08/05/2026
Sekitar Program Teambuilding Malaysia MADANI yang telah berlangsung dengan jayanya pada 5 hingga 7 Mei 2026 bertempat di Akademi Kenegaraan Malaysia Langkawi, Kedah yang melibatkan penyertaan kakitangan (Sokongan) Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis.
Program ini dianjurkan bagi memperkukuhkan semangat kerjasama, meningkatkan komunikasi berkesan serta memupuk nilai kepimpinan dan jati diri dalam kalangan warga kerja. Pelbagai aktiviti berkumpulan, latihan dinamik serta pengisian berteraskan nilai Malaysia MADANI telah berjaya mewujudkan suasana yang harmoni, positif dan penuh semangat kekitaan.
Selain menjadi medium mempererat hubungan silaturahim antara kakitangan, program ini turut memberi ruang untuk membina daya tahan mental dan fizikal, sekali gus melahirkan warga kerja yang lebih komited, produktif dan berintegriti dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab.
Semoga segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan dalam mempertingkatkan kecemerlangan organisasi demi mencapai aspirasi universiti dan negara.