17/09/2026
UMPSA di ASEAN Urban Rail Transit Supply and Demand Matchmaking Conference 2026
Nanning, China, 16-17 September 2026 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah telah menyertai ASEAN Urban Rail Transit Supply and Demand Matchmaking Conference 2026 yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kerjasama Metro ASEAN, China Association of Metros. Tema persidangan ini adalah untuk menghubungkan ASEAN melalui Rel: Memperdalam Kerjasama, Berkongsi Kemajuan dan Mengejar Pembangunan Menang-Menang.
Tujuan utama persidangan ini adalalh untuk memperkukuh hubungan serta kerjasama praktikal antara China dan negara-negara ASEAN dalam sektor pengangkutan rel bandar, di samping menyediakan platform profesional bagi menggalakkan hubungan antara kerajaan, pertukaran teknikal, kerjasama projek dan pembangunan bakat secara bersama. Persidangan ini memberi tumpuan kepada beberapa aspek utama, termasuk:
i. perancangan pengangkutan rel di negara-negara ASEAN;
ii. kerjasama dan pembangunan projek;
iii. operasi dan penyelenggaraan (O&M) pintar; dan
iv. pembangunan serta peningkatan bakat dalam sektor pengangkutan rel.
Pelbagai aktiviti akan dianjurkan sepanjang persidangan, termasuk ucaptama, sesi pertukaran teknikal khusus, sesi padanan kerajaan dan sektor swasta, perkongsian pencapaian serta lawatan teknikal ke tapak. Persidangan ini dijangka menghimpunkan pakar, wakil kerajaan, wakil industri dan pihak berkepentingan utama bagi membincangkan perkembangan sektor pengangkutan rel serta meneroka peluang kerjasama pada peringkat serantau.
Delegasi Malaysia terdiri dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Kementerian Pengangkutan Malaysia, Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan Prasarana Malaysia Berhad. Dalam persidangan ini, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diwakili oleh Dekan Akademi TVET Termaju, Datuk Professor Ts. Dr. Mohd Shahrir Mohd Sani telah menandatangani Memorandum Perjanjian Kerjasama dengan Lizhou Railway Vocational Technical College (VTC). Memorandum ini akan melibatkan aktiviti akademik, latihan, penyelidikan, mobility pelajar dan staff dalam sektor pengangkutan rel.