FARIS - SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra

Website Contact the school

FARIS - SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra # Innovative High Performance School

🏆✨ PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026✨🏆Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta atas:🥇 PENCAPAIAN ME...
20/09/2026

🏆✨ PERTANDINGAN INOVASI PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026✨🏆

Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta atas:
🥇 PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN!
🏅 2 Pingat Emas
🏅 2 Pingat Gangsa

dalam Pertandingan Inovasi Peringkat Negeri Kelantan yang telah berlangsung pada:
📅 17 September 2026 (Khamis)
📍 SMK Sultan Ismail, Kota Bharu, Kelantan

Program ini dianjurkan oleh Persatuan Kemajuan STEM & Inovasi Kelantan dengan kerjasama SMK Sultan Ismail dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Peserta PESKO SISMAS:

1. Muhammad Syamil Bin Mohad Zain – 4A
2. Rifa’ie Aiyadh Bin Rushdan – 4A
3. Muhammad Faris Bin Mat Razi – 4A
4. Arash Hadif Bin Shamsul Bahari – 4B
5. Nik Zaim Mikhail Bin Nik Khairul Azam – 4B
6. Alif Ibrahim Bin Mohd Hafiz – 4B
7. Qhaseeh Dalilie Binti Qutubuddin Buzurgoon – 4A
8. Hadirah Rafhanah Binti Muhammad Hilmi – 4A
9. Nur Arissa Damia Bintu Ahmad Huzairee – 4A
10. Nur Faezah Binti Muhd Farid – 4A
11. Nur Ainin Mahirah Binti Mohd Azril Azran – 4A
12. Nur Asma Mardhiah Binti Ibrahim – 4A

Penyertaan ini selaras dengan usaha sekolah dalam memupuk budaya inovasi, kreativiti dan pemikiran penyelesaian masalah dalam kalangan murid. Program sebegini turut menyediakan ruang kepada murid untuk mengaplikasikan ilmu STEM melalui projek dan aktiviti amali yang bermakna.

Di samping itu, pertandingan ini berjaya memperkukuh kemahiran kreativiti, pemikiran kritis, komunikasi dan kerja berpasukan sebagai persediaan murid menghadapi cabaran dunia masa hadapan. 🚀💡

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada para peserta, guru pembimbing iaitu Pn. Nor Sharlida
dan Pn. Nabielah,
serta pihak yang terlibat atas komitmen dan usaha yang telah diberikan.

**Teruskan mencipta, berinovasi dan menginspirasi!** 🌟




🏆PENCAPAIAN PERTANDINGAN AI-IoT ROBOTIC CHALLENGE (AIROC) PERINGKAT KEBANGSAAN 2026🤖🇲🇾Tarikh: 12 September 2026Tempat: M...
18/09/2026

🏆PENCAPAIAN PERTANDINGAN AI-IoT ROBOTIC CHALLENGE (AIROC) PERINGKAT KEBANGSAAN 2026🤖🇲🇾

Tarikh: 12 September 2026
Tempat: Multimedia University (MMU), Cyberjaya
Anjuran: Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Matlamat Wawasan
Kategori: Master dan Innovator

Sekolah telah melakar pencapaian yang amat membanggakan dalam Pertandingan AI-IoT Robotic Challenge (AIROC) Peringkat Kebangsaan 2026 yang berlangsung pada 12 September 2026 di Multimedia University (MMU), Cyberjaya.

Pertandingan yang menghimpunkan bakat-bakat terbaik dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI), Internet of Things (IoT) dan robotik ini menyaksikan pasukan sekolah berjaya mengungguli beberapa kedudukan utama dalam kategori yang dipertandingkan.

🏆🥇Kategori Master
Johan Kebangsaan
🌟 Muhammad Faathir Iman bin Ahmad
🌟Ariq Rayyan bin Mohd Sauri
🌟Mohammad Amirul Iman bin Mohd Bakhtiar Amini
Hadiah: RM2,000 dan mewakili Malaysia ke Hanoi, Vietnam dengan tajaan penuh + sijil dan plak.✈️🏆

🏆🥇Naib Johan Kebangsaan
🌟Daniyal Arif bin Mohd Muzzammil
🌟Muhammad Fahyim bin Razlan
🌟Muhammad Darwisy Putra bin Ikmal Hisham
Hadiah: RM1,000, sijil dan plak.

🏆🥇Tempat Ketiga
🌟Aariz Miqaeel bin Afizal
🌟Muhammad Akif Amjad bin Azizan
🌟Muhammad Akid Rayyan bin Khairul Azhar
Hadiah: RM500, sijil dan plak.

🏆🥇Tempat Keempat
🌟Muhammad Al Irfan Haqim bin Mohd Al Afis
🌟Muhammad Umar Zikry bin Mohd Uzaini
🌟Muhammad Luqman Muqri bin Norhesham
Hadiah: Sijil dan medal.

🏆🥇Kategori Innovator
Tempat Ketiga
🌟Wan Zarif Iman bin Wan Azman
🌟Arraf Aisy bin Mohd Syafiq
🌟Ahmad Thoriq Nadim bin Mohd Suki
Hadiah: RM500, sijil dan plak.
2 pasukan dapat saguhati
(Medal + plak)






PROGRAM KHIDMAT BANTU SGE FARIS-SBP ZON TIMUR 2026“Ilmu Dikongsi, Kecemerlangan Diraih Bersama”SM Sains Tengku Muhammad ...
17/09/2026

PROGRAM KHIDMAT BANTU SGE FARIS-SBP ZON TIMUR 2026

“Ilmu Dikongsi, Kecemerlangan Diraih Bersama”

SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra dengan sukacitanya menganjurkan Program Khidmat Bantu SGE Faris-SBP Zon Timur 2026 yang berlangsung pada:

📅 17 – 19 September 2026 (Khamis – Sabtu)
📍 Dewan Sultan Muhammad V – Prodiges
Dewan Sultan Mahadzir Hashim – Strivers

Program ini melibatkan seramai 220 orang peserta, terdiri daripada:
🎓 110 orang calon SPM (Prodigies)
🎓 110 orang calon SPM (Strivers)

Program ini menjadi wadah perkongsian ilmu, sahsiah, kepimpinan dan persediaan menghadapi masa depan, di samping memperkukuh jaringan kerjasama antara sekolah-sekolah berasrama penuh dalam usaha melahirkan generasi yang berilmu, berdaya saing dan berwawasan.

🌟 Satu Matanmat, Banyak Harapan, Kecemerlangan Bersama.

Semoga program ini memberikan manfaat yang bermakna kepada semua peserta serta menjadi pemangkin kepada pencapaian dan kecemerlangan akademik.

Ilmu Dikongsi, Kecemerlangan Diraih Bersama!
Proaktif dan Inovatif 💙💛






🇲🇾 DOA UNTUK MALAYSIA 🇲🇾Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,Pada Hari Malaysia ini, kami menadah tang...
16/09/2026

🇲🇾 DOA UNTUK MALAYSIA 🇲🇾

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Pada Hari Malaysia ini, kami menadah tangan penuh kesyukuran atas nikmat keamanan, kemerdekaan dan tanah air yang Engkau kurniakan.

Ya Allah, peliharalah Malaysia tercinta. Lindungilah bumi ini daripada fitnah, perpecahan, bencana, penjajahan dan kezaliman. Satukanlah hati rakyatnya dalam kasih sayang, hormat-menghormati dan semangat persaudaraan walaupun kami berbeza bangsa, agama dan budaya.

Kurniakanlah kepada para pemimpin kami kebijaksanaan, kejujuran, amanah dan rasa takut kepada-Mu agar setiap amanah dilaksanakan dengan adil demi kesejahteraan rakyat.

Berkatilah anak-anak kami dengan ilmu yang bermanfaat, akhlak yang mulia dan masa depan yang baik. Murahkanlah rezeki rakyat Malaysia, peliharalah keluarga-keluarga kami dan jadikanlah negara ini tempat yang aman untuk kami membina kehidupan.

Ya Allah, jadikanlah Malaysia sebuah negara yang makmur, bersatu, adil dan penuh keberkatan; negara yang rakyatnya saling menjaga, menghormati dan mensyukuri nikmat-Mu.

Satukanlah Malaysia dalam kebaikan, peliharalah Malaysia dengan rahmat-Mu dan pimpinlah kami agar sentiasa berada di jalan-Mu.

اللهم احفظ ماليزيا وأهلها، واجعلها بلداً آمناً مطمئناً، وسائر بلاد المسلمين.

Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Selamat Hari Malaysia. Semoga tanah air tercinta sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah. 🇲🇾

Ikhlas dari : Seluruh Warga FARIS PETRA❤️

11/09/2026
10/09/2026

MAJLIS PERPISAHAN USTAZAH NORAZIAH

27 Ogos 2026-  Majlis Apresiasi Mutu Pembelajaran JPN Kelantan 2026 telah diadakan di Dewan Sri Tunjong, JPN Kelantan.SM...
08/09/2026

27 Ogos 2026- Majlis Apresiasi Mutu Pembelajaran JPN Kelantan 2026 telah diadakan di Dewan Sri Tunjong, JPN Kelantan.

SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra telah berjaya mendapat Anugerah Pencapaian Akademik Terbaik Negeri dalam 5 kategori:

1) Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Terbaik mata pelajaran Bahasa Melayu Peperiksaan SPM 2025 bagi kategori sekolah kawalan
2) Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Terbaik mata pelajaran Bahasa Inggeris Peperiksaan SPM 2025 bagi kategori sekolah kawalan
3) Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Terbaik mata pelajaran Fizik Peperiksaan SPM 2025 bagi kategori sekolah kawalan
4) Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Terbaik mata pelajaran Kimia Peperiksaan SPM 2025 bagi kategori sekolah kawalan
5) Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Terbaik mata pelajaran Matematik Tambahan Peperiksaan SPM 2025 bagi kategori sekolah kawalan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua guru-guru dari panitia-panitia tersebut, para pentadbir serta semua guru dan warga Faris Petra. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus bermotivasi tinggi dalam memberikan yang terbaik.

Didoakan semoga dikurniakan rezeki kejayaan yang lebih cemerlang dimasa akan datang dengan usaha yang lebih gigih dan kerjasama jitu dari semua pihak.

“Great achievements begin with great effort.”



3rd INTERNATIONAL SESMA CULTURAL FUSION FIESTA 2026 (iSCUFF)17 – 20 Ogos 2026 | SM Sains Sultan MahmudTahniah dan syabas...
06/09/2026

3rd INTERNATIONAL SESMA CULTURAL FUSION FIESTA 2026 (iSCUFF)

17 – 20 Ogos 2026 | SM Sains Sultan Mahmud

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 12 orang murid Tingkatan 3 SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra (FARIS PETRA) yang telah menyertai International SESMA Cultural Fusion Fiesta 2026, anjuran SM Sains Sultan Mahmud, dari 17 hingga 20 Ogos 2026.

Murid-murid terlibat adalah :
1)LAIQA AZ ZAHRA BINTI YUS HILAL AZMI-3Lambda
2)WAN NURAIN DAMIA BINTI WAN SAIDI-3Lambda
3)NUR AISYAH SYAKIRAH BINTI SAIFULNIZAN3-Lambda
4)MUHAMMAD AMIRI BIN MUHAMMAD ADIB-3Alpha
5)ALIY LUTFI BIN AZWARI-3Lambda
6)MUHAMMAD NOR ADIB BIN MOHD ZULKIFLI-3Lambda
7)Yasmin Awatiff bt Mohd Shazmi-3Beta
8)Mohamd Shakil Danish bin Shaiful-3Beta
9)WAN NUR NAZNEEN HUSNA BINTI WAN NAZMAN-3Gamma
10)MOHAMAD AKIF MUQSIT BIN MOHD ZAIDI-3Gamma
11)WAN ZARIFF ZUFAYRI BIN WAN MOHD KHAIRIRI-3Gamma
12)Raissa Zara Binti Mohammad Rusdi-3Beta

Program ini mengetengahkan keunikan warisan rumah tradisional Melayu melalui kreativiti, inovasi dan teknologi digital menerusi tiga kategori utama:

🏠 Augmented Reality (AR)
🎨 Digital Infographic Poster
🏡 Traditional House Replica & Mini Documentary

Penglibatan dalam program ini bukan sahaja memberi ruang kepada murid untuk menampilkan kreativiti dan bakat digital, malah turut memupuk penghargaan terhadap warisan, budaya dan identiti masyarakat Malaysia dalam bentuk yang lebih inovatif dan menarik.

🏆 Pencapaian FARIS PETRA :
🥇 1 Platinum
🏅 1 Gold
🥈 3 Silver
🥉 1 Bronze

Tahniah kepada semua murid yang terlibat atas komitmen, kreativiti dan usaha yang telah membuahkan hasil membanggakan!

Sekalung penghargaan turut diberikan kepada Cikgu Siti Fauziah binti Noor atas bimbingan dan dedikasi dalam membimbing para peserta sepanjang program ini.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada murid-murid FARIS PETRA untuk terus berani berkarya, menghargai warisan dan mencipta inovasi untuk masa hadapan.

Congratulations, dear students! You have truly made FARIS PETRA proud!







PERTANDINGAN DEBAT GENERASI MADANI SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026  SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra...
05/09/2026

PERTANDINGAN DEBAT GENERASI MADANI SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026

SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra proudly participated in the Pertandingan Debat Generasi Madani Sekolah Menengah Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026, organised by Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.The competition was held from 16 to 24 June 2026 at Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Representing our school were five young junior debaters from Forms 1 to 3:
🎙️ Wan Rayyan Muhammad bin Wan Mohamed Rizal – 3 Alpha
🎙️ Myaa Ariana binti Hazriq Hazel – 2 Beta
🎙️ Dhia Marsya Iman binti Mohd Firdaus Naif – 2 Delta
🎙️ Ahmad Thoriq Nadim bin Mohd Suki – 1 Delta
🎙️ Wan Muhammad Areeq bin Wan Mohd Nakif – 1 Beta

Under the guidance of Puan Solihah bt Mohd Sazali and Puan Nor Fadhilah bt Ab Ghani, our young debaters demonstrated commendable commitment, confidence and determination throughout the competition, ultimately advancing to the Quarter-Final stage.

The competition provided a valuable platform for our students to develop their public speaking, critical thinking, argumentation, communication and teamwork skills, while nurturing the qualities of confident and articulate young Malaysians.Despite the challenge of limited debate preparation time due to the overlap with the Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT), our debaters remained resilient and gave their very best throughout the competition.👏

Congratulations to all five debaters and their dedicated teachers!Your participation and achievement at the state level are certainly something to be proud of. May this experience serve as a stepping stone towards greater achievements in future debating competitions. Keep speaking, keep thinking, keep challenging yourselves and, most importantly, keep believing in your potential!

🌟Well done, young debaters! You have represented FARIS PETRA with pride!

“Speak with confidence. Think with purpose. Debate with integrity.”FARIS PETRA – Aim for Excellence, Strive for Extraordinary!









Address

Jalan Maktab
Pengkalan Chepa
16100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FARIS - SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to FARIS - SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra:

Shortcuts

Share

Category