12/08/2026
CERAMAH PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH KE ARAH LESTARI (TASKAL)
10 Ogos 2026
Alhamdulillah, SK Kuala Muda telah menjayakan Ceramah Program Transformasi Sekolah ke Arah Lestari (TASKAL) yang memberi fokus kepada Kelestarian Alam Sekitar dan Amalan Pengurusan Sisa Pepejal sebagai usaha meningkatkan kesedaran serta membudayakan amalan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar dalam kehidupan seharian.
Ceramah telah disampaikan oleh En. Mohd Taufiq bin Mohd Puad dan disempurnakan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
Menerusi program ini, warga sekolah didedahkan dengan kepentingan pengasingan sisa di punca, amalan kitar semula, pengurusan sisa pepejal yang betul serta penjagaan kebersihan persekitaran.
Semoga ilmu dan kesedaran yang diperoleh dapat diterjemahkan melalui amalan yang berterusan, bukan sahaja di sekolah, malah di rumah dan dalam komuniti.