MySyarikat Academy - HRDF Claimable

Call Website

MySyarikat Academy - HRDF Claimable MySyarikat Academy - Tingkatkan kemahiran staf dengan latihan berimpak tinggi

SELAMAT HARI MALAYSIA 🇲🇾Malaysia yang kita nikmati hari ini dibina atas semangat perpaduan, keberanian dan pengorbanan g...
16/09/2026

SELAMAT HARI MALAYSIA 🇲🇾

Malaysia yang kita nikmati hari ini dibina atas semangat perpaduan, keberanian dan pengorbanan generasi terdahulu.

Dari Semenanjung hingga Sabah dan Sarawak, kita mungkin berbeza budaya, bahasa dan latar belakang, tetapi kita berdiri di bawah satu nama yang sama — Malaysia.

Sempena Hari Malaysia ini, marilah kita terus menghargai keamanan yang dikecapi, menjaga keharmonian sesama rakyat dan bersama-sama mempertahankan semangat perpaduan yang menjadi kekuatan negara.

Content yang bagus bukan sekadar nampak menarik di mata, tetapi mampu menyampaikan mesej yang tepat, membina kepercayaan...
15/09/2026

Content yang bagus bukan sekadar nampak menarik di mata, tetapi mampu menyampaikan mesej yang tepat, membina kepercayaan dan membantu bisnes bergerak ke arah objektif yang jelas.

Sepanjang 14 – 15 Sept 2026, para peserta Content Marketing Masterclass telah mendalami bagaimana content boleh dirancang dengan lebih strategik; daripada memahami audiens, menyusun idea, membina mesej sehinggalah menghasilkan content yang lebih relevan dan berkesan.

Bukan lagi sekadar fikir, “Hari ini nak post apa?”

Sebaliknya, setiap content perlu ada tujuan, sasaran dan peranan tersendiri dalam perjalanan pelanggan.

Melalui program ini, peserta dibimbing untuk melihat content dari sudut yang lebih menyeluruh supaya proses penghasilan content menjadi lebih tersusun, konsisten dan selari dengan matlamat bisnes.

Terima kasih kepada Master Trainer, Tuan Zulfadhli Talib dan Tuan Amirul Hafis atas perkongsian ilmu, pengalaman serta komitmen sepanjang dua hari sesi berlangsung.

Semoga segala ilmu dan strategi yang dipelajari dapat terus dipraktikkan untuk menghasilkan content yang bukan sahaja menarik perhatian, tetapi mampu memberi impak kepada bisnes.

Mengurus manusia bukan sekadar tentang rekod kehadiran, surat tawaran atau urusan cuti.Ia juga melibatkan kefahaman yang...
03/09/2026

Mengurus manusia bukan sekadar tentang rekod kehadiran, surat tawaran atau urusan cuti.
Ia juga melibatkan kefahaman yang jelas tentang hak pekerja, tanggungjawab majikan serta prosedur yang betul berdasarkan Akta Kerja 1955.

Melalui program Akta Kerja 1955 : Implementasi Dalam Pengurusan Sumber Manusia, para peserta didedahkan dengan cara mengaplikasikan peruntukan akta dalam situasi sebenar di tempat kerja.

Bukan sekadar memahami teori, peserta turut membincangkan real case scenario melibatkan isu pekerja, tindakan disiplin, hak dan tanggungjawab majikan serta langkah yang lebih tepat untuk mengurus sesuatu situasi secara profesional dan beretika.

Apabila pihak pengurusan memahami undang-undang pekerjaan dengan betul, keputusan dapat dibuat dengan lebih yakin, tersusun dan mengurangkan risiko salah faham atau tindakan yang boleh memberi kesan kepada organisasi.

Tahniah kepada semua peserta yang komited meningkatkan tahap pengetahuan dan pematuhan HR dalam syarikat masing-masing.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Fauzi Nordin, Master Trainer, atas perkongsian ilmu, pengalaman serta situasi sebenar dunia HR yang menjadikan sesi pembelajaran lebih praktikal dan mudah difahami.

HR yang kukuh bermula dengan ilmu yang betul. Pengurusan yang baik p**a bermula dengan pematuhan yang jelas.
Jumpa anda di program seterusnya!

AI bukan sekadar teknologi. Ia adalah alat untuk bantu bisnes bekerja dengan lebih pantas, lebih kreatif dan lebih tersu...
26/08/2026

AI bukan sekadar teknologi. Ia adalah alat untuk bantu bisnes bekerja dengan lebih pantas, lebih kreatif dan lebih tersusun.

Selama dua hari, 25 dan 26 Ogos 2026, para peserta Program Marketing: AI For Business Masterclass – Aplikasi A.I Dalam Konten Pemasaran telah melalui sesi pembelajaran intensif untuk memahami bagaimana AI boleh diaplikasikan secara praktikal dalam proses pemasaran.

Bermula dengan asas penggunaan AI, teknik membina prompt yang lebih tepat, penerokaan tools yang relevan hinggalah kepada tugasan praktikal, setiap peserta diberi peluang untuk terus mencuba dan menghasilkan konten menggunakan pendekatan yang dipelajari.

Apa yang penting, AI bukan hadir untuk menggantikan kreativiti manusia. Sebaliknya, ia membantu mempercepatkan proses, mengembangkan idea dan menjadikan workflow pemasaran lebih efisien.

Tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan kesungguhan sepanjang program ini.

Semoga segala ilmu, teknik dan kemahiran yang diperoleh dapat terus diaplikasikan untuk meningkatkan produktiviti serta menghasilkan konten pemasaran yang lebih berkualiti dan berimpak.

Setinggi-tinggi penghargaan juga buat Tuan Hafeezzat Zhafran dan Tuan Wan Afham, Master Trainer yang terlibat, atas perkongsian ilmu yang praktikal, jelas dan mudah untuk terus dipraktikkan dalam tugasan harian.

Bila manusia ada idea dan AI membantu mempercepatkan pelaksanaannya, lebih banyak perkara boleh dicapai.

Program Marketing: Meta Marketing Gameplan – Strategi Convert Customer di FB, IG & ThreadsTahniah kepada semua peserta y...
10/08/2026

Program Marketing: Meta Marketing Gameplan – Strategi Convert Customer di FB, IG & Threads

Tahniah kepada semua peserta yang telah mengikuti program intensif selama satu hari penuh pada 10 Ogos 2026.

Kemampuan untuk convert pelanggan melalui platform Meta bukan lagi pilihan, ia adalah keperluan penting untuk bisnes kekal berkembang dan kompetitif.

FB, IG dan kini Threads menjadi hub utama di mana perhatian pelanggan berada.

Memahami cara platform ini berfungsi adalah langkah pertama untuk menjalankan kempen yang lebih tepat dan berkesan.

Program ini direka khas untuk membantu peserta menguasai strategi Meta Marketing terkini, termasuk cara bina konten yang menarik perhatian, struktur funnel yang betul, serta teknik retargeting bagi meningkatkan conversion.

Terima kasih juga diucapkan kepada Master Trainer yang telah berkongsi kepakaran dan pengalaman sebenar dalam pemasaran digital bagi memastikan peserta mendapat skill yang boleh terus digunakan.

Semoga semua peserta dapat memanfaatkan setiap strategi, teknik dan framework yang dipelajari hari ini dalam kempen pemasaran masing-masing.

Selamat maju jaya dan jumpa di program seterusnya!

Tahniah kepada semua peserta yang telah menghadiri program E-Invoice: Persediaan & Pelaksanaan di Malaysia bersama Maste...
05/08/2026

Tahniah kepada semua peserta yang telah menghadiri program E-Invoice: Persediaan & Pelaksanaan di Malaysia bersama Master Trainer, Tuan Firdaus Fadil.
Peralihan daripada invois manual kepada e-Invoice bukan sekadar perubahan sistem, tetapi satu langkah penting ke arah pengurusan kewangan dan percukaian yang lebih cekap, tersusun serta telus.
Program ini dianjurkan khas untuk membantu pemilik bisnes, pasukan kewangan dan pekerja perakaunan memahami proses pelaksanaan e-Invoice dalam syarikat.
Sepanjang program, para peserta didedahkan kepada persediaan yang perlu dilakukan, cara menggunakan sistem e-Invoice serta perkara penting yang perlu diberi perhatian bagi memastikan operasi syarikat berjalan lancar dan mematuhi keperluan semasa.
Memandangkan pelaksanaan e-Invoice dibuat secara berfasa berdasarkan jumlah hasil atau perolehan tahunan syarikat, setiap organisasi perlu memahami kedudukan masing-masing dan membuat persediaan lebih awal.
Dengan pelaksanaan e-Invoice, pengurusan rekod transaksi dapat dilakukan dengan lebih sistematik, urusan percukaian menjadi lebih efisien dan risiko kesilapan dalam dokumentasi juga dapat dikurangkan.
Terima kasih kepada Tuan Firdaus Fadil atas perkongsian ilmu bermanfaat selama satu hari ini.
Semoga segala ilmu dan panduan yang dikongsikan dapat terus dipraktikkan dalam operasi perniagaan masing-masing.�
Jumpa lagi dalam program seterusnya bersama MySyarikat Academy!� .

Dalam dunia digital hari ini, content bukan lagi sekadar posting yang cantik.Content ialah aset bisnes yang bekerja 24/7...
23/07/2026

Dalam dunia digital hari ini, content bukan lagi sekadar posting yang cantik.

Content ialah aset bisnes yang bekerja 24/7 untuk menarik perhatian, membina kepercayaan dan menukar audiens menjadi pelanggan.

Namun, masih ramai yang menghasilkan content tanpa strategi yang jelas. Hari ini aktif posting, esok terus senyap.

Ada design yang menarik, tetapi tiada arah.

Ada banyak idea, tetapi tidak tahu cara menyusun dan menyampaikannya dengan berkesan.

Atas sebab itulah Content Marketing Masterclass diwujudkan.

Program ini direka khas untuk usahawan, marketer dan individu yang mahu:

• Membina strategi content yang jelas dan berstruktur.
• Memahami sebab sesuatu content mampu menarik perhatian audiens.
• Menghasilkan content yang bukan sahaja cantik, tetapi mempunyai objektif dan memberikan hasil.

Terima kasih kepada Master Trainer, Tuan Zulfadhli Talib dan Tuan Amirul Hafis atas komitmen serta perkongsian ilmu yang membantu para peserta memperkukuh strategi content marketing mereka.

Semoga setiap ilmu yang diperoleh dapat diterjemahkan kepada content yang lebih tersusun, relevan dan berimpak.

Jumpa lagi dalam program akan datang!

Program Finance: Accounting For Non Accountant Staff bersama Tuan Ziwan Wan, Master Trainer.Tarikh: 20 - 21 Julai 2026Ma...
21/07/2026

Program Finance: Accounting For Non Accountant Staff bersama Tuan Ziwan Wan, Master Trainer.

Tarikh: 20 - 21 Julai 2026
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi: Zoom Online
•


Tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai program Accounting For Non
Accounting Staff selama dua hari dari 21 Julai 2026 sehingga 21 Julai 2026
•
•
•
Terima kasih kepada Master Trainer, Tuan Ziwan Wan, atas perkongsian ilmu yang penuh dedikasi dan informasi yang tak dapat dibeli dimana-mana.

Kini, peserta bukan sahaja faham, malah mampu terus mengaplikasikan asas kewangan.

Kenapa penting belajar kewangan walaupun bukan dari bidang ni? Sebab asas kewangan adalah kunci pengurusan syarikat yang lebih teratur.

Malah, sebagai bos atau staf, kita tak boleh biarkan kewangan diurus sambil lewa.

Semoga ilmu yang diperoleh bermanfaat dan menjadi panduan untuk terus maju. Jumpa lagi di program akan datang!
•
*
*

Program Marketing : TikTok Ads Masterclass Julai 2026Dalam lambakan bisnes yang berebut perhatian di TikTok sekarang, ta...
09/07/2026

Program Marketing : TikTok Ads Masterclass Julai 2026

Dalam lambakan bisnes yang berebut perhatian di TikTok sekarang, tahniah kepada semua peserta yang hadir kerana anda kini dah selangkah ke hadapan.

Bukan sekadar tahu buat content, tapi anda dah faham bagaimana nak kawal TikTok Ads Manager untuk hasilkan leadsdan jana sales secara sistematik.

Tiada lagi istilah bakar duit meneka-neka atau sekadar tekan butang "Boost Post".

Kami sangat bangga melihat komitmen luar biasa para peserta yang berjaya:

• Menyelami ekosistem sebenar TikTok Marketing.
• Setup kempen iklan dari zero menggunakan struktur yang tepat.
• Membaca dan menganalisis metrik penting supaya setiap keputusan marketing disokong oleh data yang sahih.
• Merangka strategi taktikal untuk tarik pelanggan berpotensi tinggi masuk ke corong jualan (funnel) bisnes masing-masing.

Semoga segala strategi teknikal dan ilmu yang dibongkarkan sepanjang program ini dapat terus diaplikasikan.

Ingat, data is king, but ex*****on is everything. Pastikan kempen pemasaran anda selepas ini lebih strategik, tersusun, dan pastinya—profitable.

Terima kasih atas tenaga dan fokus yang diberikan dan jumpa di program akan datang!

Program Human Resource: Akta Kerja 1955 - Implementasi Dalam Pengurusan Sumber ManusiaUrus pekerja bukan sekadar bagi su...
08/07/2026

Program Human Resource: Akta Kerja 1955 - Implementasi Dalam Pengurusan Sumber Manusia

Urus pekerja bukan sekadar bagi surat offer atau semak attendance; ia tentang faham hak pekerja dan tanggungjawab majikan dengan jelas.

Bila pengurusan berlandaskan Akta Kerja 1955, semua urusan jadi lebih teratur dan profesional. Tak timbul isu salah faham, tindakan disiplin pun ikut saluran yang betul.

Dalam program ini, peserta bukan sekadar belajar teori. Mereka didedahkan dengan real case scenario, situasi sebenar yang sering berlaku di tempat kerja dan bagaimana nak gunakan akta untuk selesaikan isu secara praktikal dan beretika.

Tahniah kepada semua peserta yang komited untuk tingkatkan tahap pematuhan syarikat masing-masing

Penghargaan khas buat Tuan Fauzi Nordin, Master Trainer yang sentiasa deliver ilmu dengan penuh tenaga dan pengalaman sebenar dunia HR.

Teruskan upgrade ilmu. HR yang kuat = organisasi yang kukuh.

Jumpa di program seterusnya!




Address

Bandar Sri Permaisuri
Permaisuri
56000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MySyarikat Academy - HRDF Claimable posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share