22/01/2023
MALAM PERTAMA BULAN REJAB.
Malam ini (22 Jan 2023) merupakan salah satu malam yang mustajab doa. Bulan Rejab sudah pun tiba, akan menyusul Sya'aban dan Ramadhan p**a. Para Sahabat dan Salaf As-Soleh dahulu telah melakukan persiapan untuk bertemu Ramadan beberapa bulan sebelumnya lagi. Kita p**a bagaimana? Sudahkah bersedia untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia ini?
�.
�Sabda Rasulullah Sallahu 'alaihi wa sallam :
والله إني لاستغفر الله وأتوب إليه في اليوم أكثر من سبعين مرة
“Demi Allah, aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepadaNya lebih daripada 70 kali dalam sehari.” (Riwayat Imam Al-Bukhari)
Dan dalam hadis yang lain :
طوبى لمن وجد في صحيفته استغفاراً كثيراً
“Beruntunglah bagi yang didapati lembarannya itu istighfar yang banyak.” (Riwayat Imam An-Nasai' dan Imam Ibn Majah)
Kata para ulama' :
"Rejab bulan Istighfar, Sya'aban bulan Selawat, Ramadhan bulan Al-Qur’an."
Hikmah :
Dimulakan dengan Istighfar adalah kerana sebelum kita menerima limpahan cahaya dan nafahat serta rahsia-rahsia Al-Qur’an pada bulan Ramadhan, maka hendaklah kita mempersiapkan hati kita dengan membersihkannya terdahulu iaitu dengan istighfar. Kerana cahaya itu tidak masuk ke hati yang tertutup dengan kegelapan.
Bulan Sya’aban p**a dikhaskan untuk banyak berselawat adalah kerana untuk memperbaiki hubungan kita dengan Rasulullah. Sesungguhnya tanpa melalui lisan Rasulullah As-Syarif, kita tidak akan dapat menikmati nikmat Al-Qur’an itu.
Jom puasa esok hari. Dapat fadhilat puasa sunat pada hari Isnin dan puasa pada bulan Rejab. Tag kawan-kawan anda yang lain untuk maklumkan yang kita dah masuk bulan Rejab dan tidak lama lagi Ramadhan. Moga kita dan mereka semua dapat melakukan persiapan.
Perbanyakkan berdoa malam ini. Moga-moga Allah menerima permintaan-permintan kita.
�.
�اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ�
�“Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’aban, serta sampaikanlah kami dengan bulan Ramadhan.”
FB : Nur El-Hikmah , Tuan Ikhram Husin
Instagram :
Twitter :
Guru kami ; al-Fadhil Ustaz Syed Abdul Kadir aljoofre