26/05/2026
❤️❤️TAHNIAH❤️❤️
Tahniah kepada murid yang terlibat.
Tahniah kepada guru yang bertungkus lumus melatih murid sehingga membuahkan hasil.
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SK Bayan Lepas 2, School, Kampung Seronok, Penang Island.
26/05/2026
❤️❤️TAHNIAH❤️❤️
Tahniah kepada murid yang terlibat.
Tahniah kepada guru yang bertungkus lumus melatih murid sehingga membuahkan hasil.
22/05/2026
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 🎊🎊🎊
“ GURU BITARA, NADI NEGARA”
&
MAJLIS LAMBAIAN KASIH KEPADA CIKGU MURNIRAH DAN CIKGU CHE ABDULLAH. SEMOGA KALIAN TERUS CEMERLANG DIMANA JUA BERADA.🌹🌹
21/05/2026
Tahniah di ucapkan kepada pasukan Karnival STEM Spark Peringkat Barat Daya untuk SK Bayan Lepas 2
Keputusan:
STEM Talent Show
Johan
Maths Magic Tahun 5
Johan
Solar Car (Time attack)
Keempat
Bridge Buidling
Keempat
Alhamdulillah...
07/05/2026
Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak SKBL2 atas kejayaan cemerlang JOHAN DAERAH seterusnya mara ke peringkat negeri!
Semoga terus bersemangat, berdisiplin dan mempamerkan aksi terbaik demi mengharumkan nama sekolah.
Teruskan berjuang dan semoga kejayaan milik SKBL2!
-UNIT KOKURIKULUM SKBL2-
25/04/2026
UPDATE 25.4.2026
Tahniah diucapkan kepada Haziq Haikal atas kejayaan cemerlang meraih tempat pertama dalam Explorida Merentas Desa Peringkat Negeri kategori lelaki terbuka. Pencapaian ini membuktikan semangat juang yang tinggi, disiplin serta ketahanan fizikal yang luar biasa.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada Cikgu Kesavartheni selaku guru pengiring yang telah memberi bimbingan, sokongan dan dorongan padu sepanjang kejohanan ini.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan lain dan terus mencipta lebih banyak kejayaan gemilang pada masa hadapan! 🏆
-Unit Kokurikulum SKBL2-
24/04/2026
Tarikh: 23 April 2026 (Khamis)
Pelancaran Program Galakan Membaca dan Membaca 10 Minit
24/04/2026
Tahniah diucapkan kepada Adik Fazia Auni atas kecemerlangan luar biasa dalam sukan bowling kategori P12 dengan meraih 4 pingat emas
🥇Perseorangan
🥇Beregu
🥇All Event
🥇 Masters
Kejayaan ini turut melayakkan beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik serta mengangkat nama sekolah sebagai Sekolah Terbaik.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada guru pengiring, Sir Sritharr, ibu bapa serta PIBG yang sentiasa memberikan sokongan padu. Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama. Teruskan kecemerlangan.
-Unit Kokurikulum SKBL2-
22/04/2026
Setinggi-tinggi ucapan Tahniah diucapkan kepada Adik Fazia Auni dan Adik Dhiaunnisa Assolehah atas kejayaan gemilang meraih Johan dalam Acara Sukan Bowling MSSPP Kategori Beregu Girls Under 12. Pencapaian ini membuktikan bahawa usaha gigih dan semangat juang tinggi membuahkan hasil yang cemerlang.
Tahniah juga diucapkan kepada adik Arif dan Ammar kerana memberikan saingan yang hebat dalam beregu Lelaki Under 12. Well Done.
Terima kasih kepada Sir Sritharr selaku guru pengiring, ibu bapa serta PIBG atas sokongan padu.
Teruskan melakar kejayaan!
-Unit Kokurikulum SKBL2-
20/04/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Tahniah diucapkan kepada Fazia Auni atas kejayaan cemerlang meraih Johan Bowling Individu Perempuan MSSP.
Manakala, adik Dhiaunnisa dapat tempat ke 18/97, adik Arif Tempat ke 19/103 dan Ammar tempat ke 31/103...Good start…
Terima kasih kepada Sir Sritharr selaku guru pengiring.
Semoga terus cemerlang.
-Unit Kokurikulum SKBL2-
18/04/2026
Tahniah diucapkan kepada pasukan Bowling SK Bayan Lepas 2 iaitu Triple Strikes atas kejayaan cemerlang menjuarai Penang Interschool Bowling Competition di Megamall Pinang hari ini.
Pencapaian ini membuktikan komitmen, disiplin dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Terima kasih kepada Cg Sritharr, Cg Yassvini serta ibubapa atas bimbingan serta komitmen tinggi.
Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada PIBG SKBL2 atas sokongan padu. Semoga terus cemerlang!
-Unit kokurikulum SKBL2-