FTKPM UMPSA

Website Contact the school

FTKPM UMPSA The Faculty of Manufacturing and Mechatronic Engineering Technology UMPSA.

πŸ“£ JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM SYARAHAN UMUM PROFESOR FTKPM πŸ“£Dengan segala hormat dan sukacitanya, Fakulti Teknologi Keju...
18/09/2026

πŸ“£ JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM SYARAHAN UMUM PROFESOR FTKPM πŸ“£

Dengan segala hormat dan sukacitanya, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Pengurusan (FTKPM) menjemput seluruh warga UMPSA untuk hadir ke Program Syarahan Umum yang akan disampaikan oleh Profesor Ir. Dr. Haji Nik Mohd Zuki bin Nik Mohamed.

πŸ“Œ Butiran Program:
πŸ—“ Tarikh: 22 September 2026 (Selasa)

⏰ Masa: 9:30 Pagi

πŸ“ Lokasi: Dewan Kuliah 1, FTKPM

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini.

✨ Selamat Bersara, Ts. Shahandzir bin Baharom! πŸ’Daripada 15 Disember 2008 hingga 9 September 2026, terima kasih atas ham...
10/09/2026

✨ Selamat Bersara, Ts. Shahandzir bin Baharom! πŸ’
Daripada 15 Disember 2008 hingga 9 September 2026, terima kasih atas hampir 18 tahun dedikasi dan khidmat bakti buat FTKPM UMPSA.
🀲 Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan kesihatan yang baik, rezeki yang berkat, ketenangan, dan kebahagiaan berpanjangan di fasa baharu ini. Terima kasih atas segala jasa dan budi! ❀️

🌏 Konichiwa UMPSA!Pintu FTKPM kini terbuka luas untuk dunia. Kami teruja meraikan kehadiran pelajar mobiliti daripada Yo...
10/09/2026

🌏 Konichiwa UMPSA!
Pintu FTKPM kini terbuka luas untuk dunia. Kami teruja meraikan kehadiran pelajar mobiliti daripada Yonago College & Iwate University, Jepun! πŸ‡―πŸ‡΅πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sepanjang program ini, para pelajar bukan sahaja menjelajah fasiliti makmal canggih FTKPM, malah merasai sendiri kehangatan hospitaliti dan keunikan budaya Malaysia.

Satu pengalaman, sejuta kenangan. Welcome to FTKPM UMPSA! ❀️

Bersedia mendepani cabaran industri masa hadapan! ⚑ Penjajaran strategik FTKPM bersama rakan industri demi masa depan gr...
09/09/2026

Bersedia mendepani cabaran industri masa hadapan! ⚑ Penjajaran strategik FTKPM bersama rakan industri demi masa depan graduan.
πŸ“ UMPSA@KL | 7 September 2026
FTKPM melangkah ke hadapan menerusi Mesyuarat Bersama Panel Penasihat Industri (IAP) 2026. Sesi ini menghimpunkan para pakar industri dan akademia bagi membincangkan penambahbaikan kualiti akademik.

🌟 NILAI TERAS:
πŸ”Ή Inovasi Kurikulum: Menyelaraskan program akademik dengan trend & keperluan semasa industri.
πŸ”Ή Graduan Kaliber Tinggi: Memupuk kemahiran dan kompetensi yang diiktiraf oleh majikan.
πŸ”Ή Rangkaian Kolaborasi: Memperkukuh hubungan dua hala antara FTKPM dan rakan industri.

Terima kasih atas perkongsian maklum balas dan cadangan berharga daripada semua Panel Penasihat Industri. Bersama-sama, kita bentuk masa depan tenaga kerja negara! 🀝

Masa depan graduan bermula dengan kurikulum yang kukuh dan selari dengan kehendak industri! Komitmen berterusan FTKPM UM...
09/09/2026

Masa depan graduan bermula dengan kurikulum yang kukuh dan selari dengan kehendak industri!

Komitmen berterusan FTKPM UMPSA dalam memperkukuh tadbir urus akademik serta melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing, dan bersedia mendepani cabaran pasaran kerja masa kini.

πŸ“ 8 September 2026 | UMPSA@KL
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM), UMPSA telah melangsungkan Mesyuarat Bersama Jawatankuasa Pengajian 2026 sebagai langkah strategik memperkasakan kualiti pendidikan.
Mesyuarat ini berfokus kepada:
Pemantapan Kurikulum: Memastikan program pengajian kekal relevan dengan perkembangan industri terkini.
Kualiti P&P: Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.
Pengalaman Pelajar: Menambah baik persekitaran pembelajaran demi hasil yang optimum.
Perbincangan serta perkongsian pandangan dalam mesyuarat ini menjadi pemangkin utama FTKPM untuk terus memacu kecemerlangan akademik dan melahirkan modal insan bernilai tinggi.

Kon'nichiwa! πŸ‡―πŸ‡΅βœ¨ Dari Jepun terus ke tempat kita! πŸ‡―πŸ‡΅βž‘οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ Lawatan Pelajar Mobiliti daripada National Institute of Technol...
04/09/2026

Kon'nichiwa! πŸ‡―πŸ‡΅βœ¨ Dari Jepun terus ke tempat kita! πŸ‡―πŸ‡΅βž‘οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ Lawatan Pelajar Mobiliti daripada National Institute of Technology, Sasebo College, Jepun.
Satu pengalaman pertukaran ilmu, teknologi, dan budaya yang tidak akan dilupakan. Welcome to Malaysia! ✨

Satu lagi langkah penting ke arah jaminan kualiti akademik dan kecemerlangan program.  Selesai sudah Sesi Penilaian Akre...
03/09/2026

Satu lagi langkah penting ke arah jaminan kualiti akademik dan kecemerlangan program. Selesai sudah Sesi Penilaian Akreditasi Penuh bagi Program Sarjana Sains (MQA/FA 19546, Kod NEC 0720) di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM) yang berlangsung pada 1 hingga 2 September 2026.
Sesi dua hari ini melibatkan perbincangan mendalam serta penilaian teliti bersama jawatankuasa penilai MQA dan barisan staf akademik FTKPM bagi memastikan penandaarapan kualiti pengajian sentiasa berada pada tahap tertinggi.
Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua staf akademik, ahli jawatankuasa, dan warga FTKPM yang telah memberikan komitmen padu sepanjang proses penilaian ini berjalan.

Hari ini melabuhkan tirai perkhidmatan seorang insan hebat, En. Zulkifli. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, kesabara...
01/09/2026

Hari ini melabuhkan tirai perkhidmatan seorang insan hebat, En. Zulkifli. Terima kasih atas segala tunjuk ajar, kesabaran, dan dedikasi yang tidak pernah luntur sepanjang bertahun-tahun menabur bakti. Ilmu dan nilai murni yang ditinggalkan akan sentiasa menjadi panduan kami. Selamat Bersara, En. Zulkifli! Semoga fasa baharu ini dilimpahi kesihatan, kebahagiaan bersama keluarga tercinta, dan keberkahan yang berpanjangan. πŸ’βœ¨

Menyemarakkan Kecemerlangan FTKPM! πŸ’™βœ¨ Satu langkah penting, satu aspirasi besar!Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan...
27/08/2026

Menyemarakkan Kecemerlangan FTKPM! πŸ’™
✨ Satu langkah penting, satu aspirasi besar!

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik (FTKPM), UMPSA bakal menerima Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi program:

πŸŽ“ Doktor Falsafah (NEC 0720) β€” 3 & 4 September 2026
πŸŽ“ Sarjana Sains (NEC 0720) β€” 1 & 2 September 2026
πŸ“ Kampus Pekan

Semoga segala persiapan dan usaha seluruh warga FTKPM dipermudahkan, penilaian berjalan lancar serta membuahkan kejayaan dan pengiktirafan yang membanggakan. 🀲✨

Bersama kita perkukuh kualiti, bina kecemerlangan dan terus melangkah ke hadapan! πŸš€

🚨 Gagal dapat tawaran UPU sebelum ni? Jangan putus asa, peluang kedua anda kini dibuka! πŸš€β° Tarikh akhir rayuan: 23 OGOS ...
20/08/2026

🚨 Gagal dapat tawaran UPU sebelum ni? Jangan putus asa, peluang kedua anda kini dibuka! πŸš€

⏰ Tarikh akhir rayuan: 23 OGOS 2026!

Masa semakin suntuk! Buka portal UPUOnline sekarang, buat Rayuan UPUOnline, dan pilih program FTKPM UMPSA sebagai pilihan utama anda.
πŸ”— Mohon sekarang di portal rasmi UPUOnline!

Address

Fakulti Teknologi Kejuteraan Pembuatan Dan Mekatronik, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, PEKAN
Pekan
26600

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FTKPM UMPSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to FTKPM UMPSA:

Shortcuts

Share