13/05/2022
Tidak habis lagi dengan cerita Covid-19, kita dikejutkan dengan penularan HMFD ataupun Penyakit Tangan, Kaki & Mulut p**a. Mommies & Daddies yang ada anak kecil bawah 7 tahun pastinya risau dan dalam keadaan berjaga-jaga.
'Harapnya anak ok laa kat taska tu. Jangan lah ada yang terjangkit'
'Anak kat sekolah ada bercampur tak dengan anak-anak yang terkena HMFD tanpa sedar?'
'Ahhh..risaunyaa..'
Nak buat kerja pun tak senang hati Mommies & Daddies ni. Ok la.. Apa kata dalam kita risau tak habis, kita ambil langkah berjaga-jaga dahulu untuk anak-anak kita:
1) Cuci tangan dengan sabun sebelum sediakan makanan, selepas keluar tandas, menukar lampin dan mencuci najis.
2) Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin. Buang tisu dalam tong bertutup.
3) Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
4) Tidak berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
5) Anak yang disyaki HFMD hendaklah dikuarantin dan tidak di hantar ke taska/tadika/asuhan/sekolah, atau ke tempat awam
Jika terdapat tanda-tanda HMFD,
1) Pastikan anak minum dengan cukup untuk mengelakkan dehidrasi
2) Jika anak tidak mahu makan atau minum, dan terlalu lemah, bawa anak berjumpa doktor segera
Mommies juga boleh menggunakan CF-Rub, Mandian Bath Lemon & Sapuan Resty Oil ke seluruh badan untuk membantu meredakan demam dan selsema, juga untuk mencairkan kahak (memudahkan pernafasan)
Yang penting Mommies & Daddies ada ikhtiar untuk anak tersayang ๐๐