14/08/2026
KELANTAN SCRABBLE COMPETITION
PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026
KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
TARIKH: 5 OGOS 2026
TEMPAT : AEON MALL
Pada 8 dan 9 Julai 2026 yang lalu, hari Rabu dan Khamis, dua orang pelajar SMK Kamil bersama-sama 172 orang pelajar lain dari sekolah-sekolah seluruh Kelantan telah bertanding secara atas talian dalam pusingan awal Kelantan Scrabble Competition 2026. Dalam pertandingan tersebut, mereka telah berjaya menempatkan diri dalam kalangan 16 pasangan yg terbaik dan layak ke pusingan akhir Kelantan Scrabble Competition 2026 secara bersemuka. Pada 5/8/2026, hari Rabu minggu lepas, telah berlangsungnya pusingan akhir Kelantan Scrabble Competition 2026 di AEON Mall. Pasangan dari SMK Kamil telah berjaya mendapat tempat pertama menewaskan 15 pasangan yang lain. Mereka bakal mewakili kontijen negeri Kelantan utk berentap di Karnival Semarak Perpaduan Bahasa peringkat kebangsaan bersama-sama pasukan Pantun sekolah yang berlangsung di negeri Melaka pada 8 september sehingga 11 september 2026.
TAHNIAH !!! Kerana telah mengharumkan nama SMK Kamil.
NAMA PESERTA
1. Nor Sayyidatina Uzma binti Abg Ghaffar 4MH
2. Yasmin Amani binti Rosdi 4MH
GURU PEMBIMBING
1. Mohamed Nasrin bin Mohamed Naraddin
2. Mohd Syahmi bin Azahar (KAMILIAN)