PSTI

PSTI Is an Accredited Center under Department of Skills Development. Based in Pengerang, Johore

31/07/2026

‼️SEDANG BERLANGSUNG‼️
INERT ENTRY TRAINING - PSTI-NIOSH

BULETIN PSTI: 8 JULAI 2026 | RABU Sesi Pentauliahan Program Proses Kimpalan Arka Gas Tungsten (GTAW) MC-026-3:2012 (PATU...
23/07/2026

BULETIN PSTI: 8 JULAI 2026 | RABU

Sesi Pentauliahan Program Proses Kimpalan Arka Gas Tungsten (GTAW) MC-026-3:2012 (PATUH COPTPA)

Prestariang Skills Training Institute (PSTI) telah melaksanakan Sesi Pentauliahan Program MC-026-3:2012 bersama Pegawai Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai sebahagian daripada proses pematuhan data penilaian standard pentauliahan yang ditetapkan.

Pelaksanaan sesi ini merupakan manifestasi komitmen PSTI terhadap usaha memperkukuh kualiti penyampaian latihan kemahiran secara berterusan, sejajar dengan keperluan National Occupational Skills Standard (NOSS), kehendak industri semasa, serta pematuhan kepada piawaian kebangsaan di bawah sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara.

Pihak PSTI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) atas kerjasama, panduan serta profesionalisme yang diberikan sepanjang sesi pentauliahan berlangsung.

BULETIN PSTI: 12-13 JULAI 2026 | AHAD & ISNINProgram Latihan Basic Rigging and Slinging (BRS) Prestariang Skills Trainin...
23/07/2026

BULETIN PSTI: 12-13 JULAI 2026 | AHAD & ISNIN

Program Latihan Basic Rigging and Slinging (BRS)

Prestariang Skills Training Institute (PSTI) dengan kerjasama National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) telah menganjurkan Latihan Basic Rigging & Slinging yang telah melibatkan penyertaan dari pihak industri.

Keselamatan dalam operasi mengangkat beban bermula dengan ilmu dan kemahiran yang betul. Melalui latihan Basic Rigging & Slinging, peserta akan mempelajari asas pemilihan sling, teknik rigging yang selamat, penggunaan hand signal serta langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi semasa menjalankan operasi lifting.

Latihan ini membantu meningkatkan kompetensi pekerja, mengurangkan risiko kemalangan dan memastikan setiap tugasan dilaksanakan dengan lebih selamat, cekap serta mengikut amalan terbaik industri.

Pihak kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta yang telah menamatkan latihan dengan jayanya. Syabas !!!

BULETIN PSTI: 23 JUN - 03 JULAI 2026 | KHAMIS - JUMAAT SCAFFOLDING TRAINING Kursus ini telah dianjurkan oleh National In...
16/07/2026

BULETIN PSTI: 23 JUN - 03 JULAI 2026 | KHAMIS - JUMAAT

SCAFFOLDING TRAINING

Kursus ini telah dianjurkan oleh National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) yang telah bertempat di Prestariang Skills Training Institute (PSTI) Pengerang.

Scaffolding Training ini merupakan latihan yang direka untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi pekerja dalam pemasangan, penggunaan, pemeriksaan serta pembongkaran perancah (scaffold) mengikut prosedur kerja selamat dan piawaian industri.

Melalui latihan ini, peserta akan memahami kepentingan mengenal pasti bahaya, mengurangkan risiko kemalangan, menggunakan peralatan dengan betul serta memastikan setiap struktur perancah dipasang dengan selamat sebelum digunakan. Kemahiran yang diperoleh bukan sahaja meningkatkan tahap keselamatan di tempat kerja, malah membantu meningkatkan kecekapan dan keyakinan ketika menjalankan tugas di kawasan kerja pada ketinggian.

Tahniah dan syabas kepada kesemua peserta yang telah menyertai Scaffolding Training. Pihak PSTI merakamkan ucapn ribuan terima kasih kepada semua Peserta dan Pegawai yang telah menjayakan latihan ini.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H.Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan buat...
16/06/2026

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H.

Semoga tahun baharu Hijrah ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kejayaan buat kita semua.

Ikhlas daripada warga Prestariang Skills Training Institute (PSTI).

BULETIN PSTI: 04-05 JUN 2026 | Khamis & Jumaat Program Kursus Working at Height (WAH) Kursus ini yang dianjurkan oleh Na...
16/06/2026

BULETIN PSTI: 04-05 JUN 2026 | Khamis & Jumaat

Program Kursus Working at Height (WAH)

Kursus ini yang dianjurkan oleh National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) yang bertempat di Prestariang Skills Training Institute (PSTI) Pengerang.

Kursus Working at Height (WAH) merupakan latihan keselamatan yang memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pekerja yang menjalankan tugas di tempat tinggi seperti bumbung, perancah, platform kerja dan struktur pembinaan. Peserta akan didedahkan kepada aspek keselamatan, pengenalpastian bahaya, penilaian risiko, penggunaan peralatan perlindungan jatuh (fall protection), kaedah kerja selamat serta prosedur kecemasan dan penyelamatan.

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan, mengurangkan risiko kemalangan akibat jatuh, serta memastikan pematuhan terhadap keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Sesuai untuk pekerja pembinaan, penyelenggaraan, telekomunikasi, minyak dan gas serta semua individu yang terlibat dengan kerja di tempat tinggi.

Tahniah dan syabas kepada kesemua peserta yang telah menyertai Kursus Working at Height (WAH). Pihak PSTI merakamkan ribuan terima kasih kepada semua Peserta dan Pegawai yang telah menjayakan program ini.

BULETIN PSTI: 28-29 MEI 2026 | Khamis & Jumaat Program Latihan Basic Rigging & Slinging (BRS)Prestariang Skills Training...
15/06/2026

BULETIN PSTI: 28-29 MEI 2026 | Khamis & Jumaat

Program Latihan Basic Rigging & Slinging (BRS)

Prestariang Skills Training Institute (PSTI) dengan kerjasama National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH) telah menganjurkan Latihan Basic Rigging & Slinging (Siri Ke-2) yang telah melibatkan penyertaan dari pihak industri.

Program latihan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam operasi pengangkatan yang selamat melalui Program Latihan Basic Rigging & Slinging. Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai prinsip asas rigging dan slinging, penggunaan peralatan pengangkatan yang betul, pemeriksaan peralatan, teknik ikatan beban, pengiraan asas beban, serta amalan keselamatan yang perlu dipatuhi semasa operasi lifting.

Melalui gabungan pembelajaran teori dan latihan praktikal, peserta akan lebih memahami cara mengendalikan beban dengan selamat, mengenal pasti risiko di tempat kerja, dan mengurangkan potensi kemalangan semasa operasi pengangkatan. Ia juga sesuai untuk pekerja industri, pembinaan, logistik, operator kren, penyelia tapak dan individu yang terlibat dalam aktiviti pengangkatan. Sertai latihan ini untuk meningkatkan kompetensi dan budaya kerja selamat di tempat kerja.

Pihak kami mengucapkan Selamat maju jaya kepada semua peserta yang telah menamatkan latihan dengan jayanya. Syabas !!!

Kami Warga Kerja PSTI ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1447HSemoga Ibadah Korban mengajar kita e...
26/05/2026

Kami Warga Kerja PSTI ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1447H

Semoga Ibadah Korban mengajar kita erti Keikhlasan, Kesyukuran dan Pengorbanan yang sebenar.

In Shaa Allah…

Maaf Zahir & Batin

04 May 2026 (Khamis) - Prestariang Skills Training Institute (PSTI) telah menerima kunjungan pegawai daripada Jabatan Pe...
26/05/2026

04 May 2026 (Khamis) - Prestariang Skills Training Institute (PSTI) telah menerima kunjungan pegawai daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran bagi sesi penilaian Penarafan Bintang kepada Pusat Bertauliah.

Pihak Prestariang Skills Training Institute ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pegawai daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran atas kunjungan rasmi ke institusi ini bagi pelaksanaan sesi penilaian Penarafan Bintang untuk pusat bertauliah.

Penilaian ini merupakan salah satu inisiatif penting dalam memastikan standard pengurusan, penyampaian latihan, kemudahan pembelajaran serta kualiti pendidikan kemahiran sentiasa berada pada tahap yang cemerlang dan memenuhi keperluan industri semasa.

Sepanjang sesi lawatan berlangsung, pihak institut turut berpeluang berkongsi berkaitan pelaksanaan program latihan, pencapaian pelatih serta usaha berterusan institusi dalam melahirkan tenaga kerja mahir, kompeten dan berdaya saing selaras dengan aspirasi pembangunan TVET negara.

Semoga sesi penilaian ini dapat terus memperkukuhkan hubungan kerjasama antara pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Prestariang Skills Training Institute dalam usaha memperkasakan pendidikan dan latihan kemahiran di Malaysia.

BULETIN PSTI: 08 Mei 2026 | JumaatSeluruh Warga Kerja dan Para Pelatih PSTI telah terlibat dengan aktiviti amal membersi...
13/05/2026

BULETIN PSTI: 08 Mei 2026 | Jumaat

Seluruh Warga Kerja dan Para Pelatih PSTI telah terlibat dengan aktiviti amal membersihkan kawasan perkuburan dan perkarangan Masjid Kampung Lepau, Pengerang.

Program ini juga dapat digerakkan atas kerjasama pihak kariah masjid, terutamanya En Mazlan, selaku Ketua Kampung yang telah banyak membantu menyediakan peralatan tambahan sewaktu program ini dijalankan.

Pihak Pengurusan PSTI merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat, dan berharap agar hubungan yang terjalin antara kedua belah pihak dapat diteruskan bagi kebaikan bersama di masa akan datang.

Sekian.


Address

Lot 5819 (BM2569), Kampung Lepau Pengerang
Pengerang
81600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSTI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category