SRITI Al-Istiqamah, Meru Raya

SRITI Al-Istiqamah, Meru Raya Sebanyak 159 buah seluruh Malaysia dan 21 buah di Perak ketika ini.
(1)

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Istiqamah, Meru Raya, Ipoh, Perak (Kawasan Parlimen Tambun) merupakan salah sebuah rangkaian SRITI yang memulakan operasi tahun 2019.

Tak semudah yang disangka!Satu petunjuk dibaca, satu jawapan dicari… dan setiap kotak perlu diisi dengan tepat! 😆✏️Sempe...
23/08/2026

Tak semudah yang disangka!

Satu petunjuk dibaca, satu jawapan dicari… dan setiap kotak perlu diisi dengan tepat! 😆✏️

Sempena Maulidur Rasul saw, murid Tahun 3 dan 4 menyahut cabaran Pertandingan Teka Silang Kata dengan penuh fokus dan semangat.

Ada yang terus dapat jawapan, ada yang ulang baca petunjuk berkali-kali. 😂
Yang penting, jangan cepat mengalah! 💪🏻✨



Soalan diberi, jawapan dicari! 😆📚Sempena Maulidur Rasul saw murid Tahun 1 dan 2 menyertai pertandingan kuiz dengan penuh...
23/08/2026

Soalan diberi, jawapan dicari! 😆📚

Sempena Maulidur Rasul saw murid Tahun 1 dan 2 menyertai pertandingan kuiz dengan penuh semangat. Masing-masing cuba jawab sebaik mungkin ada yang terus angkat tangan, ada yang ambil masa sikit nak pastikan jawapan. 🤭

Yang penting, berani mencuba! ❤️



🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka!🇲🇾Semarak semangat Merdeka di SRITI Al-Istiqamah! ❤️🤍💙Alhamdulillah, Program Sambutan Bulan...
23/08/2026

🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka!🇲🇾

Semarak semangat Merdeka di SRITI Al-Istiqamah! ❤️🤍💙

Alhamdulillah, Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2026 telah dilancarkan dengan penuh meriah. Jalur Gemilang dikibar, semangat patriotisme disemarakkan, dan anak-anak SRITI turut sama menghayati erti kemerdekaan. 🇲🇾✨

Ayuh semarakkan Merdeka bersama! 🔥



22/08/2026

🇲🇾 Belajar Sejarah, Tapi Santai! 😆

Bila cikgu mula tanya soalan sejarah, semua tiba-tiba jadi pakar! 😂📚

Daripada negeri-negeri dalam Malaysia sampailah kepada tokoh perjuangan seperti Dato’ Bahaman, murid bukan sekadar belajar dalam buku, tetapi berani menjawab, berkongsi ilmu dan belajar bersama-sama.

Belajar sejarah tak semestinya serius — yang penting ilmu sampai, semangat pun sampai! 🇲🇾✨



21/08/2026

😂 POV: Bila Guru Tasmik Ngantuk…

Belum sempat murid habis baca, “pasukan penyelamat” dah sampai urut bahu ustaz. 🤭

Beginilah warna-warni di SRITI. Di sebalik sesi tasmik yang penuh fokus, terselit juga momen-momen comel yang menceriakan hari.

Semoga anak-anak ini terus membesar dengan adab yang indah, hati yang lembut dan cinta kepada al-Quran. 🤍



🌿 Program Minda Sihat🧠💚Emosi yang difahami dengan baik akan melahirkan jiwa yang lebih tenang, yakin dan positif.Melalui...
21/08/2026

🌿 Program Minda Sihat🧠💚

Emosi yang difahami dengan baik akan melahirkan jiwa yang lebih tenang, yakin dan positif.

Melalui Program Minda Sihat: “Kenali Emosi, Sayangi Diri”, semoga murid dapat mengenali emosi, mengurus perasaan dengan bijak serta membina keyakinan diri dalam kehidupan seharian.

Bersama-sama kita melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah sihat dari segi emosi dan sahsiah.



🇲🇾 Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2026 🇲🇾Kemerdekaan bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi menghayati ert...
21/08/2026

🇲🇾 Program Sambutan Bulan Kemerdekaan 2026 🇲🇾

Kemerdekaan bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi menghayati erti perpaduan, pengorbanan dan rasa cinta kepada tanah air.

Sepanjang sambutan ini, pelbagai aktiviti menarik disediakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme serta memupuk jati diri dalam kalangan murid.

Ayuh bersama-sama kita hayati semangat kemerdekaan dan kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga! ❤️🤍💙

Generasi Merdeka, Malaysia Sejahtera 🇲🇾



Rezeki buat anakanda kami! Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah di atas kejayaan Sdri Hajar Ilyani Muhammad (Tahun 6) me...
20/08/2026

Rezeki buat anakanda kami!

Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah di atas kejayaan Sdri Hajar Ilyani Muhammad (Tahun 6) mendapat tempat ketiga dalam pusingan akhir Pertandingan Bercerita Kisah Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul Sekolah Rendah Agama Rakyat Peringkat Negeri Perak Tahun 1448H/2026M.

Tahniah serta terima kasih kepada semua pihak termasuklah guru-guru pembimbing dan pengurusan SRITI Al-Istiqamah, Meru Raya yang terlibat secara langsung atau tidak langsung khususnya persiapan sebelumnya.

InsyaAllah, di masa hadapan, kita mampu menggapai kecemerlangan yang lebih baik,, Amin 🤲.



Tiada yang mustahil untuk gapai kejayaan!Syabas dan tahniah kepada semua pemain bersama guru pembimbing pasukan bola jar...
20/08/2026

Tiada yang mustahil untuk gapai kejayaan!

Syabas dan tahniah kepada semua pemain bersama guru pembimbing pasukan bola jaring SRITI Al-Istiqamah, Meru Raya yang telah mempamerkan aksi bertenaga dan memberi saingan sengit dalam KESUGA SRITI Negeri Perak Tahun 2026,

1. Nur Aufa Sofiya binti Zahaimi
2. Nurin Annisa binti Mohmad Asri
3. Nurdina Naqiyah binti Mohd Nadzir Shafiq
4. Ilhan Dayani binti Ezzadin
5. Annur Zandra Rizqin binti Mohd Razif
6. Hajar Ilyani binti Muhammad
7. Nur Aqilah Zahraa' binti Mahadi
8. Nur Aisya Medina binti Muhammad Khairul Rohimin
9. Nurul Aulia binti Mohd Safuan
10. Nur Naila Farafishah binti Mohd Shahrezza
11. Sarra Humaira binti Mohd Anas Shafiq
12. Syifa Salsabila binti Mohamad Saiful

InsyaAllah, terus berusaha dengan lebih baik di masa hadapan!



Address

Meru Raya, Ipoh
Perak
30020

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Al-Istiqamah, Meru Raya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI Al-Istiqamah, Meru Raya:

Shortcuts

Share