SMK Gaal-Official

SMK Gaal-Official Aktiviti l Akademik l HEM | Kurikulum l Kokurikulum

Iklan Tawaran Sebut Harga Kantin SMK Gaal.Mohon sebarkan kepada pihak yang berminat.Terima kasih.
24/09/2026

Iklan Tawaran Sebut Harga Kantin SMK Gaal.

Mohon sebarkan kepada pihak yang berminat.

Terima kasih.




20/09/2026

Tayangan montaj sempena Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi Tahun 2026.

Khamis | 17 September 2026 | 7.40 pagi




PROGRAM JALINAN MESRA,JARINGAN BESTARI CALON SPM 2026 BERSAMA UiTM MACHANG.TARIKH : 15 SEPTEMBER 2026 (SELASA)MASA : 8.0...
15/09/2026

PROGRAM JALINAN MESRA,
JARINGAN BESTARI CALON SPM 2026 BERSAMA UiTM MACHANG.

TARIKH : 15 SEPTEMBER 2026 (SELASA)
MASA : 8.00 PG - 3.00 PETANG
LOKASI : UiTM MACHANG
SASARAN : 5 AL KINDI & 5 IBNU RUSYD

ANJURAN : UNIT KECEMERLANGAN SMKG.





MAJLIS KONSULTASI IBU BAPA TINGKATAN 5 KALI KE-2.16/8/2026 (AHAD) : 5 SINA & 5 KINDI17/8/2026 (ISNIN) : 5 RUSYD, 5 RAZI ...
23/08/2026

MAJLIS KONSULTASI IBU BAPA TINGKATAN 5 KALI KE-2.

16/8/2026 (AHAD) : 5 SINA & 5 KINDI
17/8/2026 (ISNIN) : 5 RUSYD, 5 RAZI & 5 BATUTTA.

MASA : 10.40 PAGI - 12.40 TENGAH HARI
TEMPAT : BILIK GERAKAN SMKG

Semoga perbincangan 2 hala ini dapat meningkatkan lagi kecemerlangan pelajar SPM 2026.




KEM PERKAMPUNGAN ILMU SPM 2026 12-14 Ogos 2026 | Permai Beach Resort, BachokAlhamdulillah, satu kenangan indah tercipta ...
21/08/2026

KEM PERKAMPUNGAN ILMU SPM 2026
12-14 Ogos 2026 | Permai Beach Resort, Bachok

Alhamdulillah, satu kenangan indah tercipta melalui Kem Perkampungan Ilmu 2026 yang menghimpunkan guru dan murid Tingkatan 5 dalam suasana pembelajaran yang santai, ceria dan penuh kebersamaan. Program ini bukan sahaja menjadi ruang untuk menimba ilmu dan meningkatkan motivasi, malah mengeratkan hubungan serta membina semangat kerjasama antara warga sekolah.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan kenangan yang tercipta menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang untuk SPM 2026.

Teruskan melangkah dengan semangat, usaha dan keyakinan untuk mencapai impian! Ilmu dipelajari, ukhuwah disemai, kejayaan digapai.







MAJLIS KONSULTASI TINGKATAN 4 2026 πŸ“šβœ¨5 Ogos 2026 | 10.00 pagi | Dewan Semega SMK GaalAlhamdulillah, Majlis Konsultasi Ti...
21/08/2026

MAJLIS KONSULTASI TINGKATAN 4 2026 πŸ“šβœ¨
5 Ogos 2026 | 10.00 pagi | Dewan Semega SMK Gaal

Alhamdulillah, Majlis Konsultasi Tingkatan 4 Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya dalam usaha meningkatkan prestasi akademik serta pembentukan sahsiah. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama.

Majlis turut diserikan dengan slot perkongsian bersama penceramah, Encik Nik Muhammad Nik Lib, yang menyampaikan motivasi dan suntikan semangat kepada murid agar lebih yakin, fokus dan bersungguh-sungguh dalam mencapai kecemerlangan. 🌟

Sesi konsultasi bersama ibu bapa dan guru p**a memberi ruang untuk berkongsi pencapaian, potensi serta keperluan murid bagi merancang tindakan susulan yang lebih berfokus. Semoga sinergi ini menjadi pemangkin kejayaan anak-anak Tingkatan 4. πŸ€πŸ’™




18/08/2026
🀲✨ SOLAT HAJAT BULANAN SMK GAAL ✨🀲6 Ogos 2026 | 7.40 pagi | Dewan Semega SMK GaalTelah berlangsung Solat Hajat Bulanan y...
12/08/2026

🀲✨ SOLAT HAJAT BULANAN SMK GAAL ✨🀲
6 Ogos 2026 | 7.40 pagi | Dewan Semega SMK Gaal

Telah berlangsung Solat Hajat Bulanan yang melibatkan para pelajar, guru serta warga sekolah sebagai satu usaha bersama untuk memohon keberkatan, kekuatan, ketenangan minda dan kesejahteraan dalam menghadapi kehidupan serta pembelajaran. πŸ“–πŸŒ™

Semoga segala usaha, doa dan ikhtiar seluruh warga SMK Gaal dipermudahkan oleh Allah SWT, dikurniakan kejayaan, dilapangkan segala urusan serta diberikan kesejahteraan dalam kehidupan. πŸ€²πŸ’™

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bina Insan & Panitia Pendidikan Islam atas penganjuran serta komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga amalan seperti ini terus menyuburkan nilai kerohanian dan kebersamaan dalam kalangan warga sekolah. 🌿




πŸŽ‰ MAJLIS PELUNCURAN DUTA BAHASA SMK GAAL πŸŽ‰2 Ogos 2026 | 7.30 Pagi | Dewan Semega SMK GAALTelah berlangsung dengan jayany...
12/08/2026

πŸŽ‰ MAJLIS PELUNCURAN DUTA BAHASA SMK GAAL πŸŽ‰
2 Ogos 2026 | 7.30 Pagi | Dewan Semega SMK GAAL

Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Peluncuran Duta Bahasa di Dewan SEMEGA, SMK Gaal sebagai satu usaha menyemarakkan budaya penggunaan bahasa yang betul, santun dan berkesan dalam kalangan warga sekolah. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ“–

🌟 Program ini menjadi wadah untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Diharapkan pelantikan Duta Bahasa dapat menjadi pemangkin kepada pembudayaan bahasa yang positif serta meningkatkan keyakinan murid untuk berkomunikasi dengan lebih baik.




01/08/2026

Address

Pasir Puteh
16800

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Gaal-Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share