Sekolah Rendah Al-Hidayah Seri Iskandar Perak Official

Sekolah Rendah Al-Hidayah Seri Iskandar Perak Official VISI
Menjadi Institusi Pendidikan Pilihan Utama yang Unggul untuk Melahirkan Insan yang Holistik

PENGENALAN / SEJARAH
A) MUSLEH BHD

Musleh Bhd adalah singkatan nama bagi Pusat Pendidikan SRI-SMI Berhad yang merupakan sebuah syarikat berhad menurut jaminan yang tidak mensasarkan keuntungan dalam usaha-usaha yang dipelopori olehnya. Ia ditubuhkan pada 04 Mei 2000 dan didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor pendaftaran 513402-W. Musleh menjalankan usaha-usaha untuk meng

arus perdanakan pendidikan Islam melalui pendekatan berkualiti dan global. Antara tindakan yang telah diambilnya ialah memurnikan kurikulum pendidikan Islam dengan menggabungkan metodologi pendidikan tradisional serta unjuran unjuran cabaran masa hadapan berdasarkan kepada prinsip-prinsip Islam yang universal. Sukatan pelajaran dan latihan diperkayakan dengan sistem penyampaian dan pedagogi terkini. Ia dipantau dan dicerap secara profesional untuk memastikan keseragaman dan berkualiti. Musleh juga menyediakan Pentaksiran Konstruk Pelajar IKRAM-Musleh (PKPIM) dan Syahadah Pentaksiran Pelajar IKRAM-Musleh (SPPIM) yang menggabungkan penilaian holistik dan berterusan. Sijil pentaksiran dianugerahkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam pendidikan mereka di sekolah rendah Islam (SRI) dan sekolah menengah Islam (SMI). Musleh juga menjalankan kursus dan latihan berterusan kepada pendidik SRI dan SMI. Setelah tamat kursus, pendidik diberi Syahadah Perguruan SRI-SMI. Ini adalah untuk memastikan bahawa pendidik merupakan pendidik dan murobbi yang dihormati, disayangi serta berkesan dalam menjalankan tanggungjawab. Sokongan dan sambutan dari masyarakat amat dialu-alukan bagi menjayakan sistem pendidikan Islam. Moga Allah swt merahmati kita semua dengan hidayah dan taufiq-Nya. B) SEKOLAH RENDAH AL-HIDAYAH SERI ISKANDAR

Sekolah Rendah Al-Hidayah Seri Iskandar (selepas ini disebut SRAHSI) ditubuhkan pada Tahun 2006 yang beralamat di No 9 & 11, Jalan Maju 2, Taman Maju, 32610 Seri Iskandar, Perak. SRAHSI diwujudkan bagi menampung kapasiti murid yang berlebihan di Sekolah Rendah Al-Hidayah, Ipoh untuk menampung permintaan di kawasan Seri Iskandar, Perak yang berhampiran dengan Universiti Teknologi PETRONAS, Tesco dan Billion. SRAHSI juga berada di bawah naungan Musleh dan didaftarkan ke Bahagian Pendidikan , Jabatan Agama Islam Perak dengan nombor pendaftaran JAIPk/SRAR/PT.70/09 dengan nombor pusat AYZ8003. Tujuan penubuhan sekolah untuk melahirkan generasi uswah hasanah dikalangan murid-murid sekolah rendah. Oleh itu, di awal penubuhannya SRAHSI (2006) telah menerima kemasukan murid seramai 14 orang untuk Tahun 1. Manakala, pada tahun 2013 kapasiti murid seramai 190 orang daripada Tahun 1 hingga Tahun 6. Diharapkan penubuhan sekolah ini dapat memberi impak kepada dakwah Islam ke arah masyarakat yang mengamalkan ajaran Islam yang sempurna. MOTTO/TAGLINE

Bersama Membentuk dan Memantapkan Generasi Uswah Hasanah

🌟 Tahniah & Syabas! 🌟Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menyertai pertandingan sempena Ming...
20/07/2026

🌟 Tahniah & Syabas! 🌟

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menyertai pertandingan sempena Minggu Kaunseling anjuran Unit Hal Ehwal Murid (HEM).

Penyertaan kalian membuktikan keberanian, keyakinan dan semangat untuk mencuba sesuatu yang baharu. Menang atau kalah bukanlah ukuran utama, sebaliknya pengalaman, usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan adalah kejayaan sebenar.

Terima kasih juga kepada semua guru, ibu bapa dan warga sekolah yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan.

✨ Teruskan melakar kejayaan, kerana setiap langkah kecil hari ini adalah permulaan kepada kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.






🌟 Ceramah Motivasi Bersama Mommy Happy 🌟Alhamdulillah, program Ceramah Motivasi Bersama Mommy Happy telah berlangsung de...
17/07/2026

🌟 Ceramah Motivasi Bersama Mommy Happy 🌟
Alhamdulillah, program Ceramah Motivasi Bersama Mommy Happy telah berlangsung dengan jayanya. Semoga segala perkongsian yang disampaikan menjadi sumber inspirasi dan pembakar semangat kepada semua murid untuk terus berusaha, berdisiplin serta yakin dalam mengejar impian.
Terima kasih kepada Mommy Happy atas perkongsian yang penuh bermakna dan kepada semua warga sekolah yang telah menjayakan program ini.
✨ "Impian bermula dengan keyakinan, kejayaan hadir dengan usaha yang berterusan."





🌟 Impian Kecil Hari Ini, Kejayaan Masa Hadapan 🌟Unit Bimbingan & Kaunseling mengajak seluruh warga sekolah untuk berani ...
17/07/2026

🌟 Impian Kecil Hari Ini, Kejayaan Masa Hadapan 🌟

Unit Bimbingan & Kaunseling mengajak seluruh warga sekolah untuk berani bermimpi, berusaha dan tidak mudah berputus asa.
Setiap langkah kecil yang diambil hari ini adalah permulaan kepada kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

πŸ’™ Teruskan bermimpi. πŸ“š Teruskan berusaha. πŸ† Kejayaan pasti menanti mereka yang tidak pernah menyerah.
"Impian kecil hari ini, kejayaan besar masa hadapan." ✨




🌟 MAJLIS PELANCARAN MINGGU KAUNSELING SEKOLAH 🌟Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Minggu Kaunseling Sekolah telah berlangs...
13/07/2026

🌟 MAJLIS PELANCARAN MINGGU KAUNSELING SEKOLAH 🌟
Alhamdulillah, Majlis Pelancaran Minggu Kaunseling Sekolah telah berlangsung dengan jayanya.
Semoga program yang dijalankan sepanjang minggu ini dapat memberi kesedaran kepada semua murid tentang pentingnya menjaga kesihatan mental, membina sahsiah terpuji, meningkatkan keyakinan diri serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
✨ "Kaunseling Pemangkin Kesejahteraan, Sahsiah Gemilang Masa Hadapan."
Terima kasih kepada semua guru, murid dan warga sekolah yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini. Semoga segala aktiviti yang dirancang memberi manfaat dan menjadi pengalaman bermakna buat semua.
πŸ“Έ Berikut merupakan sekitar Majlis Pelancaran Minggu Kaunseling Sekolah.




πŸš«πŸ’š PROGRAM CERAMAH ANTIDADAH πŸ’šπŸš«βœ¨ Alhamdulillah, Program Ceramah Antidadah telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Re...
08/07/2026

πŸš«πŸ’š PROGRAM CERAMAH ANTIDADAH πŸ’šπŸš«
✨ Alhamdulillah, Program Ceramah Antidadah telah berlangsung dengan jayanya di Sekolah Rendah Al-Hidayah Seri Iskandar. πŸŽ‰πŸ‘
πŸ“š Program ini bertujuan memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah, di samping memupuk amalan gaya hidup sihat, sahsiah terpuji dan jati diri yang cemerlang. πŸ’ͺ🌟
🧠 Semoga segala ilmu, nasihat dan peringatan yang disampaikan menjadi panduan kepada semua murid untuk sentiasa menjauhi dadah πŸš«πŸ’Š serta membesar sebagai generasi yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia. πŸ€²πŸ’š πŸ’š

🌹 Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada penceramah, barisan guru, warga sekolah serta semua murid yang telah memberikan kerjasama dan menjayakan program ini. πŸ™πŸ‘
πŸ“Έ Bersama kita membina generasi SIFAR DADAH demi masa depan yang lebih gemilang! βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ


🏫 🚫

πŸ’š

🏐✨ Tahniah Team Bola Jaring Sekolah! ✨🏐Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh Team Bola Jaring atas semangat j...
07/07/2026

🏐✨ Tahniah Team Bola Jaring Sekolah! ✨🏐
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh Team Bola Jaring atas semangat juang, kerjasama dan komitmen yang telah dipamerkan sepanjang kejohanan.
Kalian telah memberikan yang terbaik demi mengharumkan nama sekolah. Setiap usaha, pengorbanan dan kesungguhan yang ditunjukkan merupakan satu kebanggaan buat seluruh warga sekolah.
Semoga pengalaman ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Syabas dan tahniah! Teruskan berusaha, teruskan cemerlang! πŸ’™πŸ’›πŸŒŸπŸ‘πŸŽ‰

🎯 TAHNIAH PASUKAN MEMANAH SEKOLAH 🎯Syabas diucapkan kepada pasukan memanah sekolah atas kejayaan dan komitmen yang ditun...
04/07/2026

🎯 TAHNIAH PASUKAN MEMANAH SEKOLAH 🎯
Syabas diucapkan kepada pasukan memanah sekolah atas kejayaan dan komitmen yang ditunjukkan. Terima kasih kepada guru pembimbing serta semua yang terlibat dalam memastikan kejayaan ini tercapai.

Terus maju jaya dan semoga lebih banyak kejayaan bakal diraih selepas ini!

πŸŽ‰πŸ” HARI KANTIN TERTUTUP AL-HIDAYAH 🍟🎈Meriah, ceria dan penuh dengan pelbagai juadah menarik! 🌟Terima kasih kepada semua ...
04/07/2026

πŸŽ‰πŸ” HARI KANTIN TERTUTUP AL-HIDAYAH 🍟🎈
Meriah, ceria dan penuh dengan pelbagai juadah menarik! 🌟
Terima kasih kepada semua warga sekolah yang bersama-sama menjayakan Hari Kantin Tertutup tahun ini. πŸ’›
Pelbagai gerai makanan, aktiviti menarik dan suasana penuh kegembiraan berjaya mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga sekolah dan komuniti. 😊
Semoga program seperti ini terus memberi kenangan indah serta semangat kerjasama buat semua. Jumpa lagi pada program akan datang! 🎊



πŸŽ‰ Tahniah diucapkan kepada adik Zahrah Humairah atas kejayaan meraih πŸ₯‰ Tempat Ketiga dalam pertandingan melukis poster p...
30/06/2026

πŸŽ‰ Tahniah diucapkan kepada adik Zahrah Humairah atas kejayaan meraih πŸ₯‰ Tempat Ketiga dalam pertandingan melukis poster peringkat kebangsaan sempena Hari Bahasa Ibunda πŸ“šπŸŽ¨
Kejayaan ini amat membanggakan warga sekolah 🌟
Semoga terus cemerlang dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain πŸ’πŸ‘



🎨✨

🌸✨ Tahniah diucapkan kepada adik Nurul Amirah Najihah dan adiknya, Adik Arifah Aqilah atas penyertaan dalam pertandingan...
30/06/2026

🌸✨ Tahniah diucapkan kepada adik Nurul Amirah Najihah dan adiknya, Adik Arifah Aqilah atas penyertaan dalam pertandingan menulis esei peringkat kebangsaan sempena sambutan Hari Bahasa Ibunda. πŸ“πŸ“š
Semoga pengalaman dan usaha yang ditunjukkan menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berani mencuba serta mengembangkan bakat dalam bidang penulisan. 🌟
Syabas dan terus maju jaya! πŸ’πŸ‘

Address

No 68-73, Persiaran Seri Iskandar Prima 3, Seri Iskandar Prima, Seri Iskandar, Perak (Landmark: ECONSAVE Seri Iskandar)
Perak
32610

Opening Hours

Monday 08:00 - 14:00
Tuesday 08:00 - 14:00
Wednesday 08:00 - 14:00
Thursday 08:00 - 14:00
Friday 08:00 - 12:15

Telephone

+60196043921

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Rendah Al-Hidayah Seri Iskandar Perak Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Rendah Al-Hidayah Seri Iskandar Perak Official:

Shortcuts

Share

Category