15/05/2026
Lady Zetta
Islam Way of Life. The Right Path 🤍🦋❤️
15/05/2026
Ya ALLAH,
Limpahkan rahmat & keberkatan dalam ilmu, rezeki & amalan seharian kami.
Semoga kami tergolong dalam mereka yang bersyukur. 🦋🤍
Dunia sebentar sahaja…
Akhirat sebentar lagi…
🦋🤍
03/04/2026
📌 Program Ziarah Mahabbah Teratak Dusun Al-Barakah
📍Lokasi: Sungkai, Perak
🗓️Tarikh: 18 April 2026 (Sabtu)
🕰️Masa: 3:00 pagi – 6:00 petang
🗳️Yuran: RM85
✔ Termasuk pengangkutan, sarapan & makan tengah hari
🔒Tarikh tutup: 9 April 2026 (sebelum 12:00 tengah hari)
👤 Penceramah / Tuan Rumah
Dato’ Ustaz Mohammad Kazim Elias
(Pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah)
🚌 Aturcara Perjalanan
3:00 pagi – Berkumpul di Masjid An Nur, Temasya Glenmarie
3:15 pagi – Bertolak ke Sungkai
6:00 pagi – Tiba di lokasi
6:30 pagi – Solat Subuh berjemaah
7:00 pagi – Rehat
🗓️ Tentatif Program
7:00 pagi – Pendaftaran & sarapan
8:05 pagi – Kata aluan
8:10 pagi – Kuliah + sesi bergambar + serahan sumbangan
10:30 pagi – Lawatan kawasan
12:00 tengah hari – Kuliah 2 & doa
12:30 tengah hari – Makan tengah hari
2:00 petang – Solat Zohor berjemaah
3:00 petang – Tamat & pulang
⚠️ Nota Penting
Terbuka untuk Muslim & Muslimat (18 tahun ke atas)
📌Penyertaan terhad
Perlu simpan resit bayaran
Disarankan bawa barang peribadi
📞 Untuk Hubungi
011-1196 5692 (Puan Azie)
016-446 6343 (En Alif)
⚠️ Perlu ambil perhatian:
Masa berkumpul sangat awal (3 pagi)
Pastikan sahih akaun bayaran sebelum transfer
01/03/2026
Gambar ini diambil oleh kakak ipar saya secara candid, di klia. Masa ni saya nak pergi menunaikan ibadah umrah saya yang pertama. Alhamdulillah.
Si kecil tu, adalah anak duet beliau. Seolah-olah memahami yang kami akan berjauhan selama beberapa minggu. MasyaAllah.
Keindahan berkasih sayang itu tidak hanya melibatkan jiwa yang besar, malah jiwa yang kecil juga akan turut merasainya.
Rasulullah S.A.W adalah orang yang paling penyayang kepada keluarganya, sering mencium dan merangkul anak-anak sebagai tanda kasih sayang.
Menghormati orang tua dan Mengasihi yang muda.
“Bukan daripada golongan kami orang yang tidak mengasihi orang yang lebih muda dan tidak memuliakan orang yang lebih tua.” ~ [HR. Abu Daud]
🦋🤍
“Ya ALLAH, ampunkanlah aku, kasihanilah aku, berikanlah aku hidayah, sihatkanlah aku dan kurniakanlah aku rezeki.”
🦋🤍
Hidup ini bukanlah soal senang atau susah, tetapi soal sejauh mana kita mendapat bantuan ALLAH SWT! 🦋🤍
Dunia ini sementara hadapi dengan sederhana.
Akhirat itu kekal, hadapi dengan cekal. 🦋🤍
31/01/2026
“Pada akhirnya kita semua akan menghadapi kematian. Namun dalam perjalanan menuju kesana, berhati-hatilah agar tidak pernah menyakiti hati manusia.” ~ Jalaluddin Rumi 🦋🤍
Click here to claim your Sponsored Listing.