10/09/2026
β¨ PROGRAM ZIARAH CAKNA SPM β¨
Bersama Membimbing, Menyuntik Semangat, Menuju Kecemerlangan
10 September 2026 | Khamis | 2.00 petang
π Dewan Tun Abdul Razak, SMK (LKTP) Chini
Alhamdulillah, SMK (LKTP) Chini telah menerima kunjungan Yang Berusaha Tuan KPPD Pekan, Tuan Haji Ab Muhaimin bin Ab Hamid sempena Program Ziarah Cakna SPM. π·
Kunjungan ini bukan sekadar sebuah lawatan, tetapi hadir membawa perhatian, suntikan semangat dan dorongan kepada calon-calon SPM agar terus yakin melangkah, berusaha dengan bersungguh-sungguh serta tidak pernah berputus asa dalam mengejar kejayaan. πͺπ
Semoga segala nasihat, amanat dan kata-kata semangat yang disampaikan menjadi pembakar motivasi buat anak-anak SMK (LKTP) Chini untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam SPM. π
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Ab Muhaimin bin Ab Hamid, KPPD Pekan atas kesudian hadir dan mencurahkan perhatian kepada warga sekolah serta anak-anak didik kami.
Ziarah Cakna, Kasih Terjalin, Semangat Disemai, Kecemerlangan Digapai. ππ