Sekolah Kebangsaan Salinatan, Pensiangan

Sekolah Kebangsaan Salinatan, Pensiangan SK. Salinatan ialah sebuah sekolah pedalaman (P3) yang terletak di Kg. Salinatan, Pensiangan Sabah.

06/06/2026
Pemain-pemain yang dipilih mewakili pasukan Sabah kategori Perempuan 12TKB.
17/05/2026

Pemain-pemain yang dipilih mewakili pasukan Sabah kategori Perempuan 12TKB.

Suasana semasa kejohanan.
17/05/2026

Suasana semasa kejohanan.

SYABAS DAN TAHNIAH πŸ† DARI GELANGGANG RUMPUT KE PENTAS KEBANGSAANPada 9 - 12 Mei 2026 yang lalu, 2 orang murid SK Salinat...
17/05/2026

SYABAS DAN TAHNIAH πŸ† DARI GELANGGANG RUMPUT KE PENTAS KEBANGSAAN

Pada 9 - 12 Mei 2026 yang lalu, 2 orang murid SK Salinatan telah mewakili pasukan Bola Tampar PPD Pensiangan untuk kategori Perempuan 12TKB yang telah berlangsung di Daerah Kudat. Wakil SK Salinatan ke MSS Sabah:

1. Manjalina James - Tahun 6
2. Sherlin Jaudis - Tahun 6

Syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Manjalina dan Sherlin kerana telah mengharumkan nama Pasukan Pensiangan yang telah mendapat Naib Johan πŸ₯ˆπŸ₯ˆ pada kejohanan kali ini.

Lebih menggembirakan apabila seorang wakil SK Salinatan iaitu adik Manjalina James telah terpilih untuk mewakili pasukan Sabah ke pentas MSSM (peringkat kebangsaan) yang akan berlangsung di Putrajaya.

Ucapan syabas dan tahniah juga diucapkan kepada cikgu Awangku Ahmad (Ketua Jurulatih Pasukan) dan Cikgu Basir (Guru Pengiring) atas kejayaan ini.

Tidak dilupa, ucapan terima kasih dari warga SK Salinatan kepada semua pihak yang telah membantu murid-murid ini secara langsung mahupun tidak langsung sehingga ada murid pertama kita yang terpilih ke peringkat kebangsaan. Terima kasih pemudi-pemudi dan ibu-ibu Kg Salinatan kerana telah membantu murid-murid ini berlatih dan perlawanan persahabatan sebelum mereka bertanding di peringkat Daerah sebelum ini.

Terima kasih juga kepada semua warga SK Salinatan yang tidak henti-henti mendoakan kejayaan murid-murid SK Salinatan pada kejohanan ini. Tanpa doa dan bantuan dari kalian, kejayaan ini tidak akan dapat tercapai.

DARI GELANGGANG RUMPUT KE PENTAS KEBANGSAAN.
TERIMA KASIH SEMUA..
πŸ†

05/05/2026

TAHNIAH SEMUA!!!

Alhamdulillah, program EYECARE4U Pensiangan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama padu semua pihak.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pasukan, rakan kolaborasi serta komuniti setempat yang sama-sama menjayakan misi ini. Dari staf kami sendiri, ke guru-guru Sekolah Kebangsaan Salinatan, Pensiangan, Tuan Razee Taihing Pejabat Penerangan Daerah Nabawan, Tuan-Tuan JPKK & Ketua Kampung sekitar Kampung Salintan dan yang paling utama adalah penduduk Kampung Salinatan semuanya mantap!

Dari perjalanan jauh hingga ke usaha di lapangan semuanya demi memastikan akses penjagaan kesihatan mata sampai kepada mereka yang memerlukan.

Semoga setiap usaha ini memberi manfaat dan sinar baharu kepada masyarakat.

Projek Pensiangan ini masih belum tamat, kita akan bawa pesakit-pesakit yang telah disaring ke Keningau untuk mendapatkan rawatan dan pembedahan yang ditaja oleh YB Arthur Joseph Kurup, Lions Clubs International dan Rotary International. Kita buat sampai terang mata penduduk Kampung Salintan.

02/05/2026

Secebis kenangan, sejuta makna β€” dari persiapan hingga ke penutup, semuanya terukir indah πŸ’™



Program EyeCare4U Saringan Kesihatan Mata2 Mei 2026Part 7 (Tamat)Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Pertandingan Me...
02/05/2026

Program EyeCare4U Saringan Kesihatan Mata
2 Mei 2026
Part 7 (Tamat)

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Pertandingan Mewarna 🎨✨ serta para pemenang cabutan tiket bertuah 🎁

Senyuman kegembiraan jelas terpancar dalam sesi penyampaian hadiah sebagai penghargaan atas usaha, kreativiti dan semangat penyertaan yang ditunjukkan. Hasil karya yang berwarna-warni mencerminkan imaginasi hebat para peserta cilik, manakala cabutan bertuah terakhir p**a menambahkan lagi keterujaan dan kemeriahan suasana πŸ’™

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah dan cabutan bertuah terakhir ini, maka secara rasminya melabuhkan tirai Program EYECARE4U. Terima kasih kepada semua yang terlibat dan terus memberikan sokongan sehingga ke penghujung program.

Semoga kenangan indah dan ilmu yang diperoleh kekal bermakna buat semua 🌟

Program EyeCare4U Saringan Kesihatan Mata2 Mei 2026Part 6Momen spontan, senyuman ikhlas dan gelak tawa yang tidak diranc...
02/05/2026

Program EyeCare4U Saringan Kesihatan Mata
2 Mei 2026
Part 6

Momen spontan, senyuman ikhlas dan gelak tawa yang tidak dirancang πŸ“Έβœ¨

Setiap gambar kandid merakam suasana sebenar sepanjang Program EYECARE4U β€” penuh keceriaan, kemesraan dan kebersamaan antara semua yang terlibat. Dari sudut yang sederhana, terserlah kenangan yang paling bermakna πŸ’™

Inilah bukti bahawa bukan sekadar program, tetapi satu pengalaman yang menyatukan hati dan mencipta memori indah untuk dikenang 🌟

Address

Peti Surat 62, Nabawan Pensiangan
Pensiangan
89957

Opening Hours

Monday 07:30 - 13:30
Tuesday 07:00 - 13:30
Wednesday 07:30 - 13:30
Thursday 07:30 - 13:30
Friday 07:30 - 12:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Salinatan, Pensiangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Salinatan, Pensiangan:

Shortcuts

Share

Category