05/11/2025
Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ts. Farahzeeda binti Zakaria di atas pelantikan sebagai Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Pelantikan ini mencerminkan keyakinan universiti terhadap kepimpinan, kecekapan dan komitmen beliau dalam menerajui hala tuju pendigitalan serta pengukuhan pengurusan teknologi maklumat di UPNM.
Seluruh warga BTMK mendoakan agar Ts. Farahzeeda terus diberi kekuatan, kebijaksanaan dan keberkatan dalam menggalas amanah baharu ini. Semoga di bawah pimpinan beliau, BTMK terus melangkah maju sebagai peneraju transformasi digital universiti ke arah perkhidmatan yang lebih cekap, inovatif dan berimpak tinggi.
07/08/2024
HEBAHAN KESEDARAN ICT: STORAN MICROSOFT 365 EDUCATION
Untuk makluman, Microsoft Corporation telah mengemaskini polisi penggunaan storan awan (cloud storage) daripada unlimited storage kepada pool storage, di mana semua pengguna akan berkongsi storan secara bersama berkuatkuasa 1 Ogos 2024.
Justeru, Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) menyarankan amalan terbaik untuk mengoptimumkan penggunaan e-mel dan M365 Cloud Storage. Ini adalah penting bagi memastikan pengguna dapat memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan ini tanpa menghadapi masalah berkaitan had storan.
18/04/2023
MAKLUMAN PERINGATAN KESELAMATAN ICT SEMASA CUTI HARI KELEPASAN AM DAN PERAYAAN AIDILFITRI 2023
Bersempena dengan Cuti Hari Kelepasan Am dan Perayaan Aidilfitri yang bakal tiba, dipohon semua warga UPNM untuk mengambil langkah-langkah keselamatan ICT yang sewajarnya bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.
Laporakan sebarang aduan berkenaan ICT kepada:
📧[email protected]
☎ 03-90512700
13/04/2023
Staf dan Pelajar baharu akan mendapat akaun e-mel secara automatik dan maklumat akaun e-mel UPNM akan dihantar ke e-mel sosial/alternatif yang berdaftar di dalam sistem maklumat UPNM. Sila semak mailbox anda.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Seksyen Pengurusan Emel
03-90512700 atau emel kepada [email protected]
12/01/2023
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera
Yang Berbahagia Datuk/ Dato’/ Prof. Emeritus/ Prof./ Prof. Madya/ Dr. / Tuan/ Puan,
KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI BAGI TAHUN 2022
Merujuk kepada perkara di atas dengan segala hormatnya.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan BTMK bagi tahun 2022. Objektif kajian adalah untuk mendapatkan maklum balas daripada semua pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan BTMK.
3. Bagi mencapai tujuan tersebut, pihak kami amat berbesar hati sekiranya Yang Berbahagia Datuk/ Dato'/ Prof. Emeritus/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan dapat meluangkan masa untuk menjawab kajian kepuasan pelanggan yang disediakan di pautan https://shorturl.at/iXY67. Tinjauan akan mengambil masa lebih kurang 8 minit untuk diselesaikan.
4. Segala kerjasama dan sokongan daripada Yang Berbahagia Datuk/ Dato'/ Prof. Emeritus/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
14/04/2022
SEMAK BERITA PALSU
Menyemak kesahihan berita atau maklumat adalah sangat penting sebelum menyebarkannya, pastikan ia sumber diyakini sahih, jika tidak pasti jangan kongsi.
Layari https://sebenarnya.my/ untuk menangani gejala penularan berita palsu dalam talian melalui platform media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog, laman sesawang, dan lain-lain yang boleh memberi kesan kepada masyarakat dan negara.
SUMBER: JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
sumber: https://www.mkn.gov.my/web/ms/2022/04/12/berita-palsu-tidak-pasti-jangan-kongsi-2/
12/05/2021
Berlabuhlah sudah Ramadhan, tibalah kita meraikan kemenangan, setelah sebulan berpuasa.
Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan
amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنكُم
14/04/2021
🎲Ransomcloud
Kita biasa dengar ransomware tapi jarang dengar ransomcloud. Ia adalah istilah yang baru-baru ini menjadi kebiasaan dalam industri keselamatan internet. Ini merujuk kepada jenis serangan ransomware tertentu secara khususnya. Serangan tersebut ditujukan untuk aplikasi berasaskan cloud. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, ransomware seperti ini banyak menyasarkan Microsoft Office 365 dan G Suite. Oleh kerana aplikasi ini berasaskan cloud, serangan ransomware normal tidak cukup efektif bagi penggodam untuk menyelesaikan tugasnya. Seribu kali sayang, mereka mulai nampak dengan jelas cara mengatasi masalah itu.
Sebilangan pengguna awan memilih untuk mengenkripsi data mereka dalam awan untuk keselamatan tambahan. Walaupun ini adalah ciri yang sangat berguna, program ransomcloud dapat memanfaatkannya sebagai kelemahan. Daripada menyulitkan seluruh cakera keras anda, seperti yang sering dilakukan pada masa lalu, penggodam kini dapat mengenkripsi data anda sendiri, walaupun data tersebut terdapat di dalam awan orang lain. Ini dilakukan melalui penggunaan eksploitasi XSS yang membolehkan penggodam menyuntik skrip baru ke halaman yang dipercayai atau bahkan seluruh awan data. Seram mendengarnya kannn.
Dalam kebanyakan kes, serangan ransomware berasaskan awan akan menetapkan akaun e-mel berasaskan awan. Mereka tahu bahawa individu dan syarikat menggunakan e-mel berasaskan awan mereka sebagai kaedah utama komunikasi perniagaan. Oleh itu, e-mel korporat selalunya akan mengandungi data penting, atau mungkin juga menjejaskan data. Penggodam akan bermula dengan menghantar e-mel palsu dari dalam awan. E-mel akan mengandungi pautan yang kelihatan normal tetapi yang mengarahkan mangsa ke halaman palsu. Dalam proses ini, mereka akan menggunakan pelbagai jenis penyamaran untuk menipu anda agar memberikan kebenaran e-mel khas. Setelah kebenaran tersebut diterima, serangan itu akan berjaya.
🧯Rujukan Insiden Ransomware tahun 2021 :
💾 https://cloudian.com/ransomware-attack-list-and-alerts/