SMK Jln Pasir Puteh Perak

SMK Jln Pasir Puteh Perak Koleksi gambar-gambar aktiviti warga SMK Jalan Pasir Puteh, Ipoh

20/03/2025


Tahniah, Pasukan SO Malaysia! ๐Ÿ…๐ŸŽ‰Pasukan SO Malaysia berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam acara Floorball selepas m...
16/03/2025

Tahniah, Pasukan SO Malaysia! ๐Ÿ…๐ŸŽ‰

Pasukan SO Malaysia berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam acara Floorball selepas menewaskan Arab Saudi 5-2! Kejayaan ini adalah bukti semangat juang yang tinggi dan usaha keras pasukan.

Syabas dan teruskan mengharumkan nama negara! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ”ฅ


Pelancaran Program Sekolah 2025Pada 10 Mac 2025 (Isnin), SMK Jalan Pasir Puteh telah berjaya melancarkan beberapa progra...
10/03/2025

Pelancaran Program Sekolah 2025

Pada 10 Mac 2025 (Isnin), SMK Jalan Pasir Puteh telah berjaya melancarkan beberapa program penting yang memberi impak besar kepada pembangunan pelajar dan suasana sekolah, iaitu:

- Program Jom Ke Sekolah
- Guru Penyayang
- Program 5S
- Mentor Mentee
- Bulan Membaca & NILAM 2025

Program-program ini bertujuan untuk memperkasakan pendidikan, meningkatkan semangat kerjasama, serta membentuk pelajar yang cemerlang, berdisiplin, dan berakhlak mulia.

We Care, We Love! ๐Ÿ’–๐Ÿ“š

Semoga dengan pelaksanaan program-program ini, kita dapat mencipta persekitaran pembelajaran yang lebih baik dan memberi manfaat kepada semua warga sekolah. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Tahniah kepada Guru dan Murid PPKI SMKJPPSekalung tahniah diucapkan kepada seorang guru dan tiga wakil murid PPKI SMKJPP...
07/03/2025

Tahniah kepada Guru dan Murid PPKI SMKJPP

Sekalung tahniah diucapkan kepada seorang guru dan tiga wakil murid PPKI SMKJPP yang terpilih mewakili Malaysia dalam Special Olympics World Winter Games Torino 2025. Mereka akan bertanding dalam acara Floorball yang akan berlangsung di Turin, Itali dari 8 hingga 15 Mac 2025.

Kami mendoakan kejayaan mereka di pentas dunia! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’ช

Pautan:

https://www.facebook.com/share/p/1FAV12Gvp1/
https://www.facebook.com/share/p/1Tx1hFm99W/

Tahniah diucapkan kepada pelajar dari Tingkatan 2 Setia yang telah berjaya meraih Johan U18 dalam Kejohanan Catur Cina P...
03/03/2025

Tahniah diucapkan kepada pelajar dari Tingkatan 2 Setia yang telah berjaya meraih Johan U18 dalam Kejohanan Catur Cina Piala YB Khairudin di peringkat sekolah rendah dan menengah pada 22 Februari 2025.

Tahniah juga kepada para pemain yang telah menyumbang kepada kejayaan dalam Dungun Open Dodgeball Championship yang diadakan di Dungun, Terengganu. Pasukan Dodgeball yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang telah berjaya meraih Tempat Pertama (Johan) dalam pertandingan peringkat kebangsaan ini!

Kejayaan ini adalah bukti komitmen dan usaha gigih yang telah dipersembahkan oleh pelajar kita. Semoga pencapaian ini dapat menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan.

Diawali dengan bismillah, menyambut bulan penuh barakah. Mari tingkatkan keimanan dan takwa. Semoga diampunkan segala do...
01/03/2025

Diawali dengan bismillah, menyambut bulan penuh barakah. Mari tingkatkan keimanan dan takwa. Semoga diampunkan segala dosa. Marhaban ya Ramadan. Selamat menunaikan ibadah puasa.

Program Pelancaran Ihya' Ramadhan Alhamdulillah, pada 28 Februari 2025 (Jumaat), Program Pelancaran Ihya' Ramadhan telah...
28/02/2025

Program Pelancaran Ihya' Ramadhan

Alhamdulillah, pada 28 Februari 2025 (Jumaat), Program Pelancaran Ihya' Ramadhan telah berjaya dilaksanakan dengan penuh keberkatan dan pengisian rohani. Program ini diadakan untuk menyemarakkan bulan Ramadhan yang penuh rahmat, sekaligus memberikan manfaat kepada seluruh warga sekolah dalam mempersiapkan diri menyambut bulan yang mulia ini.

Pelbagai aktiviti bakal dijalankan sepanjang ramadhan ini, bertujuan untuk memperkukuhkan amalan ibadah dan mempertingkatkan kesedaran mengenai kepentingan bulan Ramadhan yang akan datang.

Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan, kita semua dapat meningkatkan amal ibadah dan meraih segala ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT.

๐ŸŒน Selamat Bersara Ustazah Raja Rafiah๐ŸŒนDengan penuh rasa hormat dan penghargaan, kami ingin mengucapkan selamat bersara k...
26/02/2025

๐ŸŒน Selamat Bersara Ustazah Raja Rafiah๐ŸŒน

Dengan penuh rasa hormat dan penghargaan, kami ingin mengucapkan selamat bersara kepada Ustazah Raja Rafiah, yang telah mengabdikan hampir 30 tahun dalam dunia pendidikan. Ustazah telah memberikan sumbangan yang sangat besar kepada pelajar dan rakan sejawat sepanjang perjalanan kerjaya beliau.

Ustazah telah mendidik, memberi inspirasi, dan membentuk karakter pelajar yang kini berjaya dalam pelbagai bidang. Keikhlasan, kesungguhan, dan dedikasi Ustazah dalam mendidik akan sentiasa dikenang.

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati Ustazah dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan, dan hidup yang penuh keberkatan. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan, Ustazah. Kami doakan semoga Ustazah terus diberkati dalam segala hal dan diberi kebahagiaan dalam fasa baru kehidupan ini.

Selamat Bersara, Ustazah!๐Ÿ’

Salam SejahteraKami warga Sekolah Menengah Jalan Pasir Puteh dengan penuh hormat dan sukacita mengalu-alukan kehadiran D...
24/02/2025

Salam Sejahtera

Kami warga Sekolah Menengah Jalan Pasir Puteh dengan penuh hormat dan sukacita mengalu-alukan kehadiran Dr. Noor Azman Bin Hanif sebagai Pengetua baharu sekolah kami!

Seluruh warga sekolah mengucapkan selamat datang dan semoga kepimpinan beliau membawa kecemerlangan serta kejayaan yang lebih gemilang kepada sekolah kita.

Selamat maju jaya, Dr. Noor Azman! Kami semua teruja untuk bekerjasama dan melangkah ke arah kecemerlangan bersama.

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ Aktiviti Merentas Desa Sekolah โ€“ 21 Februari 2025 ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธAktiviti Merentas Desa yang telah diadakan pada 21 Februari 2...
21/02/2025

๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ Aktiviti Merentas Desa Sekolah โ€“ 21 Februari 2025 ๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ

Aktiviti Merentas Desa yang telah diadakan pada 21 Februari 2025 telah berlangsung dengan jayanya! ๐ŸŒŸ

Acara ini bukan sahaja melibatkan pelajar dalam aktiviti fizikal yang menguji stamina dan ketahanan, tetapi juga berjaya mengeratkan semangat kerjasama dan persahabatan di kalangan pelajar. Semua peserta menunjukkan semangat juang yang tinggi dan berusaha keras untuk menamatkan cabaran dengan penuh dedikasi.

โœจ Tahniah kepada semua peserta yang telah menyertai, dan juga kepada para pemenang yang berjaya meraih tempat teratas!

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini, termasuk guru-guru, staf sekolah dan semua pelajar yang telah memberikan sokongan.

Semoga aktiviti seperti ini terus memupuk semangat kesukanan, disiplin, dan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar.

Address

Jalan PASIR PUTEH
Pasir Puteh
31650

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Jln Pasir Puteh Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Jln Pasir Puteh Perak:

Shortcuts

Share

Category