10/03/2026
9 Mac 2026 | SESI PERBINCANGAN POTENSI KOLABORASI
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah mengadakan satu sesi perbincangan bagi meneroka potensi kolaborasi strategik bersama OCS Sdn. Bhd.
Sesi ini dipengerusikan oleh Ts. Jason Choy Min Sheng, Timbalan Pengarah, Unit Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti. Turut hadir ialah wakil daripada beberapa bahagian di JPPKK, termasuk Unit Kebolehpasaran Graduan serta Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital (Latihan Industri).
Perbincangan ini memberi tumpuan kepada penerokaan peluang kerjasama berkaitan penempatan Latihan Industri dan Work-Based Learning (WBL), di samping memperluas peluang kerjaya kepada graduan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Delegasi OCS Sdn. Bhd. p**a diketuai oleh Puan Salmah Ali, Pengarah Sumber Manusia, bersama Puan Noraishah Mohd Nor, Ketua Bahagian Sumber Manusia, serta Encik Faiz bin Abdul Malek, Pengurus Sumber Manusia (Pengambilan, Latihan dan Pembangunan).
Sesi perbincangan ini membuka ruang kepada kerjasama yang lebih erat antara JPPKK dan pihak industri dalam usaha memperkukuh sinergi strategik, seterusnya memperluas peluang kerjaya kepada graduan serta memperkasa ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.