Mechapro UMPSA

Mechapro UMPSA Mechapro: Memperkasa mahasiswa mekanikal melalui pendidikan, industri dan komuniti.

[PENCARIAN PESERTA “MECHAPRO GLOBAL MOBILITY EXCHANGE: CHINA EDITION” @ BEIJING JIAOTONG UNIVERSITY (BJTU), CHINA]Assala...
27/02/2026

[PENCARIAN PESERTA “MECHAPRO GLOBAL MOBILITY EXCHANGE: CHINA EDITION” @ BEIJING JIAOTONG UNIVERSITY (BJTU), CHINA]

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Kelab Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Mekanikal (MechaPro) dengan sokongan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) mempelawa mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah yang berminat untuk menyertai program mobiliti antarabangsa ke Beijing, China.

Berikut merupakan syarat & maklumat lanjut berkaitan program:

1. Keutamaan kepada mahasiswa Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA).
2. CGPA minimum 3.00 ke atas.
3. Program Mobiliti Antarabangsa ke Beijing Jiaotong University (BJTU), China pada 16 – 23 September 2026.
4. Peserta akan menduduki Ujian Kompetensi Railway di BJTU.
5. Lawatan industri ke China State Railway Group dan Beijing Metro.
6. Pendedahan kepada teknologi High-Speed Rail, sistem pengangkutan moden serta pengalaman pembelajaran antarabangsa.
7. Kelebihan:
– Sijil Kompetensi Akademik daripada BJTU
– Sijil Pendedahan Industri Antarabangsa
8. Komitmen penyertaan pelajar sebanyak RM1,000 (tertakluk kepada terma dan syarat).
9. Penyertaan terhad kepada 13 orang pelajar sahaja yang memenuhi kriteria pemilihan.
10. Pemilihan adalah berdasarkan tapisan borang dan sesi temuduga.
11. Borang permohonan hendaklah dihantar sebelum 13 Mac 2026 .

🔗 [https://forms.gle/njLeZvXARgwHTw9Q6]

Sebarang persoalan boleh terus hubungi:

Asyraf (https://wa.me/601169796240)
Pengarah Program
Zarul (https://wa.me/601123380484)
Timbalan Pengarah Program

“Engineering Beyond Borders”



Salam Ramadan Al-Mubarak"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas...
20/02/2026

Salam Ramadan Al-Mubarak

"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"
(Surah Al-Baqarah: 183)

Selamat menyambut bulan Ramadan buat seluruh warga FTKMA. Semoga Ramadan kali ini menjadi ruang untuk kita memperbanyakkan amal, memperbaiki diri serta memperkukuhkan ukhuwah sesama kita.
Semoga setiap usaha dan doa kita diterima serta dikurniakan rahmat dan keampunan oleh-Nya. 🤲✨

"BERKHIDMAT DEMI KEUNGGULAN"



Address

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Automotif
Pekan
26600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mechapro UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share