15/08/2026
14 Ogos 2026 | Jumaat
Program Sekolah Angkat MADANI 2026, SK Panggau
Pagi ini Dato’ Prof. Ts. Dr. Zaliman Sauli berkesempatan merasmikan Program Sekolah Angkat MADANI 2026 di Sekolah Kebangsaan Panggau, Kangar.
Menerusi program ini, UniMAP membawa ilmu dan kepakaran universiti lebih dekat kepada komuniti melalui aktiviti STEM, penyediaan kemudahan pembelajaran serta penambahbaikan persekitaran sekolah. Hampir 200 murid turut menerima manfaat secara langsung melalui bantuan persekolahan.
Semoga kerjasama UniMAP dan SK Panggau terus berkembang dalam membuka lebih banyak ruang pembelajaran, membina potensi serta menyemai impian anak-anak untuk melangkah lebih jauh pada masa hadapan.