18/06/2026
๐ณ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ | ๐๐ผ๐น๐ผ๐ธ๐ถ๐๐บ ๐ฆ๐ฒ๐ป๐ถ ๐ฆ๐ถ๐น๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ธ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Alhamdu lilLah, KoSSCeM'26 telah berjaya disempurnakan pada hari Ahad, 7 Jun 2026 bertempat di Auditorium, Kompleks Dewan Kuliah, Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, Universiti Sains Malaysia.
Majlis dimulakan dengan Ucaptama yang disampaikan oleh Ts. Dr. Rohani binti S Mohamed Farook, Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan Teknologi Elektronik, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang bertajuk "๐๐ถ๐ด๐ถ๐๐ฎ๐น๐ถ๐๐ฎ๐๐ถ ๐ช๐ฎ๐ฟ๐ถ๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด๐๐ฎ: ๐ ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐ถ๐น๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ธ ๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ ๐ ๐ฒ๐น๐ฎ๐น๐๐ถ ๐๐ป๐ผ๐๐ฎ๐๐ถ ๐๐๐ง." Majlis kemudiannya diteruskan dengan pembentangan sembilan kertas kerja dari pelbagai institut pengajian tinggi dan kelas latihan cawangan termasuk dari Pulau Pinang, Kedah, Kuala Lumpur dan Pahang.
Sesi pembentangan kertas kerja ini dikendalikan oleh Dr. Nor Azmira binti Salleh @ Ramlee serta Ts. Nursyaza Dinie binti Mohamad Marzuki, dan dinilai oleh barisan panel yang berkaliber terdiri daripada:
๐ฃ๐ฎ๐ป๐ฒ๐น ๐ญ: Dr. Abdul Hazim bin Abdullah (Universiti Teknologi Petronas)
๐ฃ๐ฎ๐ป๐ฒ๐น ๐ฎ: Ts. Dr. Ghazirah binti Mustapha @ Mustafa (UiTM Cawangan Pulau Pinang)
๐ฃ๐ฎ๐ป๐ฒ๐น ๐ฏ: Dr. Hazrina binti Yusof Hamdani (Universiti Sains Malaysia)
Kehadiran adalah seramai 123 orang dari pelbagai kelas latihan, antaranya Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah (UMPSA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), dan Kolej Vokasional Slim River.
KoSSCeM'26 juga menampilkan kategori baru iaitu pembentangan poster sebagai usaha untuk menggalakkan lagi penyertaan ahli PSSCM di dalam program ini. Tahun pertama perlaksanaan kategori baru ini menyaksikan sebanyak tiga kumpulan penyelidik dari UniMAP membentangkan poster mereka. Pembentangan poster telah dinilai oleh barisan panel yang hebat iaitu:
๐ฃ๐ฎ๐ป๐ฒ๐น ๐ญ: Ts. Dr. Abdullah Fairuzullah bin Ahmad Tajuddin (Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah)
๐ฃ๐ฎ๐ป๐ฒ๐น ๐ฎ: Dr. Ahmad Fikri bin Abdul Karim (Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin)
๐ฃ๐ฎ๐ป๐ฒ๐น ๐ฏ: Dr. Siti Nor Qurratu Aini binti Abd Aziz (Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin)
Sebagai penghargaan kepada usaha penyelidikan dan penyampaian yang cemerlang, para panel penilai telah memilih pemenang bagi empat kategori utama seperti berikut:
๐๐ป๐๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ฎ๐ถ๐ธ:
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Tajuk: Sistem Pengurusan Pendaftaran dan Bayaran Persatuan Silat Cekak Malaysia UniMAP (SPPB)
๐๐ป๐๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ฎ๐ถ๐ธ:
Muhammad Amir Haikal Bin Mohd Khoirrussifa Almuaddibu
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah
Tajuk: Huruf Lam Alif: Sudut Kecil dalam Seni Perlambangan
๐๐ป๐๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ผ๐๐๐ฒ๐ฟ ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ฎ๐ถ๐ธ:
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Tajuk: EMG Silat Kicking Analyzer
๐๐ป๐๐ด๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฃ๐ผ๐๐๐ฒ๐ฟ ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ฎ๐ถ๐ธ:
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Tajuk: Pembangunan Aplikasi Pengklasifikasian Tahap Tekanan Ahli PSSCM UniMAP Berdasarkan Isyarat EEG
Majlis diakhiri dengan Ucapan Perasmian Penutup oleh En. Mohd Hafiz Ali bin Mohd Anuar, Ketua Unit BHEPA, USMKKTSS. Beliau amat berbangga dengan kejayaan yang telah dicapai oleh KoSSCeM sejak mula dianjurkan pada tahun 2013. Beliau juga berharap agar KoSSCeM dapat berkembang dengan lebih luas melalui kolaborasi dengan organisasi ilmiah yang lain. Majlis berakhir pada pukul 5:30 petang.
Semoga KoSSCeM terus melangkah maju memperjuangkan hasrat YM Almarhum Ustaz Hanafi Ahmad untuk merealisasikan ๐ฆ๐ถ๐น๐ฎ๐ ๐๐ฒ๐ธ๐ฎ๐ธ ๐ฆ๐ถ๐น๐ฎ๐ ๐๐ธ๐ฎ๐ฑ๐ฒ๐บ๐ถ๐ธ.
"๐๐๐ก๐๐จ๐ฉ๐๐ง๐๐ ๐๐ฃ ๐ฝ๐ช๐๐๐ฎ๐ ๐๐ฃ๐ฉ๐๐ก๐๐ ๐ฉ๐ช๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ข ๐๐๐ฉ๐๐ข๐๐๐ช๐ฃ๐๐ฃ ๐๐๐ก๐๐ฎ๐ช ๐๐ช๐จ๐ก๐๐ข"