UMPSA Research & Innovation

Call Website Contact the school

UMPSA Research & Innovation Universiti Malaysia Pahang - Research & Innovation is a platform to engage University-Industry-Government-Community in R&D and Commercialisation

We aim to position UMP as an industry-preferred partner in research, development and commercialisation of new industrial services, processes and products by integrating Quadruple Helix Innovation Model i.e. University-Industry-Government-Community engagement

MESYUARAT PENYELIDIKAN PUSAT KECEMERLANGAN (MPPK) KALI KE-32 BIL. 6/2026📍 9 Oktober 2026 | UMPSA PekanMesyuarat Penyelid...
09/10/2026

MESYUARAT PENYELIDIKAN PUSAT KECEMERLANGAN (MPPK) KALI KE-32 BIL. 6/2026

📍 9 Oktober 2026 | UMPSA Pekan

Mesyuarat Penyelidikan Pusat Kecemerlangan (MPPK) Kali Ke-32 Bil. 6/2026 telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Bendahari UMPSA Pekan & dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan (REM), Profesor Ts. Dr. Abdul Adam bin Abdullah dan dianggotai oleh Pengarah Pusat Kecemerlangan (CoE) dan Ketua Rangkaian Penyelidikan UMPSA.

Mesyuarat ini membincangkan status pelaksanaan, pemantauan dan pencapaian aktiviti penyelidikan serta cadangan penambahbaikan bagi memperkukuh kecemerlangan penyelidikan UMPSA khususnya yang dilaksanakan oleh Pusat Kecemerlangan (CoE).




STIC UMPSA PAMER INOVASI TEKNOLOGI SUKAN DI EXPO INDUSTRI SUKAN 2026 DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
09/10/2026

STIC UMPSA PAMER INOVASI TEKNOLOGI SUKAN DI EXPO INDUSTRI SUKAN 2026 DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL




KOLABORASI STRATEGIK UMPSA DAN KOLEJ UNIVERSITI YAYASAN PELAJARAN JOHOR (KUYPJ) DIMETERAIUMPSA Pekan | 7 Oktober 2026Kol...
08/10/2026

KOLABORASI STRATEGIK UMPSA DAN KOLEJ UNIVERSITI YAYASAN PELAJARAN JOHOR (KUYPJ) DIMETERAI

UMPSA Pekan | 7 Oktober 2026

Kolaborasi strategik di antara Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Kolej Ăśniversiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ) telah dimeterai secara rasmi melalui majlis menandatangani dan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UMPSA dan KUYPJ yang telah diadakan pada pukul 3.00 petang di Dewan Banquet, Canseleri Tun Abdul Razak (CTAR), UMPSA Pekan.

Delegasi KUYPJ yang diketuai oleh Prof. Ts. LOG. Dr. Othman bin Ibrahim, Rektor KUYPJ telah menandatangani dan bertukar dokumen MoU bersama Prof. Ts. Dr. Yatimah binti Alias, Naib Canselor UMPSA.

Tujuan utama majlis MoU tersebut diadakan adalah untuk membolehkan kolaborasi strategik di antara UMPSA dan Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ) dapat dilaksanakan secara rasmi bagi mencapai objektif atau tujuan yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi manfaat kedua-dua belah pihak.

Kolaborasi strategik di antara UMPSA dan KUYPJ secara kronologinya telah dimulakan dengan sesi kunjungan hormat delegasi UMPSA yang diketuai pengurusan tertinggi JPI ke Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) di Kampus KUYPJ, Kulai, Johor pada 13 Januari 2026.

Hasil daripada sesi kunjungan hormat tersebut telah diadakan beberapa siri perbincangan dengan pengurusan KUYPJ bagi memulakan langkah pelaksanaan tindakan berdasarkan persetujuan awal oleh Ketuq Pegawai Eksekutif KPYPJ berkenaan kolaborasi strategik di antara UMPSA dan KUYPJ.

Majlis menandatangani dan pertukaran dokumen MoU di antara UMPSA dan KUYPJ telah diadakan sejurus selepas kunjungan hormat ke Naib Canselor UMPSA oleh delegasi KUYPJ yang diketuai oleh Rektornya.

Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ) ialah institusi pendidikan tinggi milik penuh Kerajaan Negeri Johor yang secara rasmi dinaik taraf daripada Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) kepada Kolej Universiti pada 7 Oktober 2025.

Delegasi KUYPJ telah dibawa melawat Perpustakaan UMPSA Pekan, Solar Terapung, Makmal Kejuruteraan Elektrik & Elektronik di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FTKEE) dan Makmal Automotif di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif (FTKMA).

Turut hadir di pihak UMPSA bagi sesi lawatan kemudahan sekitar kampus UMPSA Pekan adalah Prof. ChM. Dr. Mohd Hasbi bin Ab. Rahim, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Encik Hazmin bin Aris, Pengurus Besar, Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) dan Puan Emma Melati binti Burhanuddin, Pengurus JPI.

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi (JPI) telah berjaya merangkul Johan dalam Pertandingan TikTok Gaya Hidup Sihat Merdeka ...
08/10/2026

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi (JPI) telah berjaya merangkul Johan dalam Pertandingan TikTok Gaya Hidup Sihat Merdeka sempena Sambutan Bulan Kebangsaan ke-69 Tahun 2026.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga JPI yang telah terlibat dan menyumbang kepada kejayaan ini. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi untuk terus mencipta kejayaan pada masa akan datang.






SELAMAT MENYAMBUT HARI AKADEMIA 2026: SINERGI ILMU, TEKNOLOGI & INOVASI DALAM AKADEMIATimbalan Naib Canselor (Penyelidik...
05/10/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI AKADEMIA 2026: SINERGI ILMU, TEKNOLOGI & INOVASI DALAM AKADEMIA

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) serta seluruh warga Jabatan Penyelidikan & Inovasi, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga akademia atas dedikasi, komitmen serta sumbangan bermakna yang terus menjadi pemangkin kepada pembangunan ilmu, penyelidikan dan inovasi.

Setiap tanggal 5 Oktober, Hari Akademia menjadi wadah untuk kita menghargai dan mengenang jasa para akademia yang sentiasa komited dalam menyebarkan ilmu, membimbing generasi serta mencetuskan pemikiran yang progresif demi kecemerlangan pendidikan tinggi dan kemajuan negara.

Semoga semangat untuk mendidik, meneroka dan mencipta terus mekar dalam membentuk masa depan yang lebih gemilang.

Selamat Hari Akademia 2026!

"Sinergi Ilmu, Teknologi & Inovasi Dalam Akademia"






SESI PERJUMPAAN TNCPI BERSAMA WARGA KERJA JPI (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL)UMPSA Pekan | 2 Oktober 2026Prof. ChM. ...
03/10/2026

SESI PERJUMPAAN TNCPI BERSAMA WARGA KERJA JPI (KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL)

UMPSA Pekan | 2 Oktober 2026

Prof. ChM. Dr. Mohd Hasbi bin Ab. Rahim telah mengadakan Sesi Perjumpaan TNCPI Bersama Warga Kerja JPI (Kumpulan Pengurusan & Profesional) yang diadakan bermula pada pukul 3.30 petang di Dewan Banquet, Canseleri Tun Abdul Razak (CTAR), UMPSA Pekan.

Tujuan utama sesi perjumpaan tersebut diadakan adalah untuk membolehkan TNCPI bertemu secara langsung dan bersemuka dengan semua warga kerja JPI peringkat Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi menyampaikan hasrat dan hala tuju beliau selaku TNCPI yang baru dua (2) minggu dilantik menggalas tanggungjawab tersebut.

Di samping itu juga, sesi perjumpaan berkenaan bertujuan untuk membolehkan maklum balas diterima secara langsung daripada warga kerja JPI meliputi syor, cadangan penambahbaikan, komen dan sebagainya bagi memastikan peningkatan sistem penyampaian JPI.

Sesi Perjumpaan TNCPI ini dihadiri oleh para Pengarah Kanan, Pengarah, Pengurus Besar, Pemgurus Kanan, Pemgurus dan Eksekutif di Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) termasuk Pusat Kecemerlangan (CoE).

Prof. ChM. Dr. Mohd Hasbi dakam ucapannya telah memberikan penekanan kepada penambahbaikan sistem penyampaian meliputi pengurusan mesyuarat yang berkualiti, melaksanakan audit fasiliti, pengurusan penyelenggaraan peralatan makmal penyelidikan, meningkatkan aplikasi sistem, pematuhan prosedur kewangan, kelajuan pelaksanaan kerja, responsif dan inovatif.

Sesi libat urus bersama dengan pihak fakulti juga akan diadakan bagi memastikan kesinambungan pelaksanaan inisiatif peningkatan kecemerlangan penyelidikan dan inovasi turut berlaku di fakulti melibatkan semua pensyarah atau penyelidik.

Beberapa cadangan penambaikan telah dikemukakan oleh warga kerja JPI yang bertujuan untuk menambahbaik tadbir urus sedia ada agar dapat meningkatkan lagi budaya kerja berkualiti di JPI

Sesi Perjumpaan TNCPI Bersama Warga JPI (Kumpulan Pengurusan & Profesional) telah diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai sebagai tanda ingatan sesi pertemuan julung kali yang diadakan bagi membolehkan TNCPI berinteraksi secara santai dan kurang formal.

KOLABORASI STRATEGIK UMPSA DAN TECHNOLOGY DEPOSITORY AGENCY (TDA)TDA, Cyberjaya | 28 September 2026Sesi Perbincangan Kol...
28/09/2026

KOLABORASI STRATEGIK UMPSA DAN TECHNOLOGY DEPOSITORY AGENCY (TDA)

TDA, Cyberjaya | 28 September 2026

Sesi Perbincangan Kolaborasi Strategik di antara UMPSA dan Technology Depository Agency (TDA) telah diadakan di ibu pejabat TDA di Cyberjaya, Selangor bermula pada pukul 9.30 pagi. Delegasi UMPSA telah diketuai oleh Prof. ChM. Dr. Mohd Hasbi bin Ab. Rahim, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).

Encik Mohamad Rafidi bin Mat Dahan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TDA telah menerima kunjungan hormat oleh pihak UMPSA dan seterusnya mempengerusikan sesi perbincangan kolaborasi strategik UMPSA dan TDA. Turut hadir di pihak TDA adalah Encik Azrizal bin Marzaki, Senior Director ICP Advisory Division, Encik Hafsham bin Hamzah, Head, Corporate Management, Corporate Business Division dan Haji Irlan Norris bin Ishak, Ketua Perancangan Strategik.

Tujuan utama sesi perbincangan kolaborasi strategik tersebut diadakan adalah untuk membincangkan potensi usaha sama yang telah sedia terjalin dipertingkatkan lagi berdasarkan fungsi, kepakaran dan kekuatan di pihak UMPSA dan TDA bagi memastikan sasaran yang telah ditetapkan pada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam Pelan Strategik UMPSA30 dapat dicapai.

Technology Depository Agency (TDA) ialah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia (M*F) yang berperanan membantu kerajaan dan industri membangunkan serta memindahkan teknologi, khususnya melalui perolehan kerajaan dan program industri.

Fungsi Utama TDA adalah mengurus, mentadbir dan memantau pelaksanaan Program Kolaborasi Industri (Industrial Collaboration Programme - ICP) bagi perolehan kerajaan.

TDA juga menjadi jambatan penghubung antara industri tempatan dengan pemimpin teknologi antarabangsa untuk pemindahan pengetahuan dan menguruskan pelaksanaan Performance Based Contract (PBC) bagi sektor strategik seperti pertahanan, keselamatan, aeroangkasa dan maritim.

Selari dengan kekuatan UMPSA maka dihasratkan untuk TDA terus berkolaborasi bagi membolehkan UMPSA terlibat dalam Program Kolaborasi Industri (ICP) bagi sektor pertahanan, keselamatan dan aeroangkasa terutamanya.

Turut hadir di pihak UMPSA adalah Prof. Dr. Rizalman bin Mamat, Pengarah Kanan Center for Advanced Mobility & Aerospace, Prof. Ts. Dr. Abdul Adam bin Abdullah, Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Kecemerlangan Penyelidikan (REM), Ir. Ts. Dr. Muhammad Ikram bin Mohd Rashid, Pengarah Pusat Kejuruteraan Automotif, Ts. Dr. Muhammad Syahir Amzar bin Zulkifli, Pusat Teknologi Aeroangkasa, Encik Hazmin bin Aris, Pengurus Besar Jabatan Penyelidikan Inovasi (JPI) dan Haji Amirul bin Ahmad, Eksekutif Kanan JPI.

MESYUARAT PERKEMBANGAN DAN PEMBENTANGAN KONSEP REKABENTUK PEMBINAAAN BANGUNAN PUSAT KECEMERLANGAN BERSEPADU UMPSAKuantan...
25/09/2026

MESYUARAT PERKEMBANGAN DAN PEMBENTANGAN KONSEP REKABENTUK PEMBINAAAN BANGUNAN PUSAT KECEMERLANGAN BERSEPADU UMPSA

Kuantan, 24 September 2026 – Delegasi Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai oleh Profesor Ts. Dr. Abdul Adam bin Abdullah, Pengarah Kanan Pusat Pengurusan Kecemerlangan Penyelidikan (REM), telah menghadiri Mesyuarat Perkembangan dan Pembentangan Konsep Reka Bentuk Pembinaan Bangunan Pusat Kecemerlangan Bersepadu UMPSA yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Projek pembangunan ini bakal menempatkan pejabat pentadbiran Pusat Pengurusan Kecemerlangan Penyelidikan (REM), serta makmal dan pejabat tiga Pusat Kecemerlangan (CoE) UMPSA, iaitu Centre for Artificial Intelligence and Data Science (CAIDaS), Centre for Advanced Intelligent Materials (CAIM) dan Centre for Advanced Industrial Technologies (AIT) di UMPSA Pekan.

Bangunan Pusat Kecemerlangan Bersepadu ini dijangka mula beroperasi pada Februari 2029 dan menjadi salah satu infrastruktur strategik UMPSA dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan, khidmat teknikal, inovasi dan pengkomersialan universiti.

Kewujudan kemudahan bersepadu ini dijangka dapat memperkasa aktiviti penyelidikan dan inovasi CoE, meningkatkan kecekapan pengoperasian serta penggunaan kemudahan dan makmal secara optimum, di samping menggalakkan kolaborasi silang bidang antara CoE, industri dan rakan kerjasama.



Address

Universiti Malaysia
Pekan
26600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMPSA Research & Innovation posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to UMPSA Research & Innovation:

Shortcuts

Share