Ketua Pengarah JPPKK - Shamsuri Abdullah

Ketua Pengarah JPPKK - Shamsuri Abdullah Facebook Rasmi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

Menikmati coklat panas sebelum berpindah ke mesyuarat seterusnya... Alhamdulillah... jalan terus....
19/08/2026

Menikmati coklat panas sebelum berpindah ke mesyuarat seterusnya... Alhamdulillah... jalan terus....

ππ„πŒπ”πŠπˆπŒπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇-𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 ππŽπ‹π˜π‚π‚ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„ππˆπŒππˆππ€π 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐔𝐉𝐔 𝐓𝐕𝐄𝐓 β€œMengemudi Perubahan, Mencipta Masa Hadapan” A...
18/08/2026

ππ„πŒπ”πŠπˆπŒπ€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇-𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 ππŽπ‹π˜π‚π‚ ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„ππˆπŒππˆππ€π 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐔𝐉𝐔 𝐓𝐕𝐄𝐓

β€œMengemudi Perubahan, Mencipta Masa Hadapan”

Allhamdulillah hari ini dalam program Wacana Kepimpinan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti bersama Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Shahib @ Sahibuddin, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara dan ucaptama oleh Ts. Rushdi Abdul Halim daripada Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT) yang berkongsi pandangan strategik mengenai perubahan landskap industri, teknologi dan pekerjaan serta implikasinya terhadap pembangunan TVET negara.

Terima kasih Ts. Rushdi.
Terima kasih Prof Datuk Ts. Dr. Shahrin

Dr Shamsuri bin Abdullah
KPX JPPKK
18.08.2026



Kelestarian Lima Dekad, Terus Tekad.
14/08/2026

Kelestarian Lima Dekad, Terus Tekad.

MENYANTUNI WARGA KOLEJ KOMUNITI PAYA BESARHari ini saya berkesempatan berkunjung ke Kolej Komuniti Paya Besar untuk bert...
14/08/2026

MENYANTUNI WARGA KOLEJ KOMUNITI PAYA BESAR

Hari ini saya berkesempatan berkunjung ke Kolej Komuniti Paya Besar untuk bertemu dan beramah mesra bersama warga kolej.

Kunjungan ini turut diisi dengan lawatan serta perasmian REKA Creative Studio (C303). Saya melihat sendiri ruang dan kemudahan yang disediakan bagi menyokong kreativiti, pembelajaran serta penghasilan idea dalam kalangan warga dan pelajar.

Dalam kesempatan ini, saya turut meluangkan masa untuk beramah mesra bersama warga kolej. Bagi saya, kunjungan ke institusi bukan sekadar melihat kemudahan dan program yang dilaksanakan, tetapi yang lebih penting ialah mendengar, memahami dan menyantuni warga di lapangan.

Terima kasih kepada seluruh warga Kolej Komuniti Paya Besar atas sambutan yang begitu mesra. Teruskan memberikan yang terbaik dalam mendidik, membimbing dan memperkasa masyarakat melalui pendidikan TVET.

Kita terus bergerak bersama, memperkukuh POLYCC dan memperkasa TVET untuk semua.

Dr Shamsuri bin Abdullah
KPX JPPKK
14.08.2026



Tahniah!! Semua JK yang terlibat begitu juga Bhg Kurikulum, rakan-rakan Pengarah POLYCC Zon Utara yang sempat hadir sert...
13/08/2026

Tahniah!! Semua JK yang terlibat begitu juga Bhg Kurikulum, rakan-rakan Pengarah POLYCC Zon Utara yang sempat hadir serta semua yang menjayakan program yang excellent.

Terima kasih Haji Yusaini atas jemputan dan kesempatan bersama-sama ke Flextronics, sebuah syarikat Electronics Manufact...
12/08/2026

Terima kasih Haji Yusaini atas jemputan dan kesempatan bersama-sama ke Flextronics, sebuah syarikat Electronics Manufacturing Services (EMS) yang telah menjalin kolaborasi dalam usaha meningkatkan kemahiran pekerja melalui 6 program pensijilan profesional, melibatkan lebih 600 pekerja sejak tahun 2017.

Saya percaya kolaborasi bersama Flextronics ini boleh menjadi model dan contoh terbaik dalam memperkasa upskilling pekerja industri serta diperluaskan kepada industri-industri lain.

Satu lagi perkara yang amat mengagumkan ialah kesinambungan program ini. Walaupun berlaku pertukaran Pengarah PTMG, inisiatif ini tetap diteruskan dan berjalan secara konsisten.

Syabas dan terima kasih kepada mantan Pengarah PTMG, Tuan Haji Malek, Ts Khairil Anuar, Encik Zulkarnain dan kini Haji Yusaini atas komitmen serta kesinambungan usaha yang sangat bermakna ini.

Semoga segala usaha dalam memperkasa tenaga kerja berkemahiran ini terus memberikan manfaat kepada industri dan masyarakat, serta menjadi amal jariah yang berkekalan.

Tahniah dan syabas! πŸ‘πŸ»

Dr Shamsuri bin Abdullah
KPX JPPKK
12.08.2026



Allhamdulillah SAM - Sekolah Angkat Madani, JPPKK SK Ramuan China Kechil.
10/08/2026

Allhamdulillah SAM - Sekolah Angkat Madani, JPPKK SK Ramuan China Kechil.

Persediaan ke Kinabalu... Apa lagi jom la..
08/08/2026

Persediaan ke Kinabalu... Apa lagi jom la..

Alhamdulilah selesai Majlis Penyerahan Cek Cura Pampasan Pengambilan Tanah bagi Projek Pembangunan Politeknik Kota Belud...
06/08/2026

Alhamdulilah selesai Majlis Penyerahan Cek Cura Pampasan Pengambilan Tanah bagi Projek Pembangunan Politeknik Kota Belud yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi pada 6 Ogos 2026 di Dewan Terbuka Datuk Hj. Musbah Hj. Jamli, Kota Belud.

Majlis ini merupakan satu lagi langkah penting dalam merealisasikan pembangunan Politeknik Kota Belud yang bakal menjadi politeknik keempat di Sabah, sekali gus meningkatkan jumlah institusi POLYCC di negeri ini kepada 13 buah. Projek ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Tinggi dalam memperluaskan akses pendidikan TVET berkualiti serta melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan pembangunan negara.

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, bersama Yang Berbahagia Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan, YB Datuk Mohd Arsad bin Bistari, Sr. Dr. Sulong bin Matusin, Bahagian Pembangunan KPT, Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, agensi-agensi Persekutuan dan Kerjaan Negeri Sabah yang terlibat, pemimpin masyarakat serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan pembangunan Politeknik Kota Belud.

Dr Shamsuri bin Abdullah
KPX JPPKK
06.08.2026



06/08/2026

Address

Pejabat Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti Aras 5, Galeria PjH, Jalan P4W
Persiaran Perdana

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60388919000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ketua Pengarah JPPKK - Shamsuri Abdullah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Ketua Pengarah JPPKK - Shamsuri Abdullah:

Shortcuts

Share