikum WBT AK Vaasi😀
Google form BANTUAN RAMADHAN : https://forms.gle/r86xgQhrAQXukfJA7
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
BANTUAN RAMADHAN MAMJ 2026
Waris Alagankulam di Malaysia berpendapatan kurang daripada RM2,500 sebulan layak untuk memohon bantuan wang tunai bagi kegunaan di bulan Ramadan & sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Malaysia Alagankulam Muslim Jamath (MAMJ) berharap bantuan ini dapat meringankan beban yang dihadapi oleh waris Alagankulam yang kurang berkemampuan.
Tarikh tutup permohonan: 5 Mac 2026
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
MAMJ RAMADHAN AID 2026
Alagankulam descendents in Malaysia whose income is less than RM2,500 per month are eligible to apply for cash assistance to celebrate month of Ramadan & Hari Raya Aidilfitri celebration.
Malaysian Alagankulam Muslim Jamath (MAMJ) hopes that this assistance can ease the burden being faced by needy Alagankulam's descendents.
Application closing date: 5 March 2026
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
MAMJ ரமலான் உதவி 2026
மலேசியாவில் உள்ள அழகன்குளம் வாரிசுகளில் குடும்ப வருமானம் மாதத்திற்கு RM2,500 க்கும் குறைவாகப் பெறும் உறவுகள் புனித மிகு ரமலான் மற்றும் ஷவ்வால் மாதங்களை கொண்டாடி மகிழ.... பண உதவிக்கு விண்ணப்பிக்க தகுதியுடையவர்கள்..
இந்த உதவியின் மூலம் குறைந்த வருமானம் கொண்ட அழகன்குளத்து வாரிசுகள் எதிர்கொள்ளும் சுமையை குறைக்க முடியும் என மலேசிய அழகன்குளம் முஸ்லிம் ஜமாத் (MAMJ) நம்புகிறது.
விண்ணப்பத்தின் கடைசி தேதி: 5 March 2026
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
Exco untuk dihubungi
Puan Siti Habsa
010-2392090
Tuan Zabarullah
012-2693786
Tuan Mohd Nizam
012-2516388
docs.google.com
12/11/2025
Assalamualaikum WBT AK Vaasi😃
Pemberitahuan📢📢📢
Malaysia Alagankulam Muslim Jamath (MAMJ) akan mengadakan "PERTANDINGAN FUTSAL / FUTSAL TOURNAMENT" seperti ketetapan berikut:-
Tarikh : 13 Disember 2025
Masa : 8:00 pg - 2:00 ptg
Tempat : Republic of Futsal, Petaling Jaya, Selangor
MAMJ mengalu-alukan penglibatan para BELIA dan VETERAN (usia 40+-) AK untuk menyertai pertandingan futsal yang sekian lama dinanti-nantikan oleh semua (pertandingan terdahulu "MAMJ President's Cup 2022" pada 29/10/2022).
Ayuh, serlahkan bakat terpendam anda kali ini dan menangi "ALAGANKULAM CUP 2025"!!
Hadiah-hadiah menarik juga menanti team anda dan Piala AK 2025 untuk dijulang!!!
Mari sama² keluarga AK turun padang dan support tournament ini!!
Bagi yang berminat untuk menyertai, sila daftar team anda pada link di Google form di bawah:-
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSepLpiVplatNVkz2iNCZY1UFHHRT6gFiEZEMUYpudAbwrL6dw/viewform
Sekian, terima kasih.
~ Exco MAMJ.
03/09/2025
Assalamualaikum WBT AK Vaasi😃
Pemberitahuan📢📢📢
Malaysia Alagankulam Muslim Jamath (MAMJ) akan mengadakan :-
"Mesyuarat Agung Tahunan ke-41 @ 41st Annual General Meeting (AGM)"
pada masa dan waktu yang telah ditetapkan seperti di bawah :
Tarikh : 13 September 2025 (Sabtu)
Masa : 4 - 6 petang
Tempat : Dewan Syed Bistro, No. 57 Jalan Dang Wangi, 50100 KL.
# # AGM kali ini merupakan sesi pemilihan Ahli Jawatankuasa (Exco) yg baharu utk sesi 2025-2027.
Dijemput datang beramai-ramai bersama keluarga untuk memeriahkan AGM kali ini sekaligus memilih wakil Exco yang anda percayai dan yakini kemampuan nya!!
Sekian, terima kasih.
~ Exco MAMJ.
03/09/2025
Assalamualaikum WBT AK Vaasi😃
🌟 PERMIM Young Leadership Camp 2025 🌟
3 Days, 2 Nights of Empowering Activities!
📅 Date : 13 - 15 September 2025
🕒 During School Holidays
📍 Venue : Nur Laman Bestari Eco Resort, Ulu Yam
🗓️ Registration Dateline : 5 September 2025
👥 Age Group : 16 - 24 years old
(Secondary School/ College & University Students)
🏕️Program Highlights :
✅Leadership & Team-Building Activities
✅Motivational Talks & Spiritual Reflections
✅Outdoor Adventures & Nature Retreat
✅Networking with Young Muslim Leaders
✅Daily Prayers & Reflection Sessions
💰 Normal Camp Fee : RM400
🎉 *Early Bird Promo : Only RM100!*
(*Limited to the first 50 participants – first paid, first served)*
📲 Register Now :
👉 ylc.permim.org
Or use the link below :
🔗 Google Form Registration
https://docs.google.com/forms/d/17lNm3scFp76EChHgV1bDfoQz34PfMRTBXNroNdwRhBw/preview
For enquiries :
📞 +60 16-592 1252
29/04/2025
Assalamualaikum WBT AK Vaasi😃
Result SPM dah keluar,
1st class @ Baik bukan isunya,
Nak sambung belajar....course ape yang sesuai,
Pening² lalat fikir continue minat sendiri @ kehendak ibubapa,
Tapi awas!!!
Jangan salah langkah dalam memilih,
Kelak minat tiada....masa depan pun kabur.
Haaa😁
MAMJ menjemput anak² AK untuk menyertai Seminar Bimbingan Pelajar lepasan SPM/STPM/Matrikulasi anjuran PERMIM untuk mendapatkan taklimat & bimbingan berkenaan permohonan pendidikan anda.
Tarikh/Hari : 3.5.2025 (Sabtu)
Masa : 8 pagi - 2 petang
Tempat : Wisma PERMIM, Jalan Tun Perak, KL
Penyertaaan melalui :
1) laman web (http://spm.permin.org)
2) laman web (www.facebook.com/im.edubr)
3) hubungi ibupejabat PERMIM (03-20780786)
Apa tunggu la.....cepat² book seat anda!!
Terima kasih.
~Exco MAMJ
29/04/2025
Assalamualaikum WBT AK Vaasi😃
Alhamdulillah.....kita bertemu lagi kali ini dengan berita gembira anak² AK yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM 2024.
Maka, MAMJ seperti tahun sebelumnya akan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan SPM 2024 bagi anak² ahli biasa (Ordinary member) dan ahli seumur hidup (Lifetime member) sahaja!!
MAMJ menjemput anak² waris dari AK (ibu @ bapa) untuk berkongsi keputusan SPM melalui Google form berikut :
://tinyurl.com/SPM2024-MAMJ #
Sumbangan hadiah bagi keputusan cemerlang akan diberi kepada anak² ahli MAMJ yang berdaftar sahaja.
Sila hubungi Exco MAMJ di bawah untuk sebarang info @ pertanyaan :
1) Arsad Hj. Thinun
012-4531966
2) Rahim Sirajudin
017-3064151
3) Siti Habsa
010-2392090
Mari ramai² anak ahli MAMJ merebut peluang mendapat penghargaan daripada MAMJ.
Sekian, terima kasih.
~Exco MAMJ
09/04/2025
Assalamualaikum WBT AK Vaasi yang dikasihi😃
Disertakan di bawah ialah Tentatif program Majlis Rumah Terbuka MAMJ sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan berlangsung pada Sabtu ini (12/4/2025) di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Menara JKR, Jalan Sultan Salahudin, KL.
Pelbagai acara pertandingan yang menarik dan "Lucky Draw" untuk dimenangi oleh setiap warga AK.
Jangan lepaskan peluang anda untuk membawa balik hadiah lumayan lagi mengancam!!
Mari....Mari....Mari!!!
04/04/2025
Assalamualaikum WBT AK Vasie😃
Alhamdulillah 🤲🤲
Kita bertemu lagi selepas sekian lama...😁
Di kesempatan ini kami, Exco MAMJ mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN" kepada semua warga AK Vasie di Malaysia dan di kampung Alagankulam.
Dengan berbesar hati, kami ingin menjemput semua AK Vasie ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri MAMJ seperti ketetapan berikut :
Tarikh/Hari : 12 April 2025 (Sabtu)
Masa : 11 pagi - 4 petang
Tempat : Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kuala Lumpur
Google Maps: https://maps.app.goo.gl/KViUb7aQfF2VvL6w5
Waze: Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid: https://waze.com/ul/hw283cypye
Semua dijemput hadir bersama kelurga tercinta ya!!!😁😁
Terima kasih😃
~ Exco MAMJ~
31/07/2024
Assalamualaikum WBT AK Makkals😃
Hari ini last day untuk pendaftaran TKK (Tabung Khairat Kematian) untuk tahun 2024.
Sesiapa yang masih belum mendaftar untuk TKK, sila berbuat demikian sehingga pukul 11.59 malam ini.
Boleh hubungi Exco Rahim (017-3064151) untuk sebarang info.
Jangan lupa hantar slip pembayaran melalui WhatsApp kepada Exco Rahim ya!!
Bagi yang sudah mendaftar, Terima Kasih diucapkan kerana anda SAYANG keluarga anda ya!!😁❤️😁❤️
Terima Kasih.
~Exco MAMJ
25/07/2024
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu.
TABUNG KHAIRAT KEMATIAN (TKK) anjuran Malaysia Alagankulam Muslim Jamath (MAMJ) bagi tahun 2024.
Tarikh akhir pembayaran : 31/7/2024
A : Untuk pembaharuan TKK (renewal of existing TKK member) : RM 100.00
B : Untuk pendaftaran ahli TKK baharu (registration of new TKK member) : RM 110.00.
Bayaran untuk A atau B boleh dibuat ke:
Bank Islam (No. Akaun: 14014010094997 – Malaysia Alagankulam Muslim Jamath ; Ref : TKK2024_Nama).
Sekiranya anda merupakan ahli seumur hidup MAMJ (Life Member of MAMJ), tiada bayaran lain dikenakan.
Namun, sekiranya anda adalah ahli biasa atau masih belum menjadi ahli MAMJ, anda dikehendaki membayar RM 60 sebagai yuran tahunan MAMJ ke :
Maybank (No. Akaun: 564276518493 – Malaysia Alagankulam Muslim Jamath ; Ref : Renew Mamj2024_Nama).
--------------------------------------
Sekiranya ada apa-apa pertanyaan, boleh menghubungi EXCO MAMJ.
Sila hantar slip pembayaran melalui WhatsApp kepada EXCO MAMJ, Rahim (017-3064151)
28/05/2024
Assalamualaikum WBT AK Vasie😃
Result yg ditunggu sudah tiba,
Keputusan Cemerlang yang diperolehinya,
Isi borang langkah seterusnya,
Hari Anugerah Kecemerlangan SPM MAMJ menanti jua.
Bagi anak² Ahli MAMJ yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam SPM boleh menghantar keputusan peperiksaan di pautan/link seperti dibawah untuk melayakkan diri bagi menerima anugerah daripada MAMJ.
(https://forms.gle/vEtFack9fMGMrUsd9)
Tarikh tutup permohonan ialah pada Ahad (2 Jun 2024).
Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
1) Exco Arsad : 012-453 1966
2) Exco Rahim : 017-306 4151
3) Exco Siti Habsa : 010-239 2090
24/05/2024
Assalamualaikum WBT AK Vasie😀
"Keputusan SPM akan diumumkan pada 27 Mei?"
"Berapa A yang akan diperolehi oleh anak saya?"
"Layak ke anak saya mohon untuk Hari Anugerah Kecemerlangan SPM anjuran MAMJ?"
Jangan risau......
Tahun ini Malaysia Alagankulam Muslim Jamath (MAMJ) menjemput semua waris Alagankulam untuk berdaftar sebagai ahli biasa @ ahli seumur hidup MAMJ untuk memperolehi pelbagai manfaat yang disediakan sepanjang tahun.
Dimulai dengan Hari Anugerah Kecemerlangan SPM; pelajar-pelajar SPM waris Alagankulam yang layak untuk menerima hadiah bagi pencapaian terbaik dalam keputusan SPM hanya dengan syarat :
BAPA @ IBU pelajar adalah AHLI MAMJ.
Jadi, rebut peluang anda untuk berdaftar sebagai Ahli MAMJ bagi menikmati ganjaran yang disediakan sekarang & pada masa depan.
Ahli biasa : RM 60 setahun
Ahli seumur hidup : rm1,000.00 sekali bayaran.
Sila hubungi Exco MAMJ berikut :
1) Suhib : 016 - 304 4821
2) Rahim : 017 - 306 4151
3) Habsa : 010 - 239 2090